All About Love

Wednesday, May 8, 2019

Tahniah Anak Mama

2:25 PM
Tahniah Anak Mama
No photo description available.
tahniah anak mama
Assalammualaikum...

ini cerita anak ketiga MV ..wani  baru-baru ini mewakili kelasnya untuk menyertai pertandingan Melafazkan Pantun dan Kuiz Sains sempena Minggu Pusat Sumber di sekolahnya.mula-mula dia kena pilih dia balik rumah dia risau...

katanya takut nanti salah jawab kuiz sains...masa tue dia cuma dimaklumkan yang dia akan masuk pertandingan kuiz Sains..tapi tiba-tiba nama dia naik untuk pertandingan melafazkan pantun,,,alhamdulillah dalam tiada persediaan Johan juga dia...

Untuk kuiz sains pun dia dan kawannya johan juga..alhamdulillah rezeki wani...semangat dia..dia nda sangka dia menang untuk 2 acara ni..tahniah wani..teruskan lagi usaha...
Read More

Tuesday, May 7, 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

2:31 PM
 Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com
Assalammualaikum...


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Read More

"Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed".

2:12 PM
"Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed".
Assalammualaikum,.,,

Klik Banner untuk Join 

Syaratnya sangat mudah:-
1. Follow blog kasihkuamani
2. Follow Instagram Sha @kasih_shadz
3. Buat satu entry dengan tajuk "Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed".
4. Bubuh benner diatas dan backlink ke entry ini.
5. Jangan lupa bubuh link entry di komen.

Hadiahnya:-
Buku Kumpulan Cerpen Tunjukkan Aku Arah Kiblat oleh Maria Kajiwa untuk 8 orang pemenang

Tempoh Giveaway 29.04.2019 hingga 10.05.2019..
Pengumuman pemenang pada 10.05.2019..

Makluman
Pemilihan pemenang menggunakan Random.org
Penghantaran hadiah menggunakan FlexiPrepaid (tempoh masa adalah seperti pos biasa)

Read More

Pengalaman Syamimi Berpuasa

2:08 PM
Pengalaman Syamimi Berpuasa
Assalammualaikum...

Salam 2 Ramadan,alhamdulillah dipanjangkan usia bertemu Ramadan yang sentiasa di rindu. Ramadan kali ni merupakan kali pertama Syamimi mula belajar berpuasa.Syamimi belajar berpuasa di usia 6 Tahun sama seperti abang dan kakaknya..

Alhamdulillah semalam dia puasa penuh sehari...dan untuk hari kedua MV kejutkan bersahur pun dia nda liat sudah mau bangun...dia offer diri makan sendiri...sebab bilangnya nanti lapar..alhamdulillah..menu bersahur dia minta mama masak bubur ayam macam mcd,,,

semalam berbuka pun ikut permintaan dia...Soto Ayam dengan milo ais..semuanya homemade.macam biasa kalau sudah berkawan jammed di jalan raya...nda ada masa sudah mau menyinggah bazar...

harini menu berbuka Bihun goreng + ayam goreng,air pula Teh ais....kita masak di rumah jak...
Read More

Monday, May 6, 2019

Review Novel: My Secret Husband-Siti Nur Dhuha

11:49 AM
Review Novel: My Secret Husband-Siti Nur Dhuha
My Secret Husband My Secret Husband by Siti Nur Dhuha
My rating: 4 of 5 stars

Hanya Kerana dendam Aifa disakiti Helina yang dianggapnya sebagai sabahat rapatnya..Bukan hanya muka yang dirosakkan tetapi dijadikan orang suruhan...sampai tahap mandi kan helina...paling menyakitkan hati apabila aifa dimalukan di majlis pertunangan Helina dengan Wan Z(*lelaki yang dicintai Aifa)

Ketika kejadian yang menyakitkan hati itu,Aifa terdengar suara darii sebuah bilik di rumah Wan Z...dan yang mengejutkan seorang lelaki yang berambut panjang,berjambang, pakaian lusuh dan takut kepada cahaya dikurung disitu...

Atas dasar simpati Aifa membawa Ryan balik ke rumahnya namun sebaliknya terjadi lagi sekali dia dimalukan kali ini siap dihalau keluar dari rumah sewanya sendiri..dan akhirnya dia mengambil keputusan balik d kampung,,,

atas rasa kesian dan menunaikan janjinya terhadap Ryan dia berkahwin dengan Ryan ,,namun perkahwinan mereka tidak direstui ibu Aifa yang menginginkan kan menantu seorang cikgu...dan Ryan menjadi secret husband aifa sehinggalah Ryan mahu berubah ...

Namun bukan mudah,pelbagai dugaan yang berlaku...kali ini...rasa cinta Wan Z terhadap Aifa membuatkan sekali lagi dia disakiti...kali ini rambutnya menjadi mangsa tidak cukup itu dia menjadi hinaan di pejabat,,,

Dan ketika dia mula menyayangi dan memerlukan suaminya,apatah lagi dia sudah menjadikan Ryan Unsecret husband si suami pergi meninggalkan dia...kala itu Wan Z datang menabur cinta..namun setianya hanya pada Ryan,,,

Bagaimana Aifa melalui hidup tanpa suami di sisi...dan ke mana Ryan menghilang...

View all my reviews
Read More

Tuesday, April 30, 2019

Review Novel: 2 Nyawa 1 Cinta-Hanah Rishas

10:54 AM
Review  Novel: 2 Nyawa 1 Cinta-Hanah Rishas
2 Nyawa 1 Cinta 2 Nyawa 1 Cinta by Hanah Rishas
My rating: 4 of 5 stars

2 nyawa 1 cinta....1 nama yang sama,1 wajah yang serupa namun dimilik 2 orang yang berbeza.Humaira!!seorang dipanggil Ara dan seorang Mai...namun liku hidup mereka mempunyai cerita yang hampir serupa...

Merupakan anak yatim...Ara dijaga oleh neneknya..Mai pula dijaga oleh pakciknya..dua2 mereka adalah mangsa rogol...bezanya ara dirogol kawan sekampung dan Mai dirogol oleh pakciknya sendiri..namun Haikal menjadi mangsa fitnahnya...dia dituduh merogol Ara...

Dan Mai pula,atas sebab satu kejadian dia lupa siapa dia dan kenapa Fadzlan benci sangat kepadanya..Perkenalan Mai dengan Haikal membuatkan Mai mula ingat semula siapa dia...dia bukanlah ara tunang Haikal...tapi demi kebahagian Haikal dan Rosnah nenek Ara...dia menjadi Ara mereka,,

Namun tindakan Mai,membuatkan Jali memburunya kerana Jali tahu dia bukan Ara...kenapa Jali membenci Ara?Dan pastinya kenapa Fadzlan membenci Mai tapi dalam masa yang sama cintanya masih mekar buat Humaira...

memang menarik kisah ni...kita pun nda sangka jalan ceritanya begitu kesinambungan satu watak ke satu watak sangat menarik....(**mv baca melalui apps PNM e-reader

View all my reviews
Read More

Monday, April 29, 2019

Review Novel : Cinta Tak Sengaja- Siti Nur Dhuha

3:37 PM
Review Novel : Cinta Tak Sengaja- Siti Nur Dhuha
Cinta Tak Sengaja Cinta Tak Sengaja by Siti Nur Dhuha
My rating: 5 of 5 stars

Fieza Eviena Dan Raja Ferdy ..dua insan berbeza darjat .Fieza Eviena anak yatim piatu yang miskin dna Raja Ferdy anak orang kaya yang memiliki syarikat penerbitan.Kisah mereka dari jalan raya hingga ke bilik hotel...

Semuanya kerana salah faham tauke cina yang menjaga hotel bajet...namun demi menyelamatkan diri ..Raja Ferdy dituduh telah merampas kesucian Vie...namun tindakan Raja Ferdy yang tidak mahu bertanggungjawab membuatkan Vie berusaha supaya dia dapat berkhawin dengan ferdy...

Semuanya sudah dirancang....rancangan untuk meninggalkan vie ditengah lautan menjadi mimpi ngeri buat ferdy dan membuatkan ferdy jatuh cinta terhadap vie...dan akhirnya mengambil keputusan berkahwin dengan vie,,,

Namun perkahwinan itu bukanlah sebahagia yang vie harapkan....atas desakan bapa mentua dia dilayan sangat teruk..bahkan orang gaji pun dilayan lebih baik....huhu...(**macam mau hempas jak kepala si Raja Ferdy....)


layan kamu novel ni...best

View all my reviews
Read More