All About Love

Wednesday, October 29, 2014

KAsih Berbisik

7:00 AM
KAsih Berbisik
Assalammualaikum....


Kisahnya bermula di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.

5 tahun telah berlalu. Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.

Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.

Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora? (sumber dari SINI)

tengok cerita ni last week geram dengan imran(remy ishak)...siap cakap dekat hubby lagi..nilah lelaki..ada bini sdh pun mau lagi perempuan lain..hubby selamba jer senyum...nak tengok sambungannya hari ni...nampak menarik pula...

drama ni main tiap rabu..9.00 malam di tv3
Read More

Tuesday, October 28, 2014

Kekosongan Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17 (PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN) KEMAS 2014

3:09 PM
Kekosongan Jawatan : PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17 (PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN) KEMAS 2014
Assalammualaikum..


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17
(PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN)

Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan sebelum memohon dan mengisi borang bagi iklan KEMAS Pin.2014

Borang KEMAS Pin. 2014 yang lengkap hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan.Tarikh tutup iklan adalah pada 9 November 2014 (Ahad).
Borang KEMAS Pin. 2014 boleh didapati di :

a) Laman Web KEMAS : http://www.kemas.gov.my/

b) Facebook KEMAS : http://www.facebook.com/jabatankemajuankemas



Iklan kekosongan jawatan....try isi mana tau ada rezeki
Read More

15 Things Kids Do When They Really, REALLY Want Their Ice Cream

2:26 PM
15 Things Kids Do When They Really, REALLY Want Their Ice Cream
Assalammualaikum...

Xtgckl4
pinjam 8share punya gambar
Nampak tajuk MV untuk entry kali ni..pergh percayalah mmg MV buat tajuk english tapi membebel dalam bahasa melayu..hoho...15 perkara kanak2 akan buat bila dorang betul2 mau ais krim...(**lebih kurang begitulah kan bunyi dia)

Nak tau apa 15 perkara tue...mari tengok sini ..korang dah tengok..nak tanya betulker kanak2 buat macam tue...kalau MV...yup..anak3 MV mmg akan buat macam tue..Anak2..adik korang macam tue tak???



Read More

Adijuma Cupcake

10:13 AM
Adijuma Cupcake
Assalammualaikum..

apa kah gaya dalam gambar ni..tak ble blah
Ni mmg dah terjebak...hari ni beradijuma cupcake pula...hihi rasa macam cikgu tadika pula hohoho...mengayakan ala2 shawl tapi with adijuma cupcake...korang ada rasa nak makan ker cupcake dalam tudung tue...hihi

Lepas ni nak pakai coffee pink pula...tunggu...
Read More

Monday, October 27, 2014

Cashout 8share lagi

3:02 PM
Cashout 8share lagi
Assalammualaikum...

menunggu masuk dalam bank

Cashout 8share lagi..tak tau sdh kali keberapa..sebab banyak kali sdh meng"cashout"...biasa tiap kali cashout jumlahnya 1++ sikit2 jak..sekarang tengah tunggu duit ni masuk dalam bank...

Kali ni nak guna untuk kakak AYu...dia nak tukar cermin mata katanya...sebab cermin mata skg macam org tua..lagipun kantanya dah terlepas dari frame...so dia nak tukar yg lebih trendy katanya lah..hahaha...kakak oh kakak...
pinjam dari google
Tapi kakak kena sabar lah ya sayang..tunggu duit masuk dulu k...tue kat atas contoh cermin matanya..kalau kat kedai mahal ni..tue yg buat kat hospital tempat kakak punya temujanji...itu ala2 bukan yg mcm tue dia nak....

Mungkin dalam minggu ni akan bawa dia pegi hospital..pilih semula cermin mata mana yang dia nk...harap2 lepas ni tak terlepas lagi kantanya
Read More

Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

10:10 AM
Jeruk Mangga Asam Boi
Assalammualaikum...

Jeruk mangga asam boi homemade
Kiri Kanan depan belakang..laman sosial FB,We Chat,Wasap semua dok tayang jeruk mangga asam boi..oleh kerana nak beli jauh...makanya MV pun menjalankan misi mencari buah mangga...

Pastinya pasar malam menjadi tumpuan...semalam pegi pasar malam menggatal dapat lah mangga 9 biji RM4.00 beli asam boi rm 2.00..jadi dapatlah dua bekas.....satu untuk anak2 xda lada...

Satu untuk mv n hubby..tapi mr hubby punya tak sabar tak sampi dua jam dia dah bedal jeruk tue tinggal separuh hahaha...

Korang2 pun ada yg buat tak jeruk ni...
Read More

Adijuma Smiley

9:23 AM
Adijuma Smiley
Assalammualaikum...
no editing okey


posing with my love
Mv dah mula terjebak dengan tudung Adijuma....tapi MV beli yg white label jer..itu pun atas persetujuan dan izin suami...yup minta izin...walaupun beli dengan sendiri...kadang2 minta hubby sponsor..kena minta izin...kalau hubby cakap okey then proceed,,,

Kenapa nak minta izin....hihi dah terbiasa dari mula kahwin macam tue...sama jugalah dengan izin nak kuar rumah....kalau hubby takde d rumah..mmg tak ke mana....kalau nak pegi ke tanya dia dulu....

ok berbalik pada tudung adijuma ni..MV suka sebab patern nya yg menarik...untuk adijuma smiley MV ada 2 helai...sehelai adijuma misai2...then baru2 ni order cupcake and cofee....kalau nak ikut ada 8 design semua MV nak...

Tapi bila fikir anak2...dapur...so kena beringat....ada yg sama MCm MV..suka tudung adijuma???

HUbby mula2 tanya apakan adijuma2 ni...bila MV cakap..alah adik ipar PM...yang ikut pertandingan pengacara nona dulu tue...terus dia cakap..."oh adijuma yg itu...kawin dengan adik PM kah pula?""

Hahaha hubby MV ni mmg banyak soalan....

ni adijuma misai2..hihi

Read More