All About Love

Saturday, April 8, 2017

Cuba selagi berdaya

10:00 AM
Cuba selagi berdaya
Add caption

Assalammualaikum...

Jika kita percaya setiap dugaan yang diterima ada hikmahnya, kita tidak akan pernah kenal erti putus asa. Cubalah selagi berdaya!

Insyallah ada ganjarannya...

**pegang kata-kata ni..setiap apa yang kita diduga pasti ada hikmah...yang penting jangan kita lemah dan putus asa....itulah norma dalam kehidupan

Read More

Friday, April 7, 2017

Kad Ucapan Tulisan Jawi

10:00 AM
Kad Ucapan Tulisan Jawi
tq kakak ayu 
Assalammualaikum...

Dapat kad dari kakak ayu..kad berbentuk hati..dibuat sendiri....MV tak perasan kad ni..dia letak di atas bantal MV...Syamimi yang pegang...terus MV ambil..bila baca...oh kad dari kakak AYU...

Kad ucapan hasil kerja pendidikan islam..ustazah suru buat...lepas tu kena bagi ibu...dia malu mungkin..jadi dia letak jak di bantal...

Tulisan jawi....terima kasih kakak Ayu bagi mama kad ni..Mama pun sayang kakak AYu...semoga kakak membesar dan menjadi anak yang solehah..Amin
ucapan dalam tulisan jawi 
Read More

Sabarlah

7:30 AM
Sabarlah
Image may contain: one or more people and text

Assalammualaikum....

Kadang-kadang kita terlalu berusaha untuk tidak menyakiti hati orang lain. Tetapi orang lain tidak pernah terfikir untuk jaga hati kita...Sabarlah....

**selalu..selagi sabar bolehlah tahan..tapi bila sudah hilang sabar terluah juga akhirnya nanti 
Read More

Thursday, April 6, 2017

JANGAN SOMBONG DENGAN JAWATAN

3:13 PM
JANGAN SOMBONG DENGAN JAWATAN
Assalammualaikum
sekadar gambar hiasan (sumber google)
*JANGAN SOMBONG DENGAN JAWATAN*

Seorang wanita berumur 40 tahun..baru saja menjadi Pengarah disebuah syarikat membawa anaknya datang ke pejabat untuk makan.

Selesai makan anaknya membuang plastik bekas makanannya dilantai. Datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan menyapu bersih sampah tadi. Wanita yang baru saja menjadi Pgarah ini hnya melihat nenek ini menyapu.. Wajahnya sudah berkerut bukan pencen, tetapi sebaliknya harus jadi tukang sapu. Kerana itu dengan senyum sinisnya, wanita itu berkata kepada anaknya "Nak sudah besar nanti, jangan jadi seperti dia. Tu sudah tua masih lagi pungut sampah". Anaknya hanya mengangguk kepala kerana masih belum mengerti apa-apa. Nenek ini melihat kesombongan wanita itu lalu dia bertanya. "Mohon maaf, tumpang tanya.. Puan ini siapa?", katanya tenang. Dengan angkuhnya wanita itu menjawab "saya Pengarah baru disini, kenapa?!. "

Nenek ini hanya mengangguk, tidak menjawab. Dari jauh datang seorang lelaki dengan baju rapi menghampiri nenek tua itu. "Puan CEO, silakan masuk ke ruangan puan". Nenek tua ini membuka jaket lesunya, dan terlihat baju dan jas rapi dibalik jaket lesunya. *Ternyata dia adalah pengasas syarikat ini!*

Tanpa mengubah expresinya, dia berkata kepada lelaki itu. "Tolong tarik balik jawatan wanita sombong ini. Kita tidak perlu orang sombong seperti dia di syarikat ini".

Lelaki itu pun mencatat nombor pekerja wanita itu dan dihari itu juga dia dipecat. Wanita itu tidak bisa menjawab apa -apa terpaku. Nenek CEO ini berkata ke anaknya,"aku memecat mamamu  & berharap kamu mengerti,  MENJADI ORANG BESAR BUKAN DITENTUKAN DENGAN KEPINTARAN ORANG ITU, TETAPI BAGAIMANA KITA, ORANG BESAR MAMPU MENGHARGAI ORANG-0RANG YANG RENDAH DIBAWAH DAN MEMBANTU MEREKA.

*MESEJ*
Hidup ini seperti roda. Banyak liku2 kehidupan orang lain yang tidak kita fahami. Jangan pandang seseorang hanya dari luar fizikalnya semata mata. Jgn sombong.


Muhasabah diri
Read More

Menang GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA

8:21 AM
Menang  GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA
alhamdulillah rezeki bulan April 
Assalammualaikum...

Rezeki bulan april bila mv dapat komen dari eyja

Assalamualaikum.. BLOG EYJA dah keluarkan keputusan pemenang bagi Giveaway Lyana Ishak & Eyja Masliza. Boleh semak keputusan kat sini

http://www.blogeyja.com/2017/04/pemenang-pemenang-giveaway-by-lyana.html

Semoga andalah pemenang yang kami cari. Terima kasih sudi join. Mohon maaf sekiranya ada salah silap. :)


Tahniah juga buat semua pemenang dan terima kasih buat penganjur sebab anjurkan GA ni

Read More

Wednesday, April 5, 2017

Rezeki Allah

12:33 PM
Rezeki Allah
Image may contain: text

Assalammualaikum

"Salah satu bentuk rezeki Allah kepada kita,Dia Kelilingi kita dengan orang-orang yang baik"...

rezeki Allah beri dalam pelbagai bentuk..bukan hanya dari wang ringgit tapi persekitaran kita...dikelilingi orang-orang yang baik juga adalah salah satu rezeki Allah 
Read More

Adik beradik lebih utama

7:30 AM
Adik beradik lebih utama
Image may contain: 1 person, text

Assalammualaiku,,

Ramai Yang lebih suka tolong orang luar berbanding adik beradik sendiri...sebab orang luar kita dapat nama dan puji..Tapi kita lupa Nabi SAW dah pesan; sedekah kepada adik beradik yang miskin akan dapat 2 fadhilat berbanding sedekah kepada orang lain ..iaitu dapat pahala & silaturrahim

**Muhasabah diri....sentiasa MV ingat sebab tu sedaya upaya akan tolong adik beradik mana yang termampu 
Read More