All About Love

Tuesday, January 15, 2019

Wanita Semuanya Hebat

3:07 PM
Wanita Semuanya Hebat
Assalammualaikum


Image may contain: text
sumber dari FB Petua Ibu
Wanita!!apa pun pekerjaan kita surirumah mahupun ibu bekerjaya.Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing.masing.Kedua-duanya mengimpikan kebahagian melalui pilihan mereka.So please no more compare each other.

Doakan yang baik-baik sahaja...surirumah semoga kalian dipermudahkan segala urusan membesarkan anak dan melakukan semua pekerjaan di dalam rumah.Begitu juga wanita bekerjaya semoga dipermudahkan dalam pekerjaan.


Dipermudahkan semoga urusan anak-anak yang dihantar kepada pengasuh.TOlong sesama kita mendoakan semua wanita yang bergelar isteri dan ibu.Semoga kita semua diberkatiNya.Amin
Read More

Monday, January 14, 2019

Menu Campak-Campak

3:46 PM
Menu Campak-Campak

Assalammualaikum...

Menu campak-campak....

ikan putih masak sos+telur masin+sayur kacang
ikan putih stim
sambal ikan bilis+sayur campur+telur dadar
udang masak sos+sayur putih tumis

antara menu campak-campak MV sepanjang minggu lepas...MV tak pandai sangat memasak.masak biasa-biasa jak mampu..sebab kalau ikut resepi confirm ke laut cina selatan..

biasa resepi MV main campak-campak..janji boleh makan...kalau time mood rajin bolehlah...kalau mood ke laut..paling pun ayam kicap dan sup ayam jak lah jawabnya hahaha...

orang cakap jadi perempuan ni.kalau sudah kawin nda pandai masak pun lama-lama pandai yang penting rajin dan usaha...sebab tue mv masak jak walaupun nda teror...dari tak pandai masak alhamdulillah bolehlah masak untuk suami dan anak-anak

Read More

Thursday, January 10, 2019

Review Novel: Bahagia Bukan Bidaan By Hessa Widad

4:12 PM
Review Novel: Bahagia Bukan Bidaan By Hessa Widad
Bahagia Bukan Bidaan Bahagia Bukan Bidaan by Hessa Widad
My rating: 4 of 5 stars

"selagi kita bernafas,selagi kita bersujud pada Yang Satu,jangan pernah rasa putus asa untuk hidup"


Ain Farhana diceraikan ketika usia perkahwinan menginjak 16 tahun. semuanya kerana Bekas suami Azlan curang padanya.Kesabaran selama 16 tahun runtuh dan membuatkan hidup ain farhana menderita.

Diceraikan dan dipisahkan dengan anak-anak.Kehadiran Nik Zachary merubah segalanya mengajar dia apa erti cinta. Ingin lari dari gangguan Azlan dia bertekad menerima Nik sebagai tunangan walaupun tanpa ada rasa cinta.

Namun kehidupan bukan sesuatu yang mudah. Ada sesuatu mengenai Nik yang Hana tidak tahu . Azlan bukan seperti yang dia nampak. Nik sudah beristeri!!! tetapi kisah rumahtangga Nik bukan seperti kisah rumah tangga orang lain.

Apa kaitan Talhah,Aina dalam perhubungan hana bersama azlan dan nik...Jom baca ...sangat berbeza dengan drama adaptasi yang kita tonton di TV3 baru-baru ini..Versi novel ini lebih menarik dan dramatik

View all my reviews
Read More

Wednesday, January 9, 2019

Bingka ubi

10:36 PM
Bingka ubi

Assalammualaikum

Bingka ubi ini mv beli dari wife oficemate ..mummy taahjud ...rm10 harga bingka ubi ni.

Dia selalu open oder buat cod area tuaran dan kota kinabalu.kamu wajib try ni kuih bingka ubinya bagi pengemar kuih tradisional

Kenapa?sebab ubi yang dia guna adalah ubi manis yang warna purple dan rasa ubi tu kita dapat rasa masa makan kuih memang bukan tepung yg kita rasa..


Paling mv suka bingka dia buat sebab tak manis sangat..sesuai dengan mv yang sedang menurunkan berat badan..

Siapa2  yang berminat boleh wasap mummy taahjud

Read More

Tuesday, January 8, 2019

Come!Jang Bo Ri -Korean Drama

3:38 PM
Come!Jang Bo Ri -Korean Drama
Assalammualaikum..

Jang Bo-ri is Here! (왔다! 장보리).jpeg
sumber google

Come!Jang Bo Ri atau juga dikenali Jang Bo Ri Is Here mengisahkan kehidupan Do Bo Ri dan Yun Min Jung..Bo ri Anak yang dibesarkan oleh ibu Min Jung bagi menutup kes langgar yang melibatkan Bo RI (Eun Bi) sehingga dia hilang ingatan,,,

Bo RI sebenarnya merupakan anak dan cucu kepada pembuat HanBok yang terkenal...Bagaimana Min Jung sanggup mengaku anak yatim untuk menjadi pelajar tajaan keluarga Eun Bi..

Bukan setakat itu ...Min Jung sanggup meninggalkan kekasihnya kerana tahu yang dia bukan lagi anak orang kaya...dia mempergunakan Ibunya untuk memperalatkan Bo Ri dengan memaksa ibunya mengikut apa saja yang dia suruh...

Dendam si bekas kekasih min jung iaitu Moon Ji Sang akhirnya memusnahkan kehidupan Min Jung..bukan itu sahaja...kebenaran yang Bo RI adalah Eun Bi juga menyakitkan hati min jung sehingga dia sanggup berbuat apa saja...

Bo ri pula sangat bahagia kerana Lee Jae Hwa adalah teman rapatnya...memang jodoh sudah tertulis..walaupun pada mulanya hubungan mereka ditentang kerana Status Bo Ri yang mempunyai anak..akan tetapi anak tersebut sebenarnya adalah anak Min Jung...

Bestlah drama ni..Ada 52 episod semuanya...mengisahkan mengenai konflik kekeluargaan..Bagaimana kasih dan sayang seorang anak angkat terhadap ibunya..pengorbanan seorang ibu demi anaknya..

Memang terbaiklah...
Read More

Monday, January 7, 2019

Sabah Guna Hak Sendiri Berkait Larangan Merokok Di Premis Makanan

5:00 PM
Sabah Guna Hak Sendiri Berkait Larangan Merokok Di Premis Makanan

Assalammualaikum...

Tajuk Akhbar di New Sabah Times.."SABAH GUNA HAK SENDIRI"...penangguhan larangan merokok di premis makanan di Sabah sehingga mendapat kata sepakat daripada Kabinet,,,

Baru mau rasa bahagia makan di kedai makan tanpa gangguan asap rokok...bila terbaca berita ini agak kecewa jugalah..harap-harap keputusan kabinet memberikan kebaikan buat semua rakyat..

Mv sangat bersetuju dengan larangan merokok di premis makanan sebab utamanya ialah perokok tak menghormati pelanggan lain yang datang untuk menjamu selera bukannya untuk menghidu asap rokok...

apa-apa pun kita tunggu aoa keputusan Kabinet mengenai larangan ini.



Read More

Peta i-THINK

3:13 PM
Peta i-THINK

Assalammualaikum..

Baru perasan pasal Peta i -THINK ni..mula-mula ada kawan up di Fb kawan dia tanya pasal ni..sekali google rupanya peta minda...pergh budak sekolah sekarang punya istilah..dan tadi masa urus wani...ternampak di belakang buku tulis gambar di atas...

Peta i- THINK ada 8:
  1. peta pelbagai alir
  2. peta bulatan
  3. peta pokok 
  4. peta alir
  5. peta dakap
  6. peta buih berganda
  7. peta buih 
  8. peta titi
Dulu-dulu zaman mv sekolah peta minda ni kita mula guna masa tingkatan..tapi sekrang wani yang darjah 3 sudah mula guna peta minda ni...semakin maju anak-anak sekarang


Read More