All About Love

Friday, September 22, 2017

Review: Jelmaan By Khairul Naim

7:30 AM
Review: Jelmaan By Khairul Naim
Jelmaan Jelmaan by Khairul Naim
My rating: 5 of 5 stars

Kematian Sarimah dan din ,Kehilangan Syuhairi dan Raiz yang ditemui membunuh diri.Memaksa pembunuhan ini disiasat dan semakin banyak yang mengelirukan....

Saksi mengatakan syuhairi yang membunuh Sarimah Namun Ilham dengan yakin mengatakan yang bukan syuhairi yang membunuh..Yakin sangat!!(**terus dalam fikiran kenapa dia yakin)..membaca dan terus membaca...

Banyak yang terbongkar...kisah raiz yang cintakan sarimah....Cerita yang Nenek Raudhah sampaikan membuatkan kita semakin terus ingin tahun kenapa tempat larangan itu berpuaka...penceritaan kisah Kedah dan siam...

Kisah konflik ayah dan anak...kisah kepahlawanan melayu dalam mempertahankan negeri diselit cinta kisah 3 penjuru yang akhirnya membuatkan si adik terpesong dan memilih jalan yang salah..Kenapa Ilham menghidupkan semula Jelmaan itu ,,,,

Nantikan di Jelmaan 2



View all my reviews
Read More

Thursday, September 21, 2017

Review: Meh, Sandar Pada Aku!

2:35 PM
Review: Meh, Sandar Pada Aku!
Meh, Sandar Pada Aku! Meh, Sandar Pada Aku! by Aifa Batrisya
My rating: 5 of 5 stars

Orang tua2 cakap jangan benci sangat kat seseorg tue terutamanya yang berlainan jantina..takut nanti rasa benci tu jadi sayang....

Syed Nadzhan dan afnan tasneem dipertemukan sebagai seorang pensyarah dan pelajar praktikal.Bermula dengan rasa sebal di antara satu sama lain...alergic dengar nama syed nadzhan sehingga melabelkan pensyarah itu anti perempuan ..haha...

bagi Syed Nadzhan...afnan tasneem menyebalkan tapi dalam masa yang sama mencuit hati lelakinya yang tidak akan tergoda dengan perempuan...Perkahwinan antara ibu dan ayah mereka menjadi hbungan mereka bertambah rumit...

Dari pensyarah dan pelajar menjadi adik beradik tiri....ada satu rasa yang sedang menjalar di hati syed Nadzhan namun cuba untuk dinafikannya...Kehilangan ibu dan ayah mereka yang terkorban dalam bencana alam di Jepun membuatkan kehidupan mereka bertambah rumit...

Kali ni...dari adik beradik tiri menjadi suami isteri...perkahwinan yang menyebabkan penderitaan si pencinta setia sepupu Nadzhan...perkahwinan yang dibina tanpa sedar sebenarnya cinta itu sudah di dalam hati...

Bagaimana kesabaran seorang suami menunggu kemarahan isterinya reda....bagaimana percintaan selepas perkahwinan...baca novel ni memang tue cakap..."adakah lelaki seego dan sesabar syed Nadzhan"

View all my reviews

(**baru tersempat update blog)
Read More

Sunday, September 17, 2017

AIB

7:30 AM
AIB


Assalammualaikum...

Kita tutup aib orang...
Allah tutup aib kita...
Kita membantu masalah orang 
Allah datangkan HambaNya membantu masalah Kita.,
Insya-Allah ....

Ni MV pegang..MV akan cuba bantu selagi MV mampu..terutamanya dengan keluarga sendiri...adik beradik sendiri.....bila kita mempermudahkan urusan orang lain ..Insyallah urusan kita juga akan dipermudahkan...
Read More

Saturday, September 16, 2017

Pertandingan Busana Merdeka

7:30 AM
Pertandingan Busana Merdeka
yang di tengah juara kategori perempuan 
Assalammualaikum ....

Pertandingan Busana Merdeka ni di adakan pada 14.09.2017 di Madrasah Al-Mubarak....sempena bulan kemerdekaan..Macam biasa,,Anak-anak MV ni jenis yang akan join jer,,,kali ni dorang join pertandingan busana merdeka..berasaskan jalur gemilang ....

dua beradik 
Untuk kakak Ayu baju tu baju tahun lepas masa pertandingan di sekolah rendah..abang pula baju melayu sekolah tapi pakai samping bendera...ikut ni suka-suka jer..support aktiviti sekolah..tak menang takpa janji happy ....
abang dan peserta lain 
Bila join pertandingan macam ni,,,sekaligus menaikkan semangat mereka dan yang paling penting buat mereka berani..berani berada di hadapan orang ramai..menghilangkan rasa takut dan rendah diri..dan untuk pengalaman mereka...
nampak nda beg mama jadi mangsa
minggu depan ada pertandingan busana tradisional pula di sekolah rendah...dan yang ni dorang join juga...nanti MV share apa yang dorang pakai ...
Read More

Friday, September 15, 2017

Konsert Negaraku

4:06 PM
Konsert Negaraku


Assalammualaikum ...

Konsert negaraku #kitasamahero yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah 8.30 Malam ni 15.09.2017.ini adalah sempena sambutan hari Malaysia esok 16.09.2017...ANtara artis yang akan memeriahkan lagi konsert ini 

Dato M.Nasir 
Mawi 
Jihan MUsa
Tajul
Ayai Illusi 
Azharina
Hafiz Suip 
Kakak Azraff 
Ismail Izzany 
Siti Nordiana 
Wani Hasrita 
Nera AF
HAzama
Shaiful Zero 
Wan Rul (juara mimpi ke bintang)

Siapa yang area kota kinabalu boleh lah datang ramai-ramai dan memeriahkan lagi konsert ni..MV suami jenis tak layan ni..kalau bola boleh katanya haha
Read More

Sikit Lagi Nak Cashout

8:00 AM
Sikit Lagi Nak Cashout

Assalammualaikum....

Sikit lagi nak cashout account 8share MV...hari ni dah 47.78 sen dah ...dapat 50 awal bulan depan dah boleh cashout...oh ya MV ni memang cukup jer RM50 memang akan cashout...tak mau kumpul lama-lama...serik dengan kes nuffnang tue.....

KOrang punya 8share berapa dah?orang bilang sikit...it ok bah ..no hal ...sikit pun duit apa...boleh buat simpanan..kumpul di bank....orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit.haritu cashout duitnya masih dalam bank belum diusik...

Kalau xda keperluan memang MV tak kacau..oh ya MV ni ada satu habit..malas keluarkan duit di bank...untuk pengetahuan korang ...dulu masa suami kerja swasta MV bagi dia pegang kad bank...sebab supaya senang kalau dia ada emergency..dia kan driver merangkap pembantu pejabat...

Tapi sekrang bila dia masuk kerja kerajaan ..kad bank MV dia bagi MV pegang..sebab dia ni boros..lagipun dah xda keperluan kalau tiba2 kena outstation..sebab jadi pemandu kerajaan ni...jalan pun pakai kereta jabatan..minyak pun jabatan ada kad sendiri...

makanya bila MV yang pegang kad bank mmg liat lah mau pegi kasi kuar duit..kecuali kalau betul-betul perlu..haha...mungkin kmu rasa pelik..tapi inilah kebenarnya...sampai kadang2 lupa yang dalam bank ada baki duit lagi...

berbalik dengan 8share kalau korang berminat nak join boleh Klik SINI
Read More

Thursday, September 14, 2017

Kebakaran Asrama Lelaki Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur

2:19 PM
Kebakaran Asrama Lelaki Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur
Assalammualaikum....

Salam Takziah buat semua keluarga mangsa Kebakaran Asrama Lelaki Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur pagi tadi...Lebih kurang 20 orang maut dan yang lain dalam keadaan kritikal...

Itu mengikut apa yang Mv baca di internet..kesahihan belum dapat dipastikan..."Sesungguhnya syurga menantimu "..Mari kita sedekah bacaan surah Al-Fatihah buat semua yang terkorban...

Buat keluarga mangsa semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian ini...Cuma MV sedikit terkilan dengan gambar mayat yang tersebar di media sosial...aduh tolong hormati keluarga mangsa...Janganlah disebarkan 



Read More