All About Love

Thursday, October 13, 2016

Sweetie nanie

8:30 AM
Sweetie nanie

Assalammualaikum...

Image result for sweetie nanie
pinjam google
Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23 (Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.

Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora.

Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Farhana). Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu.

Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.(nak tengok online drama ni boleh tengok kat sini)


**sapa layan drama ni...MV mula2 tak suka..tapi bila episod semalam tertarik pula ...konflik keluarga nanie...perangai bapanya yang pemarah...kisah nanie mencari anaknya... kenapa nanie x mengaku mak bapa dia..kenapa bapa dia benci sangat dengan nanie...


Read More

Wednesday, October 12, 2016

Simple Tapi kenyang

8:35 PM
Simple Tapi kenyang

Assalammualaikum

Kita share menu makan malam Dari dapur kecik Mv.. Pagi tadi Mv kerja luar. So Lepas habis kerja Bos bag Balik umah.

Makanya  Mv Hari ni awal lah memasak... Cuci kain Dan iron baju.. Hari ni makan malam awal..dalam jam 6.15 Pm..

Menu simple Saja #ayamgoreng #supayamkundurtomato..buat jak lah mana yang mampu... Syukur anak2 Nda cerewet.. Makan jak apa Yg Ada...

Badan Rasa Penat.. Pinggang macam mau tercabut. Namanya juga ibu.. Menang Sudah Haram situasi begini..

*maaf Belum singgh blog kamu.. Bulan 10 ni Padat sikit

Read More

Wordless Wednesday #My Baby #

7:00 AM
Wordless Wednesday #My Baby #

Assalammualaikum...

cepatnya masa berlalu..syamimi kini 2 tahun 9 bulan 21 hari ..tapi still u are my baby adik..
Read More

Tuesday, October 11, 2016

Mewarna merangsang minda kanak-kanak

9:19 AM
Mewarna merangsang minda kanak-kanak
Assalammualaikum ..

Hasil kerja syamimi. Di usia 2thn 9 bulan 20 hari bln akhirnya Dia berjaya Warna sampai habis tanpa bantuan. Keep it up adik. Walaupun X lah sekemas mna.tapi tetap terbaek

Mewarna merangsang minda kanak-kanak... di usia 2 tahun 9 bulan 20 hari ...Syamimi menunjukkan peningkatan dalam mewarna..selalunya kalau ada aktiviti mewarna di taska dia akan conteng jer...tapi semalam tiba-tiba dia berjaya habis 2 lukisan ....


walaupun hasilnya x lah sekemas mana..tapi bagi MV yang penting dia sudah tahu cara memegang pensil...dia sudah tau control tangannya..supaya warna tue di dalam ruang....dan dia nda sudah mengadu penat bila mewarna....

tahniah adik..lepas ni kita mewarna lagi dan belajar buat abc...guna titik-titik...semoga anak mama ni terus maju dan dipermudahkan untuk proses pembelajarannya ..Amin

Read More

Monday, October 10, 2016

Menu makan malam

9:03 PM
Menu makan malam

Assalammualaikum

Alhamdulillah... Syukur DAPAT menikmati makan malam bersama keluarga tersayang. Menu simple Saja.

Balik kerja terus capai apa Yg Ada untyk dimasak maka terhasillah ikan stim halia, ikan goreng, sayur Manis Tumis telur...

Mula2 mau masak ikan masak kicap tiba2 Tukar fikirn. Makanya menu ni lah Yg jadi. Wani cakap kami sdh mama X masak ikan stim..

Ikan goreng untuk mimi..dia suka mkn.. Klo stim X berapa.. Hihi.. Org Ckp bila kita makan ramai2.makanan Yg simple tu Akan jadi sedap.

Alhamdulillah.. Anak2 Dan suami suka

Read More

Saturday, October 8, 2016

Data - Sayangku (Official Music Video HD)

6:00 AM
Data - Sayangku (Official Music Video HD)

Assalammualaikum...

layan lagu ni...teringat zaman remaja..membesar dengan kumpulan ni...zaman balada hihi

**MV hari ni bertugas hari sukan negara.. ada futsal perpaduan piala setiausaha persekutuan sabah 2016.

hari ni 8.10.2016 adalah hari sukan negara..jom sama2 bersukan 
Read More

Friday, October 7, 2016

KEMBAR

2:30 PM
KEMBAR

Assalammualaikum.,..

Kembar..Kembar tahun..tapi bila tengok gambar ni patutlah kadang-kadang orang percaya jer kalau dorang cakap dorang ni kembar...sebab seiras bah pulakan...dengan cermin matanya....

Ni gambar masa dorang ikut langkah ria di sekolah agama..sempena sambutan maal hijrah baru-baru ni...kakak dapat nombor 4..abang dapat nombor 5...tahniah walaupun tak menang no.1 at least dorang berani ikut...

lagipun permainan ni kira uji minda...teruskan aktif macam ni ya kembar tahun mama
Read More