All About Love

Saturday, August 12, 2017

Cinta gred A

9:30 PM
Cinta gred A

Assalammualaikum

Tengah tengok drama cinta gred a.. Mengisahkan Ameer Budak Pintar yang mau sangat jaga gred 4 flat nya..

Geram pula dgn drama ni.. Mak ayah Dia setkan anak kena dapat 4 flat KALAU X putus hubungan keluarga...

Ada kah patut Huhu.. Kesian juga KALAU diberi tekanan Macam tu untuk belajar.

Sapa  Layan drama ni.angkat tangan

Read More

Langit cinta-Damya Hanna

9:09 PM
Langit cinta-Damya Hanna

Assalammualaikum

Langit cinta hasilnya tulisan Damya Hanna mengangkat kisah cinta dua darjat. Kesetiaan dalam perhubungan. Kejujuran dalam perhubungan. 

Khadeeja gadis kmpung. Aliff anak ORANG berapa. Jatuh cinta pandang pertama.Penyatuan dua HATI yang akhirnya membawa derita. 

Dibuang keluarga!! Egonya sorang ayah sehingga sanggup Memusnahkan perkahwinan yang dibina. Menidakkan Hak seorang Isteri Dan menantu..

Bagaimana berakhirnya episod cinta aliff Dan Khadeeja 


Read More

Friday, August 11, 2017

Kata-Kata Mutiara #1

2:19 PM
Kata-Kata Mutiara #1
Image may contain: 1 person, smiling, text


Assalammualaikum,,,

Lebih Baik kita dianggap bodoh tetapi benar daripada di anggap cerdik tetapi berbohong.

**Tepuk dada tanyalah diri sendiri ya ..
Read More

Degree Naik Lagi

9:40 AM
Degree Naik Lagi

Assalammualaikum....
Please follow bilang doktor

Degree Naik lagi...01.08.2017 haritu bawa kakak ayu review mata di KLinik Mata Hospital Likas...Terpaksa bagi dia cuti sekolah walaupun dia berat hati ...

Bila time jumpa doktor,,,banyak sangat yang doktor suru dia tengok dia tak nampak..so kena bagi masukkan ubat untuk pastikan degreenya...

tunggu 30 minit untuk ubat tue berkesan...ubat ni memang sakit sikit mata pedih..sebab nak bagi kembang mata kah macam tu lah dia punya fungsi..

Bila check..adui anak..degree naik ke 350 dari 250,,,,silau pun naik lagi.....anak oh anak...patutlah mengadu kabur jak spek...


rm90 untuk lense saja..frame sendiri
buat spek ada frame di rumah...bayar RM90 sebab cermin kena order..degree terlalu tinggi..tahun depan baru review lagi...harap2 x naik lagi lah 
Read More

Thursday, August 10, 2017

Wordless Wednesday#manusia dan perubahan#

2:24 PM
Wordless Wednesday#manusia dan perubahan#
Image may contain: text, outdoor and nature


Assalammualaikum..

Manusia akan perasan apabila kelakuan  kita berubah terhadap mereka,tapi mereka tidak akan perasan bahawa kelakuan mereka yang buat kita berubah...

**selalu macam ni...bila kita mula menjauh dari mereka...mereka salahkan kita walaupun sebenarnya punca dari mereka sendiri 
Read More

Beransur Pulih

11:37 AM
Beransur Pulih
Image may contain: 1 person

Assalammualaikum..

Alhamdulillah...semakin sihat...bengkak di bibir pun semakin surut...walaupun dia sakit..tetap dia dengan aktiviti mewarna dan belajarnya....

Doakan syamimi ya semua
Read More

Wednesday, August 9, 2017

Review: Encik Suami Mat Salih Celup

4:31 PM
Review: Encik Suami Mat Salih Celup


Encik Suami Mat Salih Celup Encik Suami Mat Salih Celup by Yumi Hyra
My rating: 5 of 5 stars

Iman Amani dan ian Hadif.Bagaimana dua orang yang berkahwin tanpa cinta dan berbeza segalanya.Walaupun bangsa yang sama namun Ian Hadif lebih pada western apabila dibesarkan di luar negara.

Bagaimana Iman Amani memelayukan Suami Mat Salih Celupnya.Mampukah rasa cinta berputik sesama mereka. Bagaimana Iman Amani menghadapi apabila sang bekas tunang mula merayu?Apabila Bekas cinta hati Ian Hadif kembali menagih janji dan sudi bermadu???

Siapa yang sudah baca ...dan tengok drama ni..Mv lebih suka yang dalam novel...

View all my reviews
Read More