Sumber SINI |
Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut atau lebih dikenali HFMD(Hand, Foot dan mouth disease) semakin hangat diperkatakan..Apatah lagi baru-baru ini satu kes kematian pertama penyakit ini.
Beberapa taska dan sekolah ada yang ditutup bagi mengelakkan penyakit ni menular...pengalaman anak-anak yang pernah kena penyakit HFMD ini membuatkan MV sentiasa berjaga-jaga...
pengalaman pertama ketika wani berumur 1 tahun lebih....memang masa tu blur..sebab mana kita stress anak asyik nangis...susu pulak bengkak sebab anak tak mau menyusu....memang ibu kena kental sikit...
Syamimi pula kena penyakit ini hampr 5 kali..bayangkan anak yang umurnya kurang dari 3 tahun...memang dugaan tau bila berhadapan dengan pesakit HFMD..apatah lagi yang umur 3 tahun ke bawah,,,
kini HFMD bukan hanya kanak-kanak tapi orang dewasa pun kena...So Mv kongsi sikit langkah pencegahan penyakit HFMD :-
- tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan
- mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas
- memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul