All About Love

Tuesday, March 13, 2012

Anda Di Mata Orang LAin

2:52 PM
Anda Di Mata Orang LAin
Pada Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan satu  cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada semua yang datang pada ceramah hari itu...

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya benarkan saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.


Jadi biar miskin pun kita tetap sama di sisiNya..
Read More

Al-fatihah buat Adik Nurul Nadirah @ Dirang

8:57 AM
Al-fatihah buat Adik Nurul Nadirah @ Dirang
Salam....hari ni  kita dikejutkan dengan berita kematian budak yang hilang baru2 ni....kes lebih kurang mcm Arwah Nurin dlu....tapi kali ni lebih menyayat hati...apa salah budak berusia 5 tahun sampai dibakar sebegitu rupa...Ya Allah..dimana perikemanusiaan pelaku kepada perbuatan keji ni.....sangat2 sedih sebab arwah dirang sebaya dengan My HaikalAyu.....

Kepada Keluarga arwah tabahkan hati....mungkin Allah lebih sygkan Arwah.....sabar dan doakan saja arwah...tapi apa yg pasti arwah akan menunggu ibubapanya di pintu syurga,,,,insyaallah...Damailah kau di sana,...al fatihah...

Pada semua rakan blogger...mari kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dirang.....dan berdoa agar perkara sebegini tidak terjadi lagi pada keluarga kita...masyarakat dan negara kita...ameen..
Read More

Monday, March 12, 2012

Untuk mu Wanita,,

12:32 PM
Untuk mu Wanita,,


Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..

p/s: sayangilh wanita yg dkt dgn anda seperti anda menyayangi Ibu anda... kerana wanita sgt istimewa... LOVE WANITA...sayang my mom...
Read More

"Apa Jadi Kalau Perempuan Boleh Kahwin Lebih Dari 1?"

12:24 PM
"Apa Jadi Kalau Perempuan Boleh Kahwin Lebih Dari 1?"
Salam isnin yang ceria..."Apa Jadi Kalau Perempuan Boleh Kahwin Lebih Dari 1?".....Ms Velentine tak dapat bayangkan apa akan jadi kalo perempuan boleh kahwin lebh dr 1 lelaki....sungguh kalo ini terjadi maka dunia mau kiamat sudah...

Antara masalah yang timbul  kalo benda ni terjadi :
  • Identiti anak yang lahir nanti..kena buat DNA utk tau bapanya
  • Orang yang bekerja buat test DNA makin tak cukup tangan
  •  Wanita dipandang hina oleh lelaki(*sampai ada yg samakan dengan P_la_ _ R)
 Ini hanya topik saja...Ms Velentine rasa benda ni nda bagus...sebab bertentangan dengan ajaran agama islam...tp bukan saja islam rasanye,,semua agama pun mcm 2.....so bagi Ms Velentine berpijak d bumi nyata dan berpegang dengan ajaran agama kita,,jan buat sesuatu yang tak masuk dek akal..dan melanggar hukum hakam hanya untuk memuaskan kepuasan nafsu..

Berdoa agar dijuahkan perkara begini Di Malaysia(*tapi ada juga kes2 mcm ni tp tidak didedahkan)...sama2lah kita berdoa agar kita dijauhkan daripada hal sebegini...Ya Allah lindungi kami drpd perkara2 yang Engkau murkai...ameen,,,,
Read More