All About Love

Wednesday, February 3, 2016

1 Perkara yang selalu kita buat bila bekelan elektrik hidup semula

10:10 AM
1 Perkara yang selalu kita buat bila bekelan elektrik hidup semula

Assalammualaikum...

Pinjam gambar dari FB
Bila blackout jer..confirm kita akan cari lilin sebab nak terangkan rumah kita.Budak2 paling excited bila nampak cahaya lilin ni.Siap buat aksi bayang2 dengan tangan.

Tapi kan,,,korang ingatkan kah lagi.Bila bekalan elektirk hidup semula mesti ada jer orang yang akan sambut hari jadi..Maksudnya tiup lilin...hahaha....ini diakui..sebab masa zaman kanak-kanak MV pun pernah buat..

Siap menyanyi lagu happy birthday to you lagi...skg bila sdh ada anak2...MV tengok anak2 pun buat benda yang sama...

Korang Pernah buat ker??Bila ingat balik Legend betul kan
Read More

Tuesday, February 2, 2016

Tips Bergaya Seperti Fashionista

10:31 AM
Tips Bergaya Seperti Fashionista
Assalammualaikum...

Tiada panduan khusus untuk bergelar seorang fashionista, malah sesiapa sahaja mampu menyandang gelaran tersebut dengan syarat individu itu cukup memahami fesyen dan mempunyai citarasa yang hebat mengenai fesyen. Dan untuk berfesyen bukanlah memerlukan perbelanjaan yang besar, dan tanggapan hanya golongan yang berduit sahaja memahami fesyen merupakan suatu idea yang salah. Money comes second dan kreativiti adalah faktor utama dalam dunia fesyen. 

Oleh yang demikian, jika anda ingin bergaya persis seperti famous fashionista, berikut merupakan tips-tips penting untuk panduan anda;



1. Fashion is knowledge. Oleh itu, jika anda benar-benar ingin tampil dengan fesyen yang hebat, luangkan masa anda untuk membuat sedikit kajian mengenai fesyen-fesyen antarabangsa mahupun tempatan. Baca majalah fesyen atau google sahaja laman-laman web yang berkaitan dengan fesyen. Cara termudah adalah dengan meniru gaya fesyen selebriti-selebriti kegemaran anda. 


2. Kenal pasti bentuk badan dan personality anda. Jika anda merupakan seorang yang feminine, ambil tahu fesyen apakah yang bersesuaian dengan anda. Begitu juga fesyen—fesyen yang bersesuaian dengan bentuk badan tertentu. 


3. Kenali jenis-jenis pakaian yang terdapat di pasaran. Dengan kata lain, anda haruslah menjadi kamus fesyen bergerak. Berapa jenis kasut tumit tinggi atau apakah jenis-jenis kategori beg tote?Pendek kata rajin-rajin lah membaca mengenai jenis kasut & jenama beg.Dengan ilmu fesyen yang ada akan memudahkan kita dalam berfesyen.


4. Dan yang terakhir adalah tahap keyakinan diri yang tinggi. Berfesyen harus ada keyakinan diri!Apa yang kita buat kenalah yakin.Sama juga dalam fesyen.Kalau kita pakai baju yang murah pun tapi keyakinan tinggi orang takkan tahu yang sebenarnya baju itu murah dan begitu lah sebaliknya.The key is confidence






Read More

Novel Isteriku Sleeping Ugly -Daisy Dania-

9:33 AM
Novel Isteriku Sleeping Ugly -Daisy Dania-
Assalamualaikum....

Pinjam Google
HANA Antasha, apa yang tidak kena dengannya? Sudahlah dikatakan tidak cantik, ada pula tabiatnya yang satu itu. Kalau sudah tidur, tidak kisah di mana dan ketikanya. Ditakdirkan berseteru dengan gadis cantik sejak kali pertama bersua, Rina. Semenjak itu, namanya 100 peratus berubah di UiTM. Menganggap Hana yang menjadi punca hubungannya dengan Adif terputus, Rina harus memberikan pengajaran kepada gadis Sleeping Ugly itu! Pasrah. Hana tidak kisah. Suruhlah buat apa saja, dia akan turutkan. Selagi mampu bersabar, bersabarlah. Sehingga secara kebetulan, dia bertemu dengan ‘pak cik’ yang sukakan Nescafe, hasil air tangannya ketika bekerja di Faboloustar. Mengapakah Rina begitu berdendam dengan Hana? Siapa Adif dalam hidup Rina? Siapa pula ‘pak cik’ yang sukakan Nescafe buatan Hana? Mampukah Sleeping Ugly menjadi beauty?(sinopsis dari belakang novel)

Novel kedua untuk tahun ni selepas isteriku 120kg yang agak mengecewakan.Kali ni MV baca tulis Daisy Dania Isteriku Sleeping Ugly juga terbitan buku prima.Bagi MV jalan cerita menarik.Setiap Watak yang ada digambarkan dengan elok.

Penggunaan bahasa pun baik..Ceh macam pakar bahasa pulak..MV suka jalan cerita ni..tak melalut.Walaupun ni novel romantik tapi gambaran romantik itu masih d tahap yang boleh diterima..tak terlalu open.

MV bagi 4 bintang untuk novel ni..Sebab MV habiskan baca dalam temph sehari jer....baca hari sabtu..Sampai anak ckap..mama ni memang suka membaca kan....terutamanya novel....

Sapa dah baca..korang suka tak novel ni.
Read More

Monday, February 1, 2016

Sambutan birthday abang haikal

7:30 AM
Sambutan birthday abang haikal
Assalammualaikum...
sesi meniup lilin & potong kek 
Nasi ayam for dinner
Throwback sambutan birthday abg haikal khamis 28.1.2016....simple...only family member jer,,,yang penting dia gembira..adik2 pun gembira....dia cuma request nak makan nasi ayam...x mau kedai punya..mau yang mama masak....

NAsi ayam...syukurlah dia RQ itu jer..kalau dia RQ yang pelik2 susah kita hahaha....

Read More

Sunday, January 31, 2016

Jodoh

7:30 AM
Jodoh
Assalammualaikum....

copy dari facebook

Suka dengan kata-kata ni...ada jodoh tak semestinya bahagia...berpisah tak semestinya menderita.Benar kita bercinta bagai nak rak..bila dah berkahwin last2 tak sehaluan..tak sependapat....

Jalan penyelesaian berpisah.Tak semestinya berpisah itu derita..Meneruskan itu lagi menderita adalah lebih baik berpisah dari terus merana.Insyallah pasti ada yang lebih baik menanti kita kan.

Buat sesiapa yang pernah atau sedang mengalami perkara ini..Buat lah keputusan yang sebaiknya.
Read More

Saturday, January 30, 2016

Apa Kata Orang

8:00 AM
Apa Kata Orang
Assalammualaikum...


Jumpa kat FB
Orang kita kan...susah nak puaskan...bila tak kahein tanya bila nak kahwin.bila sdh kahwin tanya bila dah ada anak.

Ada anak seorang tnya lagi bila nak tambah..kalau dapat anak bukan sepasang bising...bila ramai orang pun bising...

Eh ni excident ker???pelik betul2 pelik....dulu MV selalu kena macam ni..geram jak...bila sudah lali dengan soalan tu MV biarkan jer..Sebab bukan semua orang tu dikurniakan zuriat.ada yang berusaha mendambakan tapi belum ada rezeki.

Perancangan Allah tue kita bukan tau kan..So untuk orang yang macam ni.Tolong lah jaga hati dan perasaan orang lain.
Read More

Friday, January 29, 2016

3 Perkataan Yang Buat Perempuan Tersenyum

7:30 AM
3 Perkataan Yang Buat Perempuan Tersenyum
Copy Dari FB
Assalammualaikum....

"I LOVE YOU"

"Aku Terima Nikahnya"

"Awak Dah Kurus"

3 perkataan ni akan buat seorang perempuan tersenyum.Betul Macam MV..MV akan senyum kalau orang cakap "Wah kurus sudah ko" tapi jangan tegur " uik gemuk sudah ko" confirm naik angin ahaha.

I love you ...tipulah kita tak suka semua ungkap kata2 ni...perempuan ni mendambakan seorang yang romantik kan..walaupun MV dapat semua yang bukan jenis bagi bunga.Alhamdulillah ungakapan tue...sentiasa diucapkan....


Kalau kamu ...kamu suka kah tidak bila dengar 3 perkataan ini?
Read More