All About Love

Tuesday, July 31, 2012

Tips Khusyuk Dalam berDoa

9:32 AM
Tips Khusyuk Dalam berDoa

Salam Ramadhan 11

9:30 AM
Salam Ramadhan 11

Mangsa terakhir kapal MISC terbakar ditemui

8:53 AM
Mangsa terakhir kapal MISC terbakar ditemui


Pada 26.07.2012..kita dikejutkan dengan berita kebakaran kapal MISC Bunga Alpinia yang terbakar di W.P.Labuan...sape yang tak tau ble Baca Sini...


Ekoran kejadian tragis ini..5 orang crew telah terkorban...dan hari ni mngsa terakhir telah ditemui di dalam perut kapal,,,ahli bomba terpaksa menggunakan tali utk mecari mayat ke atas..Mangsa terakhir iaitu Mohammad Nazrin Khamsani, 20 tahun berasal dari kuala lumpur..

Empat mangsa anak kapal yang lain iaitu Shahril Azmi Baharuddin(28,melaka),Mohd Hanafi Kalil(24,Melaka),Zahari Kassim(46,N.9)& Colanggoy Errol Calaluan(22,Filipina).Kapal yang berpangkalan di Pelabuhan Klang ini singgah di jeti Petronas Methanol Labuan selasa minggu lalau(24.07.2012) untuk mengisi 21,000 tan minyak utk dibawa ke Kobe & Kawasaki Jepun tetapi kapal meletup selepas mengisi kira2 6,000 tan minyak.

Takziah buat semua keluarga mangsa & al-fatihah..

arwah os Hanafi..Sedih tgk pic ni

Arwah Greaser shahril n Pman zahari 
Gambar diambil drpd FB Malaysian Seafarer..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..buat keluarga mangsa..salam takziah...Al-Fatihah.

Read More

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

8:25 AM
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
1). AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA - AMARAN KATEGORI KEDUA Dikeluarkan pada pukul 04:42AM, 31 Julai 2012

SEKSYEN A:
Ribut Tropika Kuat SAOLA dikesan pada jam 02.00 pagi, 31 Julai 2012, terbentuk pada Latitud 20.9 U dan Longitud 124.1 T, kira-kira 1,743 km ke Utara-Timur Laut Kudat, Sabah. Ribut tropika ini dijangka bergerak perlahan ke arah Utara-Baratlaut.

Sehubungan dengan itu:

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)- Ditingkatkan daripada amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada 6:50 pagi, 19 Julai 2012.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat), Reef North, Layang-Layang, Palawan & Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad, 5 Ogos 2012.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman & Sandakan), WP. Labuan, Sarawak (Miri), Phuket, Condore & Sulawesi dijangka berterusan sehingga Ahad, 5 Ogos 2012.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Reef North dijangka berterusan sehingga awal pagi,Selasa, 31 Julai 2012.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Selat Melaka, Sarawak (Miri), Sabah (Labuan, Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Sulu dijangka berterusan sehingga pagi Selasa, 31 Julai 2012.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 31 Julai 2012, jam 04:42AM 


2). AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT 
Dikeluarkan pada: 05:12am pada 31 Julai 2012

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Sabah : Bahagian Kudat (Daerah Kudat dan Pitas); dan Sarawak : Bahagian Miri dan Bintulu (Daerah Bintulu) dijangka berterusan sehingga pagi, Selasa 31 Julai 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), N. Sembilan (Daerah Port Dickson), Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar) dan WP Labuan.

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

Sumber Info: http://www.met.gov.my/



*utk makluman kita bersama..
Read More