All About Love

Monday, September 25, 2017

Review: Margasatwa II-Saidee Nor Azam

2:00 PM
Review: Margasatwa II-Saidee Nor Azam
Margasatwa II Margasatwa II by Saidee Nor Azam
My rating: 5 of 5 stars


Adi Putra terus diganggu oleh Namtar..Janjinya yang akan memporak perandakan keturunan Tamrin terus dilaksanakan....Si Margas(Tamar) masih hidup tapi tidak lagi menganas....Namun diburu oleh pemburu yang akhirnya membawa dia ke Kuala Lumpur .

Patung melur menjadi debu kerana Aisya berjanji akan membantu melur membahagiakan Tamar,Penangkapan Margas oleh pemburu dan di bawa ke Makmal akhirnya mengembalikan wajah dan tubuhnya semula..

Namun di sebalik semua itu, ada bahaya yang menanti...Ezuan si bekas kekasih Shazuana(isteri adi putra) dan juga bekas mangsa margas menyimpan dendam yang akhirnya membuatkan dia tersalah langkah,,,membenarkan dirinya menjadi seperti Margas sekaligus menjadi orang suruhan Namtar,,

Aisya pula menjadi tawanan namtar selagi cincin kepunyaannya tidak dikembalikan oleh tamar....Tamrin datang membantu dari masa lampau...

Demi keselamatan anak dan kemusnahan Namtar..akhirnya Adi putra terkorban..Tamar pula hidup di zaman moden dengan isteri wajah seiras melur(aisya)..Saif si penyelamat yang akhirnya dapat membunuh namtar....


**best sangat...walaupun tebal..tapi jalan cerita buat kita terus dan terus membaca

View all my reviews
Read More

Menu Sabahan-Ambuyat-

11:57 AM
Menu Sabahan-Ambuyat-
xda candas so pakai garfu lah jawabnya
Assalammualaikum...

Semalam kami makan menu sabahan untuk makan malam..tapi masak juga nasi untuk syamimi dan wani..sebab dorang tidak mau makan ambuyat pada awalnya...

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut.

Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis.(sumber Wikipedia)

Kalau MV memang dari kecil sudah diajar makan ambuyat ni..walaupun ia macam gam tapi kalau dah kena dengan cecah dan lauk sampingannya memang perghh....ditambah lagi kalau makan beramai-ramai

Semalam MV buat cecah asam jawa, ikan uji rashid bakar, dan hati ayam masak kicap...timun jer tiada sebab malas sudah mau ke kedai beli sayur,,,makan malam ambuyat semalam MV nikmati dengan HaikalAYUWanimimi....

Siap semua cakap mama buat sikit...kena buat sikit lah..kalau buat banyak nanti tak habis hihi....sapa pengemar Ambuyat,..angkat tangan 



















Read More

Review: Jelmaan 2 : Jelmaan Takdir-Khairul Naim

8:43 AM
Review: Jelmaan 2 : Jelmaan Takdir-Khairul Naim
Jelmaan 2 : Jelmaan Takdir Jelmaan 2 : Jelmaan Takdir by Khairul Naim
My rating: 5 of 5 stars


Ilham...Ya dia Si jelmaan Takdir..Mewarisi Jelmaan puaka dari naerina...Kerana satu tragedi berdarah yang berlaku di depan mata..Dendam itu membawa dia ke jalan yang salah...Siapa sangka budak kecil mampu membunuh di usia 9 tahun...

Semuanya bermula apabila...Inspektor Zailudin menyebabkan Ibubapa Ilham terbunuh...kerana satu penculikan kanak-kanak yang menyebabkan kematian....Selepas kejadian itu dia nekad untuk membalas dendam...

Satu persatu dia rancang....membebaskan roh naerina yang terkurung di belukar seri pagi...menanam syuhairi ..menjadi Raiz sebagai pendamping jelmaan puaka...membunuh din....dan menjadikan sarimah korban kepada raiz...

Bukan hanya 3 nyawa tetapi lebih banyak nyawa telah terkorban..dia si jelmaan takdir...masa ni lah semuanya terbongkar...kenapa dan mengapa Ilham menjadi begitu sehingga membawa dia kepada kematian...Cuma Inspektor Zailudin...teringin mau tau apa kesudahannya..buku ni akan bersambung lagi kah?

View all my reviews
Read More

Sunday, September 24, 2017

Reward form 8share

8:30 AM
Reward form 8share

Assalammualaikum...

Yeah dapat reward RM5 dari 8share..menjadi jumlah terkumpul sekarang RM55.98...dah boleh cashout ni awal bulan depan.....sukanya MV hahaha...korang ada tak dapat reward ni???ada beberapa mission sepanjang ogos...

Nampaknya rezeki MV hanya di bulan September...takapalah RM5.00 pun ok bah dari tiada kan..yang penting usaha ....chayok

Read More

Saturday, September 23, 2017

Lawatan Pendidikan Ke Balai Bomba Sembulan

8:00 AM
Lawatan Pendidikan Ke Balai Bomba Sembulan
Anak Taska Permata Kemas KPKPS
Assalammualaikum..

Alhamdulillah rancangan kami jawatankuasa Kemas KPKPS untuk buat lawatan pendidikan ke Balai Bomba Sembulan telah terlaksana pada 20.09.2017...pemilihan tempat ini dibuat kerana ada latihan fire dril haritu ....budak-budak pun excited bila nampak ada kereta bomba datang ke bangunan taska haritu....

posing di lori bomba
Walaupun lawatan pendidikan ini agak singkat namun banyak ilmu dan pengalaman yang anak-anak dan ibubapa dapat...mereka dapat merasa memakai baju ahli bomba..bukan size kanak-kanak tapi size dewasa...MV pun ada try ...ya ampun baju tu nampak macam ringan tapi berat dan panas....

sukanya main air
kuatnya syamimi dapat tarik pili tue

masa ni dia rasa serba salah takut kasut kena air 

Anak-anak juga diberi peluang untuk mencuba hos paip air yang selalu digunakan untuk kebakaran..seronok tengok anak-anak tue gembira...meraka juga dibuat naik lori bomba dan berpusing satu pusingan di dalam kawasan bomba...

walaupun hanya satu pusingan tapi dia punya feel tue sampai ke malam syamimi sebut-sebut...dorang diajar cara menyelamatkan diri ketika kebakaran....

ok mama posing jap kahkah
tunggu turn mau try pump air
Terima kasih lah abang bomba sebab sudi layan adik adik taska dan tabika kemas kpkps ni...kami semua enjoy dengan apa yang disediakan oleh pihak bomba untuk rombongan lawatan pendidikanm 
mama pun mau try baju ni..ya ampun panas..
with abang bomba "anthony"

Semasa kami di sana ada satu panggilan kecemasan yang diterima oleh pihak Bomba..kami masa tu sudah panik bila dengan pengumuman ...tapi salute dengan abang-abang bomba..bila mereka tenang sahaja masuk ke dalam lori...tidak pun tergesa-geasa....
sedih sebab dia ingat dia tak boleh pakai baju ni 
abang bomba tue pesan api kecik boleh jadi kawan tapi api besar nda boleh..kalau ada kebakaran ..jangan panik...tapi mesti tenang..kalau kita panik...nanti apa yang kita mau buat terus tak jadi 


abang bomba tolong syamimi pakai baju 
dalam bas pun sempat posing 
Terima kasih Abang Bomba I love you(**syamimi yang cakap )
Read More

Friday, September 22, 2017

Review: Jelmaan By Khairul Naim

7:30 AM
Review: Jelmaan By Khairul Naim
Jelmaan Jelmaan by Khairul Naim
My rating: 5 of 5 stars

Kematian Sarimah dan din ,Kehilangan Syuhairi dan Raiz yang ditemui membunuh diri.Memaksa pembunuhan ini disiasat dan semakin banyak yang mengelirukan....

Saksi mengatakan syuhairi yang membunuh Sarimah Namun Ilham dengan yakin mengatakan yang bukan syuhairi yang membunuh..Yakin sangat!!(**terus dalam fikiran kenapa dia yakin)..membaca dan terus membaca...

Banyak yang terbongkar...kisah raiz yang cintakan sarimah....Cerita yang Nenek Raudhah sampaikan membuatkan kita semakin terus ingin tahun kenapa tempat larangan itu berpuaka...penceritaan kisah Kedah dan siam...

Kisah konflik ayah dan anak...kisah kepahlawanan melayu dalam mempertahankan negeri diselit cinta kisah 3 penjuru yang akhirnya membuatkan si adik terpesong dan memilih jalan yang salah..Kenapa Ilham menghidupkan semula Jelmaan itu ,,,,

Nantikan di Jelmaan 2



View all my reviews
Read More

Thursday, September 21, 2017

Review: Meh, Sandar Pada Aku!

2:35 PM
Review: Meh, Sandar Pada Aku!
Meh, Sandar Pada Aku! Meh, Sandar Pada Aku! by Aifa Batrisya
My rating: 5 of 5 stars

Orang tua2 cakap jangan benci sangat kat seseorg tue terutamanya yang berlainan jantina..takut nanti rasa benci tu jadi sayang....

Syed Nadzhan dan afnan tasneem dipertemukan sebagai seorang pensyarah dan pelajar praktikal.Bermula dengan rasa sebal di antara satu sama lain...alergic dengar nama syed nadzhan sehingga melabelkan pensyarah itu anti perempuan ..haha...

bagi Syed Nadzhan...afnan tasneem menyebalkan tapi dalam masa yang sama mencuit hati lelakinya yang tidak akan tergoda dengan perempuan...Perkahwinan antara ibu dan ayah mereka menjadi hbungan mereka bertambah rumit...

Dari pensyarah dan pelajar menjadi adik beradik tiri....ada satu rasa yang sedang menjalar di hati syed Nadzhan namun cuba untuk dinafikannya...Kehilangan ibu dan ayah mereka yang terkorban dalam bencana alam di Jepun membuatkan kehidupan mereka bertambah rumit...

Kali ni...dari adik beradik tiri menjadi suami isteri...perkahwinan yang menyebabkan penderitaan si pencinta setia sepupu Nadzhan...perkahwinan yang dibina tanpa sedar sebenarnya cinta itu sudah di dalam hati...

Bagaimana kesabaran seorang suami menunggu kemarahan isterinya reda....bagaimana percintaan selepas perkahwinan...baca novel ni memang tue cakap..."adakah lelaki seego dan sesabar syed Nadzhan"

View all my reviews

(**baru tersempat update blog)
Read More