KELUARGA
Keluarga adalah terdiri daripada ayah,ibu,adik,abang dan kakak,atuk,nenek,mak cik dan pak cik.Semua orang mesti mempunyai keluarga sebab tanpa keluarga kita tidak akan dapat hidup dengan selesa dan bahagia.
Sekiranya kita mempunyai keluarga,ayah akan bekerja mencari duit untuk perbelanjaan keluarga.Dengan duit gaji yang ayah saya dapat bolehlah saya pergi ke sekolah dengan belanja Rm1.00 dan dapatlah saya beli nasi lemak yang sedap di kantin sekolah.kalau ada lebih bolehlah beli jajan masa balik sekolah.
Ibu juga penting sebab ibulah yang menguruskan makan pakai kita.Ibu saya kalau masak sedap sangat sampai menjilat jari.Oleh kerana saya,kakak dan adik masa kecil lagi kami sangat memerlukan ibu untuk mengurus kami seperti mencuci kain,sterika baju dan kemas rumah.
Adik beradik juga adalah anatara yang penting dalam keluarga sebab kalau kita ramai adik beradik kitatidak perlu keluar dari rumah untuk bermain dengan kawan-kawan.Apa yang paling siok ialah bila kita tidak dapat jawab kerja sekolah kakak kita boleh tolong jawabkan jadi kita tidak akan dimarah oleh cikgu ketika di sekolah.Hehehe..
Oleh itu keluarga amat penting untuk semua orang sebab tanpa keluarga hidup kita tidak akan lengkap dan kita tidak akan dapat hidup dengan selesa sebab tiada orang yang mau urus makan pakai kita.
Sekian saja karangan saya yang bertajuk Keluarga.“Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[ Dot ]My..