All About Love

Wednesday, August 1, 2012

Korang Ada Ker??

3:31 PM
Korang Ada Ker??

Masa tgk pic ni kat Fb..terus baca yang PMR,SPM,& STPM..sebab takat 2 jer Mrs velentine sekolah...huhu..Tapi awatnye takde UPSR???penting 2..permulaan segalanya..hehehe

Tapi kalau pun sya hanya ada STPm rasa2nya yang ada kat Pic ni Mrs Velentine ada..walaupun xlah sehebat mana...huhu..Korang pun kan..jom kongsi
Read More

Mega Giveaway By Cik Fie,Anisah N Aiman

2:12 PM
Mega Giveaway By Cik Fie,Anisah N Aiman

SYARAT PENYERTAAN
★ Follow Blog Cik Fie , Aiman Anisah #WAJIB ! 
 Like Fanpages #WAJIB ! 
★ Wajib Terjah Sponsor INI dan INI dan INI Sampai Habis Loading . #jujur . jgn menipu
★ Ambil kod banner GA di atas Dan Letakkn Di Sidebar . #x perlu buat entri . klw nk buat pon xpe .
★ Ajak Rakan Blogger Seramai Mungkin Untuk Join GA Ni .     
★ Tinggalkan link blog korang dibahagian komen .
Jom join ramai2 D sini
Read More

Yang Ni Confirm Xkan salah tempat

1:44 PM
Yang Ni Confirm Xkan salah tempat

Korang nampak nda??kalau mcm ni xkkan ada org yang salah kedai punya..punya lah kreatif ni tauke kedai.Kenapa??Sebab waktu perniagaan dia bilang kalau pintu kedai buka maksudnya bukalah...hahaha..kalau tutup means closed..hehehe...


Angin tak angin korang tgk pic ni..Mrs Velentine tgk pic ni tergelak sendiri & membayangkan mcm mnlah rupa owner kedai ni ar??*lurus bendul kot ke pelawak orgnye*


Lepas KPDNKK tak yah cek lesen dh..sebab dia dh siap tulis kat papan tanda kedai..hehehe..sgt terbaek lah...


Jom klik2 

Kamu ada video menarik tentang kg halaman..jom rebut peluang utk siarkan video kamu di astro.Baca SIni
Minat melancong & ingin Melancong ke Paris Bersama yang tersayang tanpa perlu bebelanja besar..dapatkan tiket murah di sini
peminat fanatik bola sepak..nah RM1000 utk dimenangi...mudah saja hanya masuk sini 

Read More

Warga Emas Berstatus Haji Dipenjara Kerana Mencabul.

1:30 PM
Warga Emas Berstatus Haji Dipenjara Kerana Mencabul.

Seorang warga emas berstatus haji dihukum  penjara oleh mahkamah Majistret Tawau(sabah) atas kesalahan mencabul seorang kanak2 perempuan berumur 7 tahun pada 7 julai tahun ni.(Budak lagi Pak Haji oi..seumur cucu awak kot kalau ada)

Dia didakwa mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun @denda @ sebatan@mana2 dua drpd itu jika sabit keslaahan.

Perbuatan keji ni dilakukan tertuduh di rumah di rumahnya.Hish mcm2 skg...budak2 yang jadi mangsa..fakta kes Mrs Velentine x sanggup nak taip..geli dan sakit hati..Siapa nak baca berita ni boleh baca NewSabahTImes.com.my


Read More

Mayat bayi dalam longkang

10:28 AM
Mayat bayi dalam longkang

Credit to cik google
Ketika kita sedang berlumba-lumba melakukan ibdah puasa di bulan ramadhan yang mulia ni..Masih ada lagi insan yang jahil dan tidak takut akan balasan daripada Allah SWT apabila mayat bayi dijumpai di dalam longkang di ibu negara semalam.

Perbuatan terkutuk ini dilakukan di kawasan perumahan Taman Salak Jaya,Cheras.Mayat bayi malang tanpa pakaian ini dijumpai di dalam longkang sebesar 3 meter oleh seorang warga emas(lelaki)ketika sedang melakukan senaman pada 10.15 pagi dan dipercayai mayat bayi dibuang ke dalam longkang pada waktu malam.

Astagfirullahalazim..apa mau jadi dgn dunia skg ni...kalau iya pun sudah terlanjur janganlah tambah dosa 2 dengan buang lagi bayi 2...Besarkan lah dia walau tanpa ayah sekalipun..pedulikan apa yang org mau cakap yg penting bayi 2 tak bersalah...

Sangat sedih bila memikirkan hal ni...Mrs Velentine tidak lah semulia mana tp bayi ni tak bersalah...Al-fatihah buat bayi malang ini 
Read More

Terpaksa pilih hanya 1 daripada 12 anak kembar yang dilahirkan

9:16 AM
Terpaksa pilih hanya 1 daripada 12 anak kembar yang dilahirkan


Seorang wanita China yang melahirkan anak kembar 12 pada isnin lalu Di shanghai iaitu Jinan Huang,33 tahun terpaksa memilih hanya 1 daripada 12 anak kembar yang dilahirkannya.Dia diberi peluang selama seminggu oleh kerajaan China utk membuat keputusan untuk memilih bayi yang mana untuk dibesarkan.


Jinan  bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi yang dia dan suaminya belum ada keputusan tetapi mereka telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke-2 keranabayi berkenaan adalah yang paling berat di antara 12 kembar yang dilahirkan.Mereka berharap bayi itu akan panjang umur dan boleh menjaga mereka pada hari tua.
Suami Jinan juga dengan yakin  mengatakan mereka tidak akan memilih bayi perempuan & yakin dengan keputusan yang dibuat.

Apa yang menyedihkan ialah baki 11 bayi kembar yang tidak dipilih oleh ibubapa mereka ini akan dilemparkan dari atas gunung seperti apa yang telah termaktub dalam  Undang Undang Kelahiran Kembar China.

Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut."Subahanaallah"





Jinan mengaku sudah 3 tahun berusaha mendapatkan anak tetapi dia menafikan yang dia mengambil pil kesuburan di mana amalan mengambil pil kesuburan akan menyebabkan hukuman mati sekiranya didapti bersalah.

Dia juga meminta maaf di atas kelahiran anak kembarnya kepada semua rakyat China & pemimpin China sebab dia sendiri tidak tahu bagaimana ini terjadi.

Sumber cik google.



*Sedih Mrs Velentine baca berita ni..



Read More

Karangan Sekolah Rendah

8:36 AM
Karangan Sekolah Rendah

KELUARGA 

Keluarga adalah terdiri daripada ayah,ibu,adik,abang dan kakak,atuk,nenek,mak cik dan pak cik.Semua orang mesti mempunyai keluarga sebab tanpa keluarga kita tidak akan dapat hidup dengan selesa dan bahagia.

Sekiranya kita mempunyai keluarga,ayah akan bekerja mencari duit untuk perbelanjaan keluarga.Dengan duit gaji yang ayah saya dapat bolehlah saya pergi ke sekolah dengan belanja Rm1.00 dan dapatlah saya beli nasi lemak yang sedap di kantin sekolah.kalau ada lebih bolehlah beli jajan masa balik sekolah.

Ibu juga penting sebab ibulah yang menguruskan makan pakai kita.Ibu saya kalau masak sedap sangat sampai menjilat jari.Oleh kerana saya,kakak dan adik masa kecil lagi kami sangat memerlukan ibu untuk mengurus kami seperti mencuci kain,sterika baju dan kemas rumah.

Adik beradik juga adalah anatara yang penting dalam keluarga sebab kalau kita ramai adik beradik kitatidak perlu keluar dari rumah untuk bermain dengan kawan-kawan.Apa yang paling siok ialah bila kita tidak dapat jawab kerja sekolah kakak kita boleh tolong jawabkan jadi kita tidak akan dimarah oleh cikgu ketika di sekolah.Hehehe..

Oleh itu keluarga amat penting untuk semua orang sebab tanpa keluarga hidup kita tidak akan lengkap dan kita tidak akan dapat hidup dengan selesa sebab tiada orang yang mau urus makan pakai kita.

Sekian saja karangan saya yang bertajuk Keluarga.“Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[ Dot ]My..
Read More