All About Love

Tuesday, September 11, 2012

Hasil Karya Abg Haikal

3:47 PM
Hasil Karya Abg Haikal

Untuk pengetahuan kamu semua My Haikal ni ada 1 minat yg buat Mrs Velentine rimas..nak tau apa dia....Jeng Jeng..

Dia suka sangat ambil gambar guna hp mama dia...dan jom kita tengok hasil pic2 yg dia snap..





Nampak semua pic kat atas...tukang ambil gambar ni tak lain tak bukan..Siapa lagi kalau bukan HaikalFaiz...

Sebenarnya banyak lagi nak upload tp line internet ni slow lah pula...korang suka kah gambar ni..Mrs Velentine suka...tapi rimas sebab dok main hp mama...kejap2 hilang dah hp..rupa2nya dia tgh berkarya...

Sabar jelah..
Read More

Jom Naikkan Trafik Blog!

10:37 AM
 Jom Naikkan Trafik Blog!
Nak Join Klik SIni
Salam Mrs Velentine mau join segmen yang dibuat oleh Mak Dara......saja joinkan diri mana lah tahu dapat menaikkan trafik di blog sya yang tak seberapa ni...pas 2 bolehlah kesesakan jalanraya kat KK ni kurang,,.wkakaka

Mak Dara suru bagitahu tentang blog saya yang tak seberapa ni...Sya mula berblog  Pada oktober 2010..tapi mula aktif tahun 2012...kira blog ni masih baru lah juga...

Blog saya ni lebih pada personal tapi kdg2 ada juga terselit politik sukan hiburan,,,JOm join ramai..

Ni pesanan daripada Mak Dara

NOTA PENTING!!
Jika anda telah menyertai segmen ini anda perlulah terjah ke blog blog yang bakal mak berikan listnya nanti dengan sebanyak mungkin ye dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog itu.. Dan jika blog anda menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini anda haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik ke blog kita .. 



 
Read More

Awal Vs Scha??Apa Dah JAdi Ni???

9:02 AM
Awal Vs Scha??Apa Dah JAdi Ni???

Wah menarik ni buat peminat pasangan suami isteri Awal & Scha...Pertembungan antara mereka berdua untuk menentukan siapa pemenang dan terhebat,,,

Jom ramai tengok sini  mari kita tengok isteri @ suami yang menang..korang rasa siapa???

Dan korang kenal kan Blogger cun Hanis Zulaikha..dia pun ada dlm perlawanan ni..tengok Sini.

Jom tengok cepat..Awal@Scha@Hanis@ FBI ke yg mana???
Read More

Bukan mudah menjadi seorang Wanita,

8:55 AM
Bukan mudah menjadi seorang Wanita,

Assalamualaikum...penat hari ni sebenarnya sebab apa???sebab terlebih mkn kah??atau Terkurang tidur???tapi sebenarnya penat sebab mata ni pedih jak..badan sakit saja...hahaha....mungkin sebab cuti seminggu kan...mau buat keja komputer pula dah masuk bengkel..ni menumpang PC mmbr jap...

Berbalik pada tajuk entry..bukan mudah menjadi seorang wanita..sebab di bahu kita banyak yang kita kena pikul... menjadi seorang isteri,seorang ibu & pada masa yg sama menjadi seorang anak juga...

Ya mmg wanita ni kalau marah mula banyak cakap..mcm2 keluar dari mulut..dari A - Z tapi sebenarnya dia tidak bermaksud utk berkata begitu..yang Ni mmg Mrs velentine akui..sebab sa kalau marah semua mau dibebel tapi bila fikir2 buli ketwa juga sebab apa yg dibebel nda sama ngan isu yg mau dicakap...

Hahaha,,mmg poyo kan...apa2pun kepada semua wanita diluar sana anda semua adalah yang terbaek....
 


Read More

Monday, September 10, 2012

Bila Pencawang Elektrik Di Sangka Eiffel Tower

3:31 PM
Bila Pencawang Elektrik Di Sangka Eiffel Tower
Credit To Google
Mrs Velentine buka Fb tadi terperasan jugalah ngan pic ni...hahaha....adakah pencawang elektrik disangka Eiffel Tower.....Ndakan org yg comen ni nda perasan yg gambar ni bukan di Paris..terang2 pencawang elektirk..hahaha

Bukanlah berniat jahat tp ada sedikit kelucuan di situ(jahatnye Mrs Velentine ni)...huhuhu...bah cuba kamu kira berapa banyak eiffel Tower mcm ni Di Malaysia...

Kira semua pencawang dr Perlis Smpi Sabah....So berbanggalah kita..sebab di Paris ada 1 jer..wakaka..
Read More

Baby Semua Pun Kita Akan Nampak Cute

3:07 PM
Baby Semua Pun Kita Akan Nampak Cute
 Comel kan pic kat atas....ehm baby pakai apapun nampak comel kan..hehehe...cuba bayangkan kalau gambar kita yg diedit jadi mcm ni...cumil kah???

CUmil jua kali kan..Ok cepat tutup mata...dan bayangkan korang jadi mcm baby2 ni...wah Mrs Velentine terbayang akan ketembaman bunga...sebab semua org dok tegur Mrs Velentine semakin berisi>>>>

Hish2...gemuk sgt kah??mmg naik pun bdn ni...tp mau ckp kuat makan nda juga...hati senang kali..takpe akan cuba lah mungurangkan berat ni...

Dan sekarang pun Mrs Velentine Minum chinese teh..tp kena tahan lah sebab minum chinese teh kita kana kerap buang air kecil...so kalau nak minum jangan minum time mlm..nnt balik2 mau pg tandas...

Kamu rasa Mrs Velentine terlampau Gemuk kah????hahaha.,,,










Read More

81 RAHSIA TAHI LALAT!

2:56 PM
81 RAHSIA TAHI LALAT!

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di ...
tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
 
 Wah mari2 cek kat mana tahi lalat anda..wakaka....tapi jangan pula kamu selak2 nnt tergoda pula org diseleah..huhu...hehehe...
 
Sekadar suka2..janganlah terlalu percaya k....
 
Jom Klik 
 
Read More