All About Love

Thursday, February 16, 2017

Menang Hadiah Membaca

8:50 AM
Menang Hadiah Membaca
No automatic alt text available.
menang hadiah membaca di sekolah rendah

Assalammualaikum...

Berkongsi cerita perkembangan persekolahan wani...dia menang hadiah membaca di sekolah rendah..happynya dia bukan main....masa MV ambik dia jerit"mama wani dapat hadiah"

dia ni jenis yang berani dan tak pemalu...bila cikgu tanya siapa yang mau membaca ...dia akan angkat tangan....semoga wani teruskan usaha ya



Read More

Sholawat Badar & Selawat Syifa

7:30 AM
Sholawat Badar & Selawat Syifa


Assalammualaikum....
Selawat Syifa
Print 2 selawat ni untuk wani..sebab ustazah suru dorang baca di rumah... so MV printkan untuk wani....
Sholawat Badar
Read More

Wednesday, February 15, 2017

Memohon ampun ibubapa

11:53 AM
Memohon ampun ibubapa

Assalammualaikum

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah.
Kami banyak buat salah pada ayah".

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita.  - Karyawan bisu

**muhasabah Diri Dan untuk renungan kita bersama

Read More

Throwback#cerita minggu lepas#

11:30 AM
Throwback#cerita minggu lepas#

Assalammualaikum


bos kecik
Throwback cerita minggu lepas..waktu syamimi tak berapa sihat....so MV nda lah hantar dia ke taska..MV bawa ke ofis...dah besar pun..lagipun dia ni tak banyak ragam....bagi dia warna...dia mewarna lah

MV bawa dia 2 hari....masa ni dia batuk2 muntah2...cirit birit....kalau hantar ke taska menyusahkan pula...jadi jaga sendiri....lagipun dia masih aktif....so tak risau betul....

demam pun rajin juga mewarna
nilah kalau ada anak kecik....mau cuti susah..bawa jak lah ke library
Read More

Wordless Wednesday #syamimi with uncle#

7:30 AM
Wordless Wednesday #syamimi with uncle#
Syamimi with adik bongsu MV
Assalammualaikum..

ini syamimi dan adik bongsu MV....ustaz kafa yang berusia 20 tahun....ni gambar ketika Sabah Vs ATM..tapi Sabah kalah..perghhh jangan ungkit..geram betul...kalah besar pula itu
Read More

Tuesday, February 14, 2017

Menang February Giveaway 8share

3:58 PM
Menang February Giveaway 8share
Assalammualaikum....
Image may contain: text
earning lama sebelum join giveaway

Alhamdulillah ,,,menang February Giveaway 8share....join sebab senang jer syarat...just screenshot dashboard...then share di facebook ayat sedikit...MV punya ayat macam ni 

Bertambah lagi #8share ni. Bermula dengan nilai rm0.20 sen dengan kerajinan bertambah juga.Sudah hampir Rm5++ cashout dengan 8share..memang berbaloi

nda sangka terpilih untuk menang rm10 reward,,,jadi bertambah lah lagi duit tabungan 8 share...cukup 150 nanti mv nak cashout lah ....

earning yang terkumpul 
 orang cakap MV ni buat kerja yang sia2..haha..at least MV just share jak iklan...then org klik MV dapat duit..tanpa keluarkan modal..walaupun lambat..tapi ada juga hasilnya ...

email dari 8share



Read More

Pengalaman Free diapers Syamimi

8:55 AM
Pengalaman Free diapers Syamimi
Assalammualaikum...


ADEEYAFebruary 9, 2017 at 9:24 AM
Hehehe. Seronoknyaa free diapers. Susah tak?




Pengalaman free diapers syamimi susah tak?misi bermula pada 15 oktober 2016 itu pun hanya bermula pada weekend...shingga lah misi free pampers sebelah siang berjaya pada 18 disember 2016

bermula dari tue MV dah stop bgi dia pakai pampers sebelah pagi..pakai waktu malam jak..tapi itu pun bila pagi bangun pampers tak basah....jadi MV ambik keputusan ...tak bgi dia pakai pampers waktu malam pada januari ...



Dan akhirnya berjaya ...so syamimi free pampers ambik masa 3 bulan sahaja....paling singkat ....MV pun tak sangka secepat ni...syamimi betul2 beri kerjasama dalam misi ni....

Tahniah adik
Read More