All About Love

Thursday, April 6, 2017

JANGAN SOMBONG DENGAN JAWATAN

3:13 PM
JANGAN SOMBONG DENGAN JAWATAN
Assalammualaikum
sekadar gambar hiasan (sumber google)
*JANGAN SOMBONG DENGAN JAWATAN*

Seorang wanita berumur 40 tahun..baru saja menjadi Pengarah disebuah syarikat membawa anaknya datang ke pejabat untuk makan.

Selesai makan anaknya membuang plastik bekas makanannya dilantai. Datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan menyapu bersih sampah tadi. Wanita yang baru saja menjadi Pgarah ini hnya melihat nenek ini menyapu.. Wajahnya sudah berkerut bukan pencen, tetapi sebaliknya harus jadi tukang sapu. Kerana itu dengan senyum sinisnya, wanita itu berkata kepada anaknya "Nak sudah besar nanti, jangan jadi seperti dia. Tu sudah tua masih lagi pungut sampah". Anaknya hanya mengangguk kepala kerana masih belum mengerti apa-apa. Nenek ini melihat kesombongan wanita itu lalu dia bertanya. "Mohon maaf, tumpang tanya.. Puan ini siapa?", katanya tenang. Dengan angkuhnya wanita itu menjawab "saya Pengarah baru disini, kenapa?!. "

Nenek ini hanya mengangguk, tidak menjawab. Dari jauh datang seorang lelaki dengan baju rapi menghampiri nenek tua itu. "Puan CEO, silakan masuk ke ruangan puan". Nenek tua ini membuka jaket lesunya, dan terlihat baju dan jas rapi dibalik jaket lesunya. *Ternyata dia adalah pengasas syarikat ini!*

Tanpa mengubah expresinya, dia berkata kepada lelaki itu. "Tolong tarik balik jawatan wanita sombong ini. Kita tidak perlu orang sombong seperti dia di syarikat ini".

Lelaki itu pun mencatat nombor pekerja wanita itu dan dihari itu juga dia dipecat. Wanita itu tidak bisa menjawab apa -apa terpaku. Nenek CEO ini berkata ke anaknya,"aku memecat mamamu  & berharap kamu mengerti,  MENJADI ORANG BESAR BUKAN DITENTUKAN DENGAN KEPINTARAN ORANG ITU, TETAPI BAGAIMANA KITA, ORANG BESAR MAMPU MENGHARGAI ORANG-0RANG YANG RENDAH DIBAWAH DAN MEMBANTU MEREKA.

*MESEJ*
Hidup ini seperti roda. Banyak liku2 kehidupan orang lain yang tidak kita fahami. Jangan pandang seseorang hanya dari luar fizikalnya semata mata. Jgn sombong.


Muhasabah diri
Read More

Menang GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA

8:21 AM
Menang  GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA
alhamdulillah rezeki bulan April 
Assalammualaikum...

Rezeki bulan april bila mv dapat komen dari eyja

Assalamualaikum.. BLOG EYJA dah keluarkan keputusan pemenang bagi Giveaway Lyana Ishak & Eyja Masliza. Boleh semak keputusan kat sini

http://www.blogeyja.com/2017/04/pemenang-pemenang-giveaway-by-lyana.html

Semoga andalah pemenang yang kami cari. Terima kasih sudi join. Mohon maaf sekiranya ada salah silap. :)


Tahniah juga buat semua pemenang dan terima kasih buat penganjur sebab anjurkan GA ni

Read More

Wednesday, April 5, 2017

Rezeki Allah

12:33 PM
Rezeki Allah
Image may contain: text

Assalammualaikum

"Salah satu bentuk rezeki Allah kepada kita,Dia Kelilingi kita dengan orang-orang yang baik"...

rezeki Allah beri dalam pelbagai bentuk..bukan hanya dari wang ringgit tapi persekitaran kita...dikelilingi orang-orang yang baik juga adalah salah satu rezeki Allah 
Read More

Adik beradik lebih utama

7:30 AM
Adik beradik lebih utama
Image may contain: 1 person, text

Assalammualaiku,,

Ramai Yang lebih suka tolong orang luar berbanding adik beradik sendiri...sebab orang luar kita dapat nama dan puji..Tapi kita lupa Nabi SAW dah pesan; sedekah kepada adik beradik yang miskin akan dapat 2 fadhilat berbanding sedekah kepada orang lain ..iaitu dapat pahala & silaturrahim

**Muhasabah diri....sentiasa MV ingat sebab tu sedaya upaya akan tolong adik beradik mana yang termampu 
Read More

Tuesday, April 4, 2017

Bila Stamp Pad jadi mainan

3:24 PM
Bila Stamp Pad jadi mainan
Assalammualaikum..

Image may contain: one or more people, people standing and child
buat kecoh awal pagi
ALkisah hari ni...bila syamimi main stamp pad mama...adui adik adik...awal pagi buat kecoh..sudah buat nda lagi rasa bersalah ....cerita bila

Mama pegi tandas..sekali masuk library ...tengok meja habis sudah warna biry biru kena stamp pad..terus cari si kecik ni dan panggil nama dia...dia boleh betapuk di bawah meja....sambil genggam tangan...syamimi main stamp pad okey.ada satu stamp pad lagi di tangan dia warna hitam....adui anak ..akal mu ni ar...bila dicuci nda hilang...lepas tue pandai pula dia tapuk2 tangan di belakang bila pegi sekolah..

Gayamu ar adik....mau marah tapi dalam masa yang sama bikin geli hati juga...Bersabar sajalah mama sama adik ni kan....
Read More

24 April Hari Kelepasan AM

9:26 AM
24 April Hari Kelepasan AM
Assalammualaikum,,,

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong 24 April 2017
24 April diumumkan sebagai Hari Kelepasan AM sempena istiadat Pertabalan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

yeah Sabah pun cuti 
Dan Jemaah Menteri Negeri Sabah turut bersetuju mengisytiharkan yang pada hari berkenaan Sabah pun cuti...Yeahhhh..amboi kalau cuti cepat saja kan..Semoga istiadat Pertabalan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V berjalan dengan lancar.Amin
Read More

Monday, April 3, 2017

Datuk Borhan bin Dolah ,KSU KKLW

10:08 PM
Datuk Borhan  bin Dolah ,KSU KKLW
Assalammualaikum


Datuk Borhan  bin Dolah ,KSu KKLW(KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH) mulai 5.julai.2017... 

Tahniah Datuk...bekerja di bawah Datuk adalah satu pengalaman yang sangat berharga walaupun dalam masa yang singkat..

Akan merindu Datuk selepas ini..semoga Datuk terus sukses di tempat baru.

**inilah bos Mv ..sangat penyayang dan berdedikasi..bertugas sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah sebelum ni...

**terima kasih atas tunjuk ajar dan layanan Datuk kepada kami semua warga PSUPS.

Read More