Menu berbuka puasa hari ke11.Kali ini kami berbuka dengan menu mee kari dengan popiah isi ketam .Menu simple saja yang penting kenyang.Syukur Alhamdulillah .
Kali ni puasa kesepuluh menu berbuka kami ala kampung gitu.Sayur batang keladi masak lemak,ikan masak sos,ayam butter kering,dan kuih angko(warna pink kali ni)
.Mv masak apa yang ada dalam peti ais saja.Kebetulan memang mau kasi habis stok barang basah yang tinggal sebelum top up baru,
Syukur dengan menu macam ni penuh anak-anak gembira berbuka..Alhamdulillah
Kali pertama masak sup tulang alhamdulillah menepati citarasa anak-anak dan suami, ketam buttermilk tu Mr Velentine,syamimi dan wani makan dengan berselera .Alhamdulillah penat masak berbaloi tengok mereka makan penuh selera.
Menu berbuka puasa kelapan ..Permintaan anak mau makan mee bandung maka berusaha lah MV cari resepi di google..Memandangkan tiada sotong di rumah MV gantikan dengan fishball dan fishcake..Kuahnya agak pekat takpa percubaa kali pertama yang penting anak makan puas hati...
MV pula berbuka puasa dengan daging burger chop..nak makan chicken chop tapi ayamnya tiada teringat ada daging burger so jadi menu simple MV ala-ala western daging burger kentang goreng dan salad kubis purple...
Bolehlah buat berbuka untuk di rumah...bukan untuk dijual pun kan
Kalau Sabahan mesti menu soto sabah masuk dalam list berbuka.MV masak soto campur(ayam dan daging untuk berbuka puasa ketujuh haritu..first time sebenarnya buat soto campur ..selalunya MV buat soto ayam sahaja..
Kebetulan si kakak ayu suka makan soto daging jadi try lah buat kali ni...diolah sedikit resepi soto kali ni sebab taugeh tiada MV ganti dengan cendawan ...
untuk pencuci mulut MV buat agar-agar koktail...MV tak guna buah dalam tin tapi pakai buah segar iaitu tembikai kuning,anggur dan nenas...dan MV masukkan dalam kontena senang anak-anak nak makan....
Nampak meriah tapi portionnya cukup untuk kami enam beranak ..semuanya air tangan MV..berusaha menyediakan walaupun Mv ini tidak berapa terror bab masak..semuanya menu tengok google dan dicut sikit bahannya kalau terlampau banyak..
Alhamdulillah masih mampu untuk menyediakan menu berbuka untuk keluarga di Musim pkp ni