All About Love

Tuesday, July 31, 2012

Mangsa terakhir kapal MISC terbakar ditemui

8:53 AM
Mangsa terakhir kapal MISC terbakar ditemui


Pada 26.07.2012..kita dikejutkan dengan berita kebakaran kapal MISC Bunga Alpinia yang terbakar di W.P.Labuan...sape yang tak tau ble Baca Sini...


Ekoran kejadian tragis ini..5 orang crew telah terkorban...dan hari ni mngsa terakhir telah ditemui di dalam perut kapal,,,ahli bomba terpaksa menggunakan tali utk mecari mayat ke atas..Mangsa terakhir iaitu Mohammad Nazrin Khamsani, 20 tahun berasal dari kuala lumpur..

Empat mangsa anak kapal yang lain iaitu Shahril Azmi Baharuddin(28,melaka),Mohd Hanafi Kalil(24,Melaka),Zahari Kassim(46,N.9)& Colanggoy Errol Calaluan(22,Filipina).Kapal yang berpangkalan di Pelabuhan Klang ini singgah di jeti Petronas Methanol Labuan selasa minggu lalau(24.07.2012) untuk mengisi 21,000 tan minyak utk dibawa ke Kobe & Kawasaki Jepun tetapi kapal meletup selepas mengisi kira2 6,000 tan minyak.

Takziah buat semua keluarga mangsa & al-fatihah..

arwah os Hanafi..Sedih tgk pic ni

Arwah Greaser shahril n Pman zahari 
Gambar diambil drpd FB Malaysian Seafarer..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..buat keluarga mangsa..salam takziah...Al-Fatihah.

Read More

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

8:25 AM
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
1). AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA - AMARAN KATEGORI KEDUA Dikeluarkan pada pukul 04:42AM, 31 Julai 2012

SEKSYEN A:
Ribut Tropika Kuat SAOLA dikesan pada jam 02.00 pagi, 31 Julai 2012, terbentuk pada Latitud 20.9 U dan Longitud 124.1 T, kira-kira 1,743 km ke Utara-Timur Laut Kudat, Sabah. Ribut tropika ini dijangka bergerak perlahan ke arah Utara-Baratlaut.

Sehubungan dengan itu:

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)- Ditingkatkan daripada amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada 6:50 pagi, 19 Julai 2012.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat), Reef North, Layang-Layang, Palawan & Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad, 5 Ogos 2012.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman & Sandakan), WP. Labuan, Sarawak (Miri), Phuket, Condore & Sulawesi dijangka berterusan sehingga Ahad, 5 Ogos 2012.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Reef North dijangka berterusan sehingga awal pagi,Selasa, 31 Julai 2012.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Selat Melaka, Sarawak (Miri), Sabah (Labuan, Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Sulu dijangka berterusan sehingga pagi Selasa, 31 Julai 2012.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 31 Julai 2012, jam 04:42AM 


2). AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT 
Dikeluarkan pada: 05:12am pada 31 Julai 2012

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Sabah : Bahagian Kudat (Daerah Kudat dan Pitas); dan Sarawak : Bahagian Miri dan Bintulu (Daerah Bintulu) dijangka berterusan sehingga pagi, Selasa 31 Julai 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), N. Sembilan (Daerah Port Dickson), Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar) dan WP Labuan.

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

Sumber Info: http://www.met.gov.my/



*utk makluman kita bersama..
Read More

Buka Puasa Di RUmah @ di LUar??

8:16 AM
Buka Puasa Di RUmah @ di LUar??

Salam ramadhan yang ke 11...alhamdulillah masih diberikan peluang utk melihat dunia..syukur atas kurniaannya..Hari ni nak ceta pasal berbuka puasa,,Mana yg korang lebih suka..buka puasa di rumah dgn juadah oleh isteri@emak,,,atau berbuka puasa di luar spt hotel,,restoran & sebagainya..

Kalau Mrs Velentine,sya lebih suka buka puasa kat umah dgn anak2 dgn juadah disediakan oleh sya sendiri(*bukan riak)...alah juadah alah kadar jer...mee goreng...nasi goreng..kadang2 nasi putih ngan lauk..tgk kesempatan..sebab balik jer dh 5.30 ptg..so masak ikut yg sempat jer lah..

Mrs Velentine beruntung sebab dpt hubby yg kalau bab makanan tak memilih..apa yg kita masak dia mkn..kdg2 jer dia minta masak apa yg dia nak...

So niat nak berbuka kat luar 2 mmg kurenggg lah..apalagi dgn ada 3 hero heroin...gamaknya bukan nak berbuka tp terpaksa menjaga mereka pula..hehehe...Jadi lebih baik di rumah...makan sepah pun xpe..mak dia juga yg kemas...hehehe...

Hari ni...mcm nak buka puasa dgn tom yam...sempat ker???hehehe..harap2 sempat lah kan3x...korang punya menu berbuka hari ni apa???jom kongsi..
Read More

Malaysia Vs Manchester City:1-3

7:43 AM
Malaysia Vs Manchester City:1-3

Selepas kalah(*bermaruah ok) kepada Arsenal 1-2 minggu lalu..semalam harimau Malaya kalah 1-3 kepada Manchester city dalam perlawanan persahabatan semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Gol tunggal harimau malaya dijaringkan pada minit ke 87 oleh Azamuddin Akil..Tahniah buat Harimau Malaya..sekurang2nya ada juga gol kan...hehehe...


Manakala gol pelawat pula dijaringkan oleh Segio Aguero(minit 17),Carlos Teves(minit ke 48)dan gol ketiga oleh adam johnson pada minit 52...


Walaupun kita kalah tp Mrs Velentine tetap bangga sebab sekurang2nye ada juga gol buat team kita...tahniah buat Manchester City,,,dan tahniah juga buat Harimau Malaya...korang mmg terbaek...

Berita gembira utk kaki fotografi..Hantarkan gambar PERPADUAN sempena Hari Malaysia & menangi kamera SONY cyber-shot! Masuk Sini
Love your hometown? Make a film and show all Malaysians on ASTRO.Klik Here
Gajah Terbang???biar betul..jom tengok Sini
Read More

Monday, July 30, 2012

Lelaki yang layak digelar binatang

3:28 PM
Lelaki yang layak digelar binatang

Di bulan ramadan yang mulia ni..seorang lelaki  layak digelar binatang..Kenapa???sebab gagal mengawal nafsunya sehingga sanggup merogol dan meliwat seorang kanak2 perempuan  berusia 3 tahun yang dijaga oleh isterinya..


Mangsa  baru dijaga selama 2 bulan oleh isteri suspek,kejadian ni berlaku ketika si pengasuh keluar membeli barang di kedai..


“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya.


Dunia2...apa lah tarikan budak berusia 3 tahun sehingga nafsu mu tak terkawal lagi wahai lelaki pemngsa..hish geram Mrs Velentine...kejam2x
Read More

Sudah dera lepas 2 biarkan saja mati di hospital..

3:13 PM
Sudah dera lepas 2 biarkan saja mati di hospital..

Astagfirullahalazim...ada juga manusia begini di dunia ni...Sepasang suami isteri dari Bandar Sri 
Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti 
Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.Tetapi , kanak-kanak lelaki   malang  yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.


Yang paling menyakitkan hati apabila mereka melarikan diri selepas meghantar anak mereka ke unit kecemasan dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu diluar hospital..


Hish geram betul lah dgn mak bapak yg mcm ni...kalau x nak anak tak payah beranak..ni nyawa anak mcm tak berharga..langsung x nyesal dgn perbuatan mereka..sedarlah anak itu anugerah daripada Tuhan.Kalau Yang Kat Atas 2 x nak bagi lagi lepas ni baru nak mendah tangan ker???


Sorry mmg teremosi...sebab org lain snggup bersekang mata..bersusah payah jaga anak..tapi mereka pula senang2 nak dera anak smpi mati pas 2 tak nak bertanggungjwab..SubahanAllah...Dunia2...



Read More

Bersekang Mata..

1:50 PM
Bersekang Mata..

Niat di hati nak tido jap..hish apalah Mrs Velentine ni..hari2 nak tido..hohohohoho..sebenarnya petang semalam sebelum berbuka c adik wana demam..panas sgt...so tidokan dia awal lah tp dlm 7.00 petang mcm 2 dia bangun..badan mengigil..sejuk kot..

Masa 2 tgh kemas2 brg..sebab baru lepas sungkai(berbuka puasa)..panik juga lah...tp lepas lap badan dia ngan kain basah..suhu badannya trun sikit..."mama mau mamam bubur"...ah korang tau dia nak bubur apa???jeng3x...bubur ayam McD...atas hasutan c abg n kakak...So kitaorg bawaklah dia pg beli...

Bila dh siap mkn..dia pun nak tido...kira oklah..tp sebenarnya..dugaan bermula jam 11.00 mlm..bdn dia mula panas..tp dia x meragam..cuma Mrs Velentine kena berjaga2 sebab takut nnt ada apa2..tido2 ayam je..kejap2 bangun cek suhu badan dia...

Masa Sahur dia ada bangun..tp tido kat buai..so dptlah sahur sekejap...ntah tiba2 hujan lebat pula..siap ada guruh(tamparik org sabah bilang)...ini kali dugaan bertambah lagi..Sebab S Kakak pula lagi yg menangis sebab takut guruh...

So dijadikan cerita semalam adalah hari bersekang mata Mrs Velentine..hehehe..tp Utk mereka no hal lah..hehehe
Read More