All About Love

Tuesday, December 8, 2020

Berbeza

7:00 AM
Berbeza

 Assalamualaikum

Kita adalah berbeza 

Dari segi rupa mahupun fizikal

Mungkin kamu bahagia

Tapi aku derita

Mungkin kamu sihat 

Tapi aku sakit

Mungkin kamu berharta

Namun aku papa kendana 

Begitulah realiti kehidupan yang ada pasang surutnya

Tak tercapai dek akal mahupun sedar

Kadang kita rasa kita derita

Hakikatnya ada yang lebih derita

Namun menutupnya dengan tawa

Ada yang sakit namun mampu tersenyum bahagia

Begitulah redhanya kita menerima

Ujian dan dugaan yang datang menerpa,menampar dan melanggar dalam kehidupan ini

Semuanya hanya dari kita

Bagaimana kita menerimanya

Adakah ia menjadi bencana atau perosak segala?

Atau ia diterima menjadi sang pembakar semangat agar terus berjaya


-MV-


Read More

Monday, December 7, 2020

Kesejukan itu

7:00 AM
Kesejukan itu

 Assalamualaikum


Angin menderu 

Dan hujan pula terus turun laju

Tanpa ada ada tanda mahu berlalu

Langkah yang diatur semakin perlahan dan lemah

Kesejukan itu terasa sampai menyucuk ke tulangku

Terus melangkah walaupun tak mampu 

Melawan kesejukan dan mata yang semakin layu

Akhirnya aku tewas terkulai layu.


-MV-


Read More

Sunday, December 6, 2020

Di mana Bahagia?

12:22 PM
Di mana Bahagia?

 Assalamualaikum


Pedih!Pilu!Sayu!Sedih!

Bersama semua rasa itu

Luka yang menghampiriku 

Menghimpit,menginjak2 aku lumat dan dan lunyai

Terkulai sendiri

Lelah,Ya aku penat

Penat yang seakan tidak pernah lari lagi sentiasa menemani

Umpama Penat dan Aku serasi bersama

Di manakah dia wahai bahagia?

Bertahun dia melarikan diri

Bayang bahagia yang melambai dan berpaling pergi 

Mampukah aku aku menjemputnya kembali?

Bersama menemani Penat dan Aku disini

Masihkah wahai bahagia?

Masihkah kau sudi kembali?

Untuk aku yang sentiasa menanti...


-MV-

Read More

Cinta itu rindu

12:14 PM
Cinta itu rindu
Assalamualaikum

Jelingan mata itu
Selalu curi-curi menatapku
Sesekali terperangkap lalu bertentang mata denganku
Entah kenapa jantungku semakin laju
Debaran itu membuatku kelu
Ku akhiri itu dengan senyuman lalu tertunduk malu
Mengorak langkah dan terus berlalu
Membawa kebahagian yang berirama di hatiku
Umpama lagu cinta yang mendayu
Memberi sinar bahagia disitu
Akhirnya menjadi rindu..

-MV-
Read More

Friday, December 4, 2020

Peluang kedua

12:57 PM
Peluang kedua

 Assalamualaikum


Tersentak dan terhantuk

Umpama melayang menembusi ke ruang alam 

Kealpaan itu membuatkan aku terluka

Tanpa bertanya dan aku terus berada di kandang pesalah

Ke mana peluang kedua itu pergi?

Kenapa aku tidak memiliki?

-MV-

KHAMIS (3.12.2020)



Read More

Thursday, November 5, 2020

Masalah Mental

10:21 AM
Masalah Mental

Sumber Dari FB Public Health Malaysia

Assalammualaikum

Terpanggil untuk menulis berkenaan Masalah Mental.Mv kongsikan mengenai masalah mental BUKAN 

  1. bukan satu trend atau ikut ikutan 
  2. bukan tanda tidak cukup iman 
  3. bukan sesuatu yang boleh  hilang sekelip mata
  4. bukan sentiasa keliatan dari luar
  5. ia bukan satu pilihan 
  6. bukan satu alasan 
  7. ia bukan untuk meraih perhatian 
  8. bukan makna kelemahan dan kekurangan diri
Akhir-akhir ini sering kita dengar ada rakan-rakan ,saudara atau orang yang kita kenali mengalami masalah mental.Bila berhadapan dengan situasi begini tindakan yang sepatutnya kita ambil adalah memberi sokongan kepada mereka .Bukannya memulaukan atau memandang hina tentang mereka.

Mereka memerlukan sokongan kita .Teringat kisah seorang kawan MV sekarang dia dah sihat masa dia kena masalah macam ini 


 

Read More

Wednesday, November 4, 2020

Drama Korea -Delayed Justice

9:40 AM
Drama Korea -Delayed Justice

 Assalammualaikum


Mengisahkan seorang peguam bela dan wartawan yang membela orang yang menjadi mangsa dijatuhkan hukuman bukan atas kesalahan mereka. Kedua-duanya mempunyai kisah disebalik kerjaya mereka .Bagaimana Park Tae Yong yang menjadi peguam bela dengan hanya bayaran termurah walaupun dia mempunya masalah kewangan.

Begitu juga Park Sam soo seorang wartawan yang mempunyai skill menulis yang tinggi tapi selalu dipandang rendah oleh orang lain.drama ni ada 16 episod...sekarang dah main 2 episod ..walaupun iannya mengenai law dan siasatan tetapi drama ni ada komedinya ..

korang boleh layan sebab drama ni memang menarik ..drama ini lakonan pelakon stairway to heaven Kwon sang woo,bae sang woo,kim joo hyun dan jung woong in


Read More