Friday, October 14, 2016
Thursday, October 13, 2016
Khai Bahar - Bayang (Official Music Video)
Assalammualaikum..
Lubuk hati yang terdalam
Dihuni rindu menjalar
Jarak terus memisahkan
Tapi hati
Mungkin tangan ini tak pernah
Membelai indah cintamu
Mungkin mata ini tak terlihat
Tak akan hilang
Bayang
Mekar di dalam jiwaku
Bersebelahan tanganku
Tak mungkin aku terlupa
Rindu
Hati ini semakin risau
Jurang perjalanan ku
Walau jauh tak kan berubah
Bayang
Mekar di dalam jiwaku
Bersebelahan tanganku
Tak mungkin aku terlupa
Rindu
Hati ini semakin risau
Jurang perjalanan ku
Walau jauh tak kan berubah
Bengang
Rindu mendera hatiku
Pedih menyiksa jiwaku
Tak pernah kita bersua(credit to SINI)
lagu baru khai bahar ...best,,,bolehlah layan...
Sweetie nanie
Mrs Velentine
8:30 AM
nadia brian
Assalammualaikum...
pinjam google |
Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23 (Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.
Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora.
Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Farhana). Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu.
Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.(nak tengok online drama ni boleh tengok kat sini)
**sapa layan drama ni...MV mula2 tak suka..tapi bila episod semalam tertarik pula ...konflik keluarga nanie...perangai bapanya yang pemarah...kisah nanie mencari anaknya... kenapa nanie x mengaku mak bapa dia..kenapa bapa dia benci sangat dengan nanie...
Wednesday, October 12, 2016
Simple Tapi kenyang
Mrs Velentine
8:35 PM
sup kundur
Assalammualaikum
Kita share menu makan malam Dari dapur kecik Mv.. Pagi tadi Mv kerja luar. So Lepas habis kerja Bos bag Balik umah.
Makanya Mv Hari ni awal lah memasak... Cuci kain Dan iron baju.. Hari ni makan malam awal..dalam jam 6.15 Pm..
Menu simple Saja #ayamgoreng #supayamkundurtomato..buat jak lah mana yang mampu... Syukur anak2 Nda cerewet.. Makan jak apa Yg Ada...
Badan Rasa Penat.. Pinggang macam mau tercabut. Namanya juga ibu.. Menang Sudah Haram situasi begini..
*maaf Belum singgh blog kamu.. Bulan 10 ni Padat sikit
Tuesday, October 11, 2016
Mewarna merangsang minda kanak-kanak
Assalammualaikum ..
Mewarna merangsang minda kanak-kanak... di usia 2 tahun 9 bulan 20 hari ...Syamimi menunjukkan peningkatan dalam mewarna..selalunya kalau ada aktiviti mewarna di taska dia akan conteng jer...tapi semalam tiba-tiba dia berjaya habis 2 lukisan ....
Hasil kerja syamimi. Di usia 2thn 9 bulan 20 hari bln akhirnya Dia berjaya Warna sampai habis tanpa bantuan. Keep it up adik. Walaupun X lah sekemas mna.tapi tetap terbaek |
walaupun hasilnya x lah sekemas mana..tapi bagi MV yang penting dia sudah tahu cara memegang pensil...dia sudah tau control tangannya..supaya warna tue di dalam ruang....dan dia nda sudah mengadu penat bila mewarna....
tahniah adik..lepas ni kita mewarna lagi dan belajar buat abc...guna titik-titik...semoga anak mama ni terus maju dan dipermudahkan untuk proses pembelajarannya ..Amin