Saturday, April 15, 2017
Antalogi mistik jembalang
Mrs Velentine
12:15 AM
Antalogi mistik jembalang
Assalammualaikum
Antalogi mistik jembalang ada 4 cerita mistik yang penuh saspen dan kejutan...
1.runcing -zharulnizam Shah Z.A = "dalam kembara mistik yang cukup mendebarkan antara pertarunganhaq lawan batil"
Mengisahkan masih ada lagi masyarakat yang mempercayai dan mengamalkan benda/kerja syirik seperti ilmu hitam...Di mana orang2 kuat beragama menjadi mangsa dan lawannya..
2.bidadari pencabut nyawa-riduan judin "darah dan hati kamu pasti akan menambah kejelitaanku!"
Berkisarkan kehidupan penduduk d ranau yg dihantui oleh 2 rogon yg membunuh semua manusia yg memasuki hutan nusawungu..Rupa2nya ianya adalah dendam si orang bunian yang ingin membalas dendam terhadap kematian suaminya yg mati dihempap pokok hasil pembalakan haram..
3.Penunggu rumah pasung-jessy mojuru"rumah pasung ini menyimpan 1001 rahsia. Hanya dia dan temannya yang tahu"
Kisah sekitar kota marudu Sabah mengisahkan zaidi yang dianggap gila apabila dia mula lupa siapa dia sebenarnya selepas satu tragedi berlaku ke atasnya..Dia mengulangi kejadian yg berlaku 2 tahun seblmnya demi mengingat kembali rahsia tentang dirinya..tapi bila sdh terungkai semuanya..dia dianggap gila
4.tetamu siang-ramlee awang mursyid"awas aku akan mencabut nyawa kalian bila siang menjelma tanpa belas kasian.."
"dendam antara manusia dgn jembalang..liau gantua si dukun yg bersahabat jembalang yg bernama suaka.... Sehingga menyebabkan perpecahan Antara penyokong liau gantua dan salleh bekas iman...
Adi anak salleh menjadi pembunuh di alam jembalang sehingga digelar tetamu saing.yg mana akhirnya dendam itu berterusan hingga ke cucu ...(**best kita mau tau siapa tetamu siang..apa kesudahan suaka?)
Memang terbaiklah buku ni..nda rugi baca...nampak minat baca genre begini sudah mari
Friday, April 14, 2017
Pemadam dan pensil
Mrs Velentine
5:07 PM
pemadam dan pensil
Assalammualaikum
pinjam pensil dan pemadam |
Seronok pulak baca cerita ni..Perbualan antara pemadam dan pensilApa khabar kawan?
Pensil:-Aku bukan kawanmu.
Pemadam :-Kenapa?
Pensil:Kerana aku benci kamu.
Pemadam:Kenapa engkau membenci aku?
Pemadam:Kenapa engkau membenci aku?
Pensil:Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis
Pemadam:Aku tidak padam melainkan yang salah!
Pensil:Kenapa engkau sibuk?
Pemadam:Aku pemadam, ini kerjaku
Pensil:Ini bukannya kerja!
Pemadam:Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
Pensil:Engkau salah dan sombong!
Pemadam:Kenapa?
Pensil:Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
Pemadam:Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!
Pemadam:Engkau masih bencikan aku?
Pensil:Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku
Pemadam:Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
Pensil:Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!
Pemadam:Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
Pensil:Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.
Pemadam:Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.
Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.
Sahabat-sahabatku sayang Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
Moral dari cerita ini juga.
Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.
Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.
Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.
***siapa pun kita..pemadam atau pensil ..kita perlu berkorban untuk membantu orang lain..hidup ni sentiasa perlukan pengorbanan
Tak bermusuh selepas cerai
Mrs Velentine
12:47 PM
Tak bermusuh selepas cerai
Assalammualaikum
Tak bermusuh selepas cerai..satu topik yang hangat di whi tv3 hari ni..terbuka minda dan fikiran MV..
Tetamu jemputan Fauzi Nawawi bersama anak gadisnya..Datuk Mohamad Fadhilah kamsah pakar motivasi terkenal malaysia..
"jangan benci pasangan tetapi berbaiklah ..baik demi anak,mertua...kalau tiada anak atau mertua buat baik demk diri sendiri...takut nnt bila kita terima pasangan baru nnt ..pasangan baru tersebut lebih teruk dari bekas pasangan."
"masalah rumahtangga anak-anak..mertua jangan jadi punca masalah tapi jadilah orang tua..yang sentiasa berfikiran waras dalam menyelesaikan masalah"
"anak yang ibubapanya berpisah sebolehnya mau ibubapa mereka berdamai...mereka boleh menerima perpisahan tapi tnpa pergaduhan supaya mereka tidak merasai perubahan dari perpisahan yang terjadi dan tetap merasa kasih sayang yang sama seperti sebelumnya"
Thursday, April 13, 2017
Barang Dapur buat Mainan
Yang ni MV setuju..kita beli barang mainan untuk anak main..sekali tengok barang mainan febret dia adalah kita punya mangkuk sudip di dapur....
Syamimi pun macam tue juga..bertabahlah ya ibu-ibu
Sambutan Birthday TAbika Kemas Jan-April 2017
Assalammualaikum...
antara yang meraikan birthday |
pemenang game bawa bola ping pong dalam sudu |
ready to musical chair |
pemenang musical chair |
ni pemenang lari tangan ikat ke belakang |
yg baju kuning 2 beradik |
antara girl |
antara boy yang aktif |
**maaf ya belum terBW..sibuk sikit...mau cari list buku untuk pembelian library