All About Love

Friday, August 3, 2012

Datuk Lee Chong Wei & Koo-Tan Ke Separuh Akhir Olimpik London 2012

7:58 AM
Datuk Lee Chong Wei & Koo-Tan Ke Separuh Akhir Olimpik London 2012

Datuk Lee Chong Wei & pasangan beregu badminton Koo-Tan layak ke separuh akhir apabila menang perlawanan suku akhir semalam.


Saingan sengit yang diberikan oleh pemain India  P Kashyap dalam set pertama mmg menarik lah...sebab Datuk Lee Chong Wei menang tipis je dgn mata 21-19...tapi pada set ke-2 Datuk Lee Chong Wei menang mudah ke atas Kashyap dengan kemenangan 21-11.


Untuk separuh akhir beliau akan bertemu dgn pemain China iaitu Chen Long yang mengalahkan peter gade dr denmark dlm perlawanan suku akhir yang lain semalam.MMg agak mencabar jugalah  Chen Long ni sebab dia adalah pemain ranking ke-3 dunia (*kalau x silap..sila betulkan kalau salah)..


Apa2pun mendoakan semoga Datuk Lee Chong Wei berjaya ke peringkat seterusnya.Mengiringi kejayaan Datuk Lee Chong Wei juga ialah pasangan Koo-Tan yang mengalahkan pasangan dari Thailand Bodin-Maneepong dengan 21-13,21-15.


Mereka akan menentang Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dalam perlawanan separuh akhir nnt..Dlm 10 rekod pertemuan mereka menang 7 kali..apapun semoga berjaya.


Rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan anda.Amin.Chayok3x


WiFi terlaju dan coverage paling bagus di Malaysia. Apa? Mana??Di sini
Read More

Thursday, August 2, 2012

Bazli Or Ammar??

4:44 PM
Bazli Or Ammar??


Hari ni adalah episod akhir drama Dejavu di kinabalu yang disiarkan di Tv3..Mrs Velentine takklah tengok drama ni  sgt tp episod 1-5 mmg x miss tp lepas 2 dh ada yg tinggal...kemudian sambung tgk balik ceta ni hari khamis lepas sebab ingat last episod..rupanya2nya ada lagi..

Tapi hari ni last episod yang sebenar2nya..hehehe....siapa jantung pilihan nadirah???bazli or ammar???korang ada yang mengundi ker??Mrs Velentine x undi..syg kdt,,hahaha aka kedekut..wakaka

Mrs Velentine lebih suka jika di apilih Bazli...Kenapa??ntahlah..hehehe,,mungkin tertarik dengan gaya lakonan Nazim Othman kot...kesian tgk dia..setia...hehehe..sweet jer kalau tgk dia ngan nadirah...cuba tgk pic kat bawah ..sweet kan..

Tapi ramai kot yang nak nadirah pilih ammar..huhu...So sama2 kita nntkan sape pilihan nadirah..Bazli Or Ammar..tp apa yang penting dalam drama ni dpt lah Mrs Velentine tgk lakonan finalis pilih kasih 3 kegemaran sya iaitu Jalius Jaibin & marina Jose.
sumber cik google
sumber cik google
sumber cik google


sumber cik google
Read More

Lelaki Dan Air Mata.

4:11 PM
Lelaki Dan Air Mata.

Kalau sebut pasal air mata selalu jer org kaikan dengan Wanita sebab kononnya wanita ni sensitif cepat terasa dan mudah tersentuh..dan sehinggakan lagu BOb marley pun bertajuk No women no cry..hahaha..begitu sinonimnya air mata atau tangisan dgn kaum hawa..kan3x..

Tapi kali ni Mrs Velentine bukan nak cerita tentang wanita tetapi sebaliknya.Korang pernah nampak lelaki mengalirkan air mata???Pernah kot tapi jarang..kalau ada pun kat drama...sebab 2 lakanon kena menghayatinya...

Lelaki selalu digelar ego sebab selalu jer menyembunyikan apa2 yang mereka rasa daripada wanita tp sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh membuatkan mereka ni mengalirkan air mata.

Kenapa Mrs Velentine cakap mcm 2...Sebab Mrs Velentine pernah nampak bapa mengalirkan air mata ketika Mrs Velentine sakit dlu.tangisan seorang lelaki bergelar ayah.masa 2 mmg sayu jer Mrs Velentine rasa,mcm mau jer sihat cepat tak mau susahkan hati bapa.

Masa bercinta Mrs Velentine pernah melihat Mr Velentine mengalirkan air mata sebab rasa bersalah terhadap layanan yang mak dia beri masa first time jumpa Mrs Velentine tp xle nak salahkan My MIL sebab masa 2 mmg tak kena dgn keadaan tp skg semua dh ok.Restu penting tau,,ahaks..

Dan Hari ni..sekali lagi Mrs Velentine melihat seorang lelaki mengalirkan air mata tanpa segan silu & tanpa memikirkan yang dia berada di pejabat.lelaki yang Mrs Velentine maksudkan ialah Bos Mrs Velentine.Dia menerima panggilan yyang mengatakan ayahnya menghidap kanser.Mrs Velentine mmg tau ayah dia sakit sebab semalam dia terpaksa keluar awal menjenguk ayah nya di hospital Kuala Penyu.

Hari ni pun mmg dia xda mood..tapi x sangka keadaan ayah dia dh teruk sehingga menyebabkan dia tak dpt tahan kesedihan 2...Kalaulah Mrs Velentine tak terkwal emosi diri mungkin air mata ni akan mengalir juga.

Buat Bos takpe ambillah cuti seminggu 2 utk temankan ayah kamu..utk audit ISO ni ada kami berdua lagi.Mrs Velentine doakan yang terbaik untuk ayah beliau.

Read More

Lagu Raya ???

3:25 PM
Lagu Raya ???

Sedar tak sedar dh ramadhan ke-13 dah...nak dekat raya dah kan..huhuhu...baju raya anak Mrs Velentine belum beli lagi..tiada masa mau berjalan sebab hujung minggu 2 minggu lepas balik ranau tgk Mother In Law Yang x sihat di Ranau.

Kalau kamu mau tau Mrs Velentine belum lagi sempat berbuka puasa dengan keluarga di Beaufort kesian drg..huhu..Bapa Mrs Velentine n mama tanya2 sudah...macam anak derhaka pula tau..huhu....Mungkin akan balik minggu ni atau next week...Maaf ya bapa n mama..

So nak dekat raya ni..teringat pulak kat lagu2 raya,,huhuhu...dlu Masa kat Johor pling pantang dengar lagu Sudirman-Dari Jauh Ku Mohon Maaf..mmg touching lah...

Korang dah tukar ringtone lagu raya ker??? Mrs Velentine ingat lagi masa mula2 HP canggih ni kuar tak silap dlm 2004 mcm 2..semua org berlumba2 nak g beli mp3 kat kedai HP..hahaha..skg ada lagi ker nak pg beli???Teringat pula time muda2 waktu keja kedai HP(*skg dh tua ker??)

Korang suka lagu raya yang mana??jom kongsi





Read More