All About Love

Tuesday, March 13, 2012

Al-fatihah buat Adik Nurul Nadirah @ Dirang

8:57 AM
Al-fatihah buat Adik Nurul Nadirah @ Dirang
Salam....hari ni  kita dikejutkan dengan berita kematian budak yang hilang baru2 ni....kes lebih kurang mcm Arwah Nurin dlu....tapi kali ni lebih menyayat hati...apa salah budak berusia 5 tahun sampai dibakar sebegitu rupa...Ya Allah..dimana perikemanusiaan pelaku kepada perbuatan keji ni.....sangat2 sedih sebab arwah dirang sebaya dengan My HaikalAyu.....

Kepada Keluarga arwah tabahkan hati....mungkin Allah lebih sygkan Arwah.....sabar dan doakan saja arwah...tapi apa yg pasti arwah akan menunggu ibubapanya di pintu syurga,,,,insyaallah...Damailah kau di sana,...al fatihah...

Pada semua rakan blogger...mari kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dirang.....dan berdoa agar perkara sebegini tidak terjadi lagi pada keluarga kita...masyarakat dan negara kita...ameen..
Read More

Monday, March 12, 2012

Untuk mu Wanita,,

12:32 PM
Untuk mu Wanita,,


Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..

p/s: sayangilh wanita yg dkt dgn anda seperti anda menyayangi Ibu anda... kerana wanita sgt istimewa... LOVE WANITA...sayang my mom...
Read More

"Apa Jadi Kalau Perempuan Boleh Kahwin Lebih Dari 1?"

12:24 PM
"Apa Jadi Kalau Perempuan Boleh Kahwin Lebih Dari 1?"
Salam isnin yang ceria..."Apa Jadi Kalau Perempuan Boleh Kahwin Lebih Dari 1?".....Ms Velentine tak dapat bayangkan apa akan jadi kalo perempuan boleh kahwin lebh dr 1 lelaki....sungguh kalo ini terjadi maka dunia mau kiamat sudah...

Antara masalah yang timbul  kalo benda ni terjadi :
  • Identiti anak yang lahir nanti..kena buat DNA utk tau bapanya
  • Orang yang bekerja buat test DNA makin tak cukup tangan
  •  Wanita dipandang hina oleh lelaki(*sampai ada yg samakan dengan P_la_ _ R)
 Ini hanya topik saja...Ms Velentine rasa benda ni nda bagus...sebab bertentangan dengan ajaran agama islam...tp bukan saja islam rasanye,,semua agama pun mcm 2.....so bagi Ms Velentine berpijak d bumi nyata dan berpegang dengan ajaran agama kita,,jan buat sesuatu yang tak masuk dek akal..dan melanggar hukum hakam hanya untuk memuaskan kepuasan nafsu..

Berdoa agar dijuahkan perkara begini Di Malaysia(*tapi ada juga kes2 mcm ni tp tidak didedahkan)...sama2lah kita berdoa agar kita dijauhkan daripada hal sebegini...Ya Allah lindungi kami drpd perkara2 yang Engkau murkai...ameen,,,,
Read More

Cubalah Untuk Memaafkan

11:54 AM
Cubalah Untuk Memaafkan
~✿» Ada ketikanya kita perlu untuk merasa “SAKIT” demi untuk MENDIDIK DIRI menghadapi keperitan apabila diri disakiti, dizalimi dan dikhianati..tiada manusia yang maksum, tiada manusia yang sempurna, sudah FITRAH memaafkan dan menerimanya..jika diri ini sudah mati, roh disakiti tiap-tiap kali dengan kemaafan yang TIDAK DIBERI..semua yang terjadi, HAKIKATNYA adalah dari Allah jua..segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah UJIAN dari Allah..Dia mahu MELIHAT apakah kita dapat MENERIMANYA dengan sebaik-baiknya atau sebaliknya..

p/s : Apabila dirimu DISAKITI, ucapkanlah moga Allah MENGAMPUNIMU..♥♥.....Ms Velentine just berkongsi....sekiranye kita disakiti cubalah untuk memaafkan dan melupakan...kita bagi diorang peluang untuk berubah....mana tau 1 hari nnt perubahan itu milik mereka....
Read More

Friday, March 9, 2012

Renungan Pagi Jumaat

10:23 AM
Renungan Pagi Jumaat
Sungguh...
Merubah diri dari lalai menjadi taat memang tidak mudah..
Mengangkat kaki dari suatu kekeliruan yang sudah lama dilakukan, lalu memindahkannya ke atas jalan yang benar dan baik, itu sulit..
Justeru masalah inilah yang pertama kali harus kita sedari dalam-dalam..

... ... Seperti yang dikatakan Imam Ibnul Jauzi, "Jangan sekali-kali engkau menganggap jalan (merubah diri menjadi baik) itu mudah."
Jalan itu dipenuhi sesuatu yang kita benci, banyak halangan, penuh duri-duri tajam yang bisa membuat kita sakit.

Hanya saja...
Jika kita sudah berhasil melewatinya, kita pasti akan melupakan seluruh rasa sakit, seluruh keletihan itu..
Jika telah melewatinya, kita akan merasakan kelezatan yang tak terbandingkan oleh kelazatan manapun dari kelazatan duniawi yang pernah kita rasakan..

Saudaraku.. Sesungguhnya inilah hakikat kebahagiaan hidup yang kita cari...

~~~SALAM JUMAAT SEMUA~~~:-)
Read More

Ragam percintaan

10:04 AM
Ragam percintaan
 
Salam...klik sini ramai2......jom baca ragam percintaan....jom...
Kalau bercinta ♥, jangan berkepit macam belangkas ♥, hantar surat berbelas-belas ♥, SMS berbalas-balas ♥, masa dating sebelah tandas ♥, berpeluk-peluk dalam bas ♥, asyik menjeling dalam kelas ♥, minum air perghh kongsi segelas ♥

Bila ada konflik ♥♥ , haa mula la nak frust ♥, nak tunai sEMBAYANG pun malas ♥, tak dapat tumpu study dalam kelas ♥, waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥, takut ♥...... exam tak pass ♥, tup tup awek sendiri kena kebas ♥, kesian.. melepas..

So ♥♥, jadilah couple yang ada class ♥, berdating ikut lunas ♥, bergaul ada batas ♥, jaga maruah dengan tegas ♥, syariah dijaga dengan jelas ♥, tutur kata sentiasa beralas ♥, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥, janganlah bimbang ♥, cintamu pasti berbalas ♥

♥ cinta bukan pada c0uple..
♥ cinta bukan pada i ♥ Y0U..
♥ cinta tidak terletak pada 'I MISS Y0U' .
Itu semuanya cinta nafsu..
♥ cinta suci itu akan terucap saat lafaz dilafazkan...
ketika itu lah tujuan cinta menjadi kerana TUHAN..♥
♥ satukanlah cinta kerana TUHAN ♥

Renung2kan...
Read More

Twitter....churp2...tolong....

9:31 AM
Twitter....churp2...tolong....
Salam....terasa pula mau join org buat churp churp......so Ms Velentine pun buatlah akaun twitter...nak minta tolong kawan2 follow twitter Ms Velentine bole..Twitter Ms Velentine...bole kan tolong follow n ajar Ms Velentine pasal churp churp...sebab ,asih lagi 0.00,,,huhu,,,

sape yg sudi follow n tolong..tq sangat2....bole tolong Ms Velentine tak mmber2 blogger...bye....
Read More