All About Love

Saturday, September 23, 2017

Lawatan Pendidikan Ke Balai Bomba Sembulan

8:00 AM
Lawatan Pendidikan Ke Balai Bomba Sembulan
Anak Taska Permata Kemas KPKPS
Assalammualaikum..

Alhamdulillah rancangan kami jawatankuasa Kemas KPKPS untuk buat lawatan pendidikan ke Balai Bomba Sembulan telah terlaksana pada 20.09.2017...pemilihan tempat ini dibuat kerana ada latihan fire dril haritu ....budak-budak pun excited bila nampak ada kereta bomba datang ke bangunan taska haritu....

posing di lori bomba
Walaupun lawatan pendidikan ini agak singkat namun banyak ilmu dan pengalaman yang anak-anak dan ibubapa dapat...mereka dapat merasa memakai baju ahli bomba..bukan size kanak-kanak tapi size dewasa...MV pun ada try ...ya ampun baju tu nampak macam ringan tapi berat dan panas....

sukanya main air
kuatnya syamimi dapat tarik pili tue

masa ni dia rasa serba salah takut kasut kena air 

Anak-anak juga diberi peluang untuk mencuba hos paip air yang selalu digunakan untuk kebakaran..seronok tengok anak-anak tue gembira...meraka juga dibuat naik lori bomba dan berpusing satu pusingan di dalam kawasan bomba...

walaupun hanya satu pusingan tapi dia punya feel tue sampai ke malam syamimi sebut-sebut...dorang diajar cara menyelamatkan diri ketika kebakaran....

ok mama posing jap kahkah
tunggu turn mau try pump air
Terima kasih lah abang bomba sebab sudi layan adik adik taska dan tabika kemas kpkps ni...kami semua enjoy dengan apa yang disediakan oleh pihak bomba untuk rombongan lawatan pendidikanm 
mama pun mau try baju ni..ya ampun panas..
with abang bomba "anthony"

Semasa kami di sana ada satu panggilan kecemasan yang diterima oleh pihak Bomba..kami masa tu sudah panik bila dengan pengumuman ...tapi salute dengan abang-abang bomba..bila mereka tenang sahaja masuk ke dalam lori...tidak pun tergesa-geasa....
sedih sebab dia ingat dia tak boleh pakai baju ni 
abang bomba tue pesan api kecik boleh jadi kawan tapi api besar nda boleh..kalau ada kebakaran ..jangan panik...tapi mesti tenang..kalau kita panik...nanti apa yang kita mau buat terus tak jadi 


abang bomba tolong syamimi pakai baju 
dalam bas pun sempat posing 
Terima kasih Abang Bomba I love you(**syamimi yang cakap )
Read More

Friday, September 22, 2017

Review: Jelmaan By Khairul Naim

7:30 AM
Review: Jelmaan By Khairul Naim
Jelmaan Jelmaan by Khairul Naim
My rating: 5 of 5 stars

Kematian Sarimah dan din ,Kehilangan Syuhairi dan Raiz yang ditemui membunuh diri.Memaksa pembunuhan ini disiasat dan semakin banyak yang mengelirukan....

Saksi mengatakan syuhairi yang membunuh Sarimah Namun Ilham dengan yakin mengatakan yang bukan syuhairi yang membunuh..Yakin sangat!!(**terus dalam fikiran kenapa dia yakin)..membaca dan terus membaca...

Banyak yang terbongkar...kisah raiz yang cintakan sarimah....Cerita yang Nenek Raudhah sampaikan membuatkan kita semakin terus ingin tahun kenapa tempat larangan itu berpuaka...penceritaan kisah Kedah dan siam...

Kisah konflik ayah dan anak...kisah kepahlawanan melayu dalam mempertahankan negeri diselit cinta kisah 3 penjuru yang akhirnya membuatkan si adik terpesong dan memilih jalan yang salah..Kenapa Ilham menghidupkan semula Jelmaan itu ,,,,

Nantikan di Jelmaan 2



View all my reviews
Read More

Thursday, September 21, 2017

Review: Meh, Sandar Pada Aku!

2:35 PM
Review: Meh, Sandar Pada Aku!
Meh, Sandar Pada Aku! Meh, Sandar Pada Aku! by Aifa Batrisya
My rating: 5 of 5 stars

Orang tua2 cakap jangan benci sangat kat seseorg tue terutamanya yang berlainan jantina..takut nanti rasa benci tu jadi sayang....

Syed Nadzhan dan afnan tasneem dipertemukan sebagai seorang pensyarah dan pelajar praktikal.Bermula dengan rasa sebal di antara satu sama lain...alergic dengar nama syed nadzhan sehingga melabelkan pensyarah itu anti perempuan ..haha...

bagi Syed Nadzhan...afnan tasneem menyebalkan tapi dalam masa yang sama mencuit hati lelakinya yang tidak akan tergoda dengan perempuan...Perkahwinan antara ibu dan ayah mereka menjadi hbungan mereka bertambah rumit...

Dari pensyarah dan pelajar menjadi adik beradik tiri....ada satu rasa yang sedang menjalar di hati syed Nadzhan namun cuba untuk dinafikannya...Kehilangan ibu dan ayah mereka yang terkorban dalam bencana alam di Jepun membuatkan kehidupan mereka bertambah rumit...

Kali ni...dari adik beradik tiri menjadi suami isteri...perkahwinan yang menyebabkan penderitaan si pencinta setia sepupu Nadzhan...perkahwinan yang dibina tanpa sedar sebenarnya cinta itu sudah di dalam hati...

Bagaimana kesabaran seorang suami menunggu kemarahan isterinya reda....bagaimana percintaan selepas perkahwinan...baca novel ni memang tue cakap..."adakah lelaki seego dan sesabar syed Nadzhan"

View all my reviews

(**baru tersempat update blog)
Read More

Sunday, September 17, 2017

AIB

7:30 AM
AIB


Assalammualaikum...

Kita tutup aib orang...
Allah tutup aib kita...
Kita membantu masalah orang 
Allah datangkan HambaNya membantu masalah Kita.,
Insya-Allah ....

Ni MV pegang..MV akan cuba bantu selagi MV mampu..terutamanya dengan keluarga sendiri...adik beradik sendiri.....bila kita mempermudahkan urusan orang lain ..Insyallah urusan kita juga akan dipermudahkan...
Read More

Saturday, September 16, 2017

Pertandingan Busana Merdeka

7:30 AM
Pertandingan Busana Merdeka
yang di tengah juara kategori perempuan 
Assalammualaikum ....

Pertandingan Busana Merdeka ni di adakan pada 14.09.2017 di Madrasah Al-Mubarak....sempena bulan kemerdekaan..Macam biasa,,Anak-anak MV ni jenis yang akan join jer,,,kali ni dorang join pertandingan busana merdeka..berasaskan jalur gemilang ....

dua beradik 
Untuk kakak Ayu baju tu baju tahun lepas masa pertandingan di sekolah rendah..abang pula baju melayu sekolah tapi pakai samping bendera...ikut ni suka-suka jer..support aktiviti sekolah..tak menang takpa janji happy ....
abang dan peserta lain 
Bila join pertandingan macam ni,,,sekaligus menaikkan semangat mereka dan yang paling penting buat mereka berani..berani berada di hadapan orang ramai..menghilangkan rasa takut dan rendah diri..dan untuk pengalaman mereka...
nampak nda beg mama jadi mangsa
minggu depan ada pertandingan busana tradisional pula di sekolah rendah...dan yang ni dorang join juga...nanti MV share apa yang dorang pakai ...
Read More

Friday, September 15, 2017

Konsert Negaraku

4:06 PM
Konsert Negaraku


Assalammualaikum ...

Konsert negaraku #kitasamahero yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah 8.30 Malam ni 15.09.2017.ini adalah sempena sambutan hari Malaysia esok 16.09.2017...ANtara artis yang akan memeriahkan lagi konsert ini 

Dato M.Nasir 
Mawi 
Jihan MUsa
Tajul
Ayai Illusi 
Azharina
Hafiz Suip 
Kakak Azraff 
Ismail Izzany 
Siti Nordiana 
Wani Hasrita 
Nera AF
HAzama
Shaiful Zero 
Wan Rul (juara mimpi ke bintang)

Siapa yang area kota kinabalu boleh lah datang ramai-ramai dan memeriahkan lagi konsert ni..MV suami jenis tak layan ni..kalau bola boleh katanya haha
Read More

Sikit Lagi Nak Cashout

8:00 AM
Sikit Lagi Nak Cashout

Assalammualaikum....

Sikit lagi nak cashout account 8share MV...hari ni dah 47.78 sen dah ...dapat 50 awal bulan depan dah boleh cashout...oh ya MV ni memang cukup jer RM50 memang akan cashout...tak mau kumpul lama-lama...serik dengan kes nuffnang tue.....

KOrang punya 8share berapa dah?orang bilang sikit...it ok bah ..no hal ...sikit pun duit apa...boleh buat simpanan..kumpul di bank....orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit.haritu cashout duitnya masih dalam bank belum diusik...

Kalau xda keperluan memang MV tak kacau..oh ya MV ni ada satu habit..malas keluarkan duit di bank...untuk pengetahuan korang ...dulu masa suami kerja swasta MV bagi dia pegang kad bank...sebab supaya senang kalau dia ada emergency..dia kan driver merangkap pembantu pejabat...

Tapi sekrang bila dia masuk kerja kerajaan ..kad bank MV dia bagi MV pegang..sebab dia ni boros..lagipun dah xda keperluan kalau tiba2 kena outstation..sebab jadi pemandu kerajaan ni...jalan pun pakai kereta jabatan..minyak pun jabatan ada kad sendiri...

makanya bila MV yang pegang kad bank mmg liat lah mau pegi kasi kuar duit..kecuali kalau betul-betul perlu..haha...mungkin kmu rasa pelik..tapi inilah kebenarnya...sampai kadang2 lupa yang dalam bank ada baki duit lagi...

berbalik dengan 8share kalau korang berminat nak join boleh Klik SINI
Read More

Thursday, September 14, 2017

Kebakaran Asrama Lelaki Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur

2:19 PM
Kebakaran Asrama Lelaki Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur
Assalammualaikum....

Salam Takziah buat semua keluarga mangsa Kebakaran Asrama Lelaki Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat Kuala lumpur pagi tadi...Lebih kurang 20 orang maut dan yang lain dalam keadaan kritikal...

Itu mengikut apa yang Mv baca di internet..kesahihan belum dapat dipastikan..."Sesungguhnya syurga menantimu "..Mari kita sedekah bacaan surah Al-Fatihah buat semua yang terkorban...

Buat keluarga mangsa semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian ini...Cuma MV sedikit terkilan dengan gambar mayat yang tersebar di media sosial...aduh tolong hormati keluarga mangsa...Janganlah disebarkan 



Read More

Cucur Sosej

12:14 PM
Cucur Sosej

Assalammualaikum...

Cucur sosej ni sarapan anak MV hari sabtu lepas....masing-masing mengadu lapar..jadi paling cepat nilah lah....

Sosej MV potong dadu....lepas tu bancuh tepung then goreng....mula-mula syamimi bising..dia nak makan telur mata....tapi mama buat cucur pulak....nda sedap dia bilang...sedih mama dengar huhu....

Tapi bila makan...ambik kau non stop licin..kena lagi dengan sambal cicah mamanya buat....pedas2 manis...terus cakap..wah mama pandai masak lah....sedap kuih cucur mama..

ok nampaknya berjaya memenangi hati anak dengan cucur sosej...
Read More

Sambutan Hari Merdeka Tabika & Taska Kemas KPKPS 2017

9:02 AM
Sambutan Hari Merdeka Tabika & Taska Kemas KPKPS 2017
Assalammualaikum....
Image may contain: 2 people, child
muka xda senyum
11.09.2017 bersamaan Isnin merupakan sambutan hari kemerdekaan Tabika Dan Taska Permata Kemas KPKPS..sambutan ni dibuat serentak di seluruh Malaysia....dengan hashtag

 #mohngetehmerdekaKKLW
#imkemas
#kemas4u
#KKLW

Taska Permata tempat syamimi pun join sambutan ni...Seperti biasa Ajk akan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan merdeka ,,,MV selaku pengerusi meluangkan masa bersama-sama mereka....


Image may contain: 5 people, people standing
bersedia untuk perarakan 
Majlis sambutan dimulakan dengan perarakan anak-anak di dalam premis bangunan sahaja..perarakan sambil menyanyi lagu Tanggal 31 oleh kanak-kanak....walaupun hanya dalam premis tapi meriah dengan semangat kanak-kanak yang excited nak sambut merdeka....

Selepas perarakan, ada nyanyian lagu :-

Jalur gemilang 
Aku negaraku -Faizal Tahir
1 Malaysia 

Semangat anak-anak ni menyanyi.....selepas nyanyian dan ikrar..ada sambutan hari lahir untuk tabika...sambutan dari bulan april hingga ogos...majlis diteruskan dengan pertandingan mewarna untuk kategori Tabika dan Taska...Image may contain: 5 people, people standingImage may contain: 5 people, people standing


posing dengan hadiah 
Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting, child and indoor

pelajar taska permata kemas KPKPS

Masa yang diberi untuk mewarna  adalah selama 45 minit...Kali ni MV dah tak tolong syamimi mewarna..dia just mewarna sendiri..sebab dia dah pandai..cuma mereka dibantu oleh cikgu untuk mewarna bendera dengan warna yang betul...

Syamimi macam biasa lah...kalau nak mewarna semua nak warna warni ..jadi hari pertandingan dia rasa tak puas hati..sebab dia kena ikut warna yang betul..hahaha..lucu jak adik ni ...kali ni dia siap juga mewarna...tapi kalau korang perasan bendera yang kecik tu ...semua dia warna merah..haha..itu tanda dia sudah penat...

wajah-wajah penyambung warisan 
happy menang no.1 
Kali MV bangga dengan Dia sebab dia siapkan kertasnya sendiri tanpa bantuan..dan akhirnya dia menang tempat pertama kategori taska...Happy yang amat syamimi..siap cakap.."cikgu sarah sebut nama adik...tapi adik takut cikgu sarah sebut nama orang lain..."

Patut lah masa nama dia kena sebut dia duduk ..tapi muka dia senyum..MV panggil baru dia berdiri...hihi....syamimi oh syamimi....siap dia bagitau abah dia.."babah adik menang mewarna"
kek merdeka dan birthday tabika 
semua syok pegang bendera

barisan AJK yang hadir 

Hasil syamimi mewarna dan menang no.1

Sambutan kemerdekaan seperti ini bagus untuk menerapkan semangat kenegaraan dan semangat cintakan negara untuk anak-anak kecil kita...kerana mereka adalah penyambung warisan kita....kita kena terapkan semangat kemerdekaan ini dari usia kecil mereka 

mimi with adik kesayangan dia Ajud

Image may contain: 2 people, people standing
Mama dan Mimi..kebetulan Mama yang bagi hadiah 
16.09.2017 ni adalah sambutan hari Malaysia yang akan di buat di Kompleks Sukan Likas,.untuk orang-orang Sabah boleh lah datang ke sambutan ini..pelbagai acara menarik menanti anda...

Image may contain: 12 people, people standing
anak-anak taska permata kpkps

Image may contain: 14 people, people smiling, people sitting
Ajk with anak-anak taska permata
Read More

Wednesday, September 13, 2017

(OST TITIAN CINTA) Asfan Shah - Sumpah Cintaku

4:25 PM
(OST TITIAN CINTA) Asfan Shah - Sumpah Cintaku


Assalammualaikum..

Tersuka lagu ni masa tengok drama Titian Cinta semalam....sebab pelakonnya MV suka Zul Ariffin hahaha....lakonan dia lain macam sikit....bukan pasal dia hensem kah apa...tapi aura dia tue... ok jom layan lagu Sumpah cintaku dari Asfan
Read More

PEREMPUAN BERGELAR IBU

9:17 AM
PEREMPUAN BERGELAR IBU


Assalammualaikum...

Perempuan kalau dah bergelar "IBU" 

Selembut mana pun dia
Se"Ayu" mana pun dia 
Sesabar mana pun dia 
Bila anak nakal 
Suara dia COnfirm !!
Nyaring dan Berteriakan ...

Hahaha...MV sampai anak buat dalam kerja rumah bina ayat ,,,mama saya garang macam singa ...hahaha...bertabah lah ....
Read More

'Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my'

9:11 AM
 'Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my'
Assalammualaikum..

Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.
Klik banner untuk join
MV di tag oleh Kak Pip ... MV tag Sha kasihku amani dan Sharina 

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback. 
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my'. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Tag 2 orang rakan untuk join sama. Pastikan diaorang tau yang diaorang ditag. 
  8. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. Siap.

Segmen bermula dari 5 September 2017 hingga 30 September 2017 (pukul 8 malam). 

Apakah hadiah yang menanti pemenang bertuah? 


Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama 3 bulan. Wow, lamanya.

Lepas tu, untuk mini giveaway pulak, cikla akan pilih 2 orang yang bertuah untuk menerima sehelai cardigan setiap seorang. Dalam entri korang nanti korang boleh pilih cardigan mana yang korang nak samada 1 atau 2.


**kalau rezeki MV..MV nak yang N0.1
Read More

Tuesday, September 12, 2017

Pelencongan Jalan Sementara Di Jalan Coastal, Jalan dua puluh,Jalan Centre Point Dan Jalan Tun Fuad Stephen

11:53 AM
Pelencongan Jalan Sementara Di Jalan Coastal, Jalan dua puluh,Jalan Centre Point Dan Jalan Tun Fuad Stephen
No automatic alt text available.
sumber dari whatsapp
Assalammualaikum...

Pengumuman tarfik bagi penduduk Sabah yang berada di Kota Kinabalu iaitu Pelencongan Jalan Sementara Di Jalan Coastal, Jalan dua puluh,Jalan Centre Point Dan Jalan Tun Fuad Stephen...

MV berkongsi..walaupun MV jarang lalhu laluan ni..hihi sebab kalau ke KK biasanya dengan suami dan dia yang drive..MV biasa drive pergi kerja dan hantar anak ke sekolah...nda lalu kawasan ni...

Image may contain: car and outdoor
sumber dari whatsapp
Pelencongan jalan sementara ni adalah untuk kerja-kerja pembinaan jejantas bermula dari 11 september 2017 hingga 3 November 2017,,,mungkin akan mengakibatkan jalan sesak waktu kemuncak..jadi bertabahlah kita...haha
Read More

BTC CULTURAL NIGHT & FOOD FIESTA

10:03 AM
BTC CULTURAL NIGHT & FOOD FIESTA
Image may contain: 1 person, smiling

Assalammualaikum...

BTC CULTURAL NIGHT & FOOD FIESTA yang diadakan setiap malam sabtu di Wisma BTC Inanam Sabah dengan pelbagai makanan dan minuman yang sangat menyelerakan yang dihidangkan secara buffet dengan bayaran :-

Dewasa RM45 
Kanak-kanak RM20(umur 5 Tahun ke bawah free)





selain menikmati makanan...kamu juga dapat melihat persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada Buskar Styna Akustik...anak-anak pula dapat berhibur dengan clown dan "cosplay" superhero daripada art collection...

Ni makanan yang MV ambik..
chili chicken 
makanan pula akan berubah setiap minggu namun apa yang pasti akan berasaskan masakan india...Macam makanan yang MV ambil ni... Chili chicken,rendang daging, sayur campur sos tiram, dan alogobi vegetable..MV paling suka alogobi vegetable sebab bunga kubis dan kentang dimasak sekali dan rasanya sangat yummy...kata chef "must try ..ini masakan india"





MV ada ambik abc jagung dia...memang yummy ...sebab semuanya guna ais kisar...dan rasanya tak manis sangat...MV kurang sikit makan manis...tapi abc tue memang menepati citarasa MV....paling disuka kuih bingka ubinya....



Jangan tak tau..bukan hanya makanan malam sahaja yang disediakan ..ada juga kuih muih tradisional dan makanan tempatan Sabah seperti tuhau...western food pun ada..ada 2 jenis spagethi yang mereka akan sediakan ...
Read More