All About Love

Monday, November 4, 2019

Happylicious Perpustakaan Komuniti UTC KERAMAT

11:58 AM
Happylicious Perpustakaan Komuniti UTC KERAMAT
Assalammualaikum...

Image may contain: 1 person, smiling, text


Sebagai salah seorang warga Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) ,,,MV berkongsi maklumat yang MV dapat dari Page Facebook Perpustakaan Negara Malaysia(PNM)...

Bak Kata Ketua Pengarah..Kalau seorang share di facebook apa-apa program library nanti akan ramai yang tahu...

10.11.2019 (Ahad) sertai Mohana Gill dalam Happylicious pada 10 November 2019, 11.00 pagi di Perpustakaan Komuniti UTC Keramat. Penyertaan adalah percuma.Jangan lepaskan peluang anda.


Read More

Karnival Semarak Jawi 2019

11:52 AM
Karnival Semarak Jawi 2019
Assalammualaikum


No photo description available.


Karnival Semarak Jawi 2019 pada 16 hingga 17 november 2019 (Sabtu & Ahad). Berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 9.30 pagi hingga 4.00 petang di Pustaka Negeri Sarawak.


Semua yang berdekatan dijemput hadir. Marilah kita sama-sama semarakkan tulisan Jawi. 

#BudayaIlmu
#BangsaMembacaBangsaBerjaya
#SemarakJawi2019
#MalaysiaMembaca


Read More

Monday, September 23, 2019

Review Novel : Perangkap 2 Hati- Farisya Natasha

11:27 AM
Review Novel : Perangkap 2 Hati- Farisya Natasha
Perangkap 2 Hati Perangkap 2 Hati by Farisya Natasha
My rating: 5 of 5 stars

Perangkap 2 hati ...Kisah cinta Nuh Qays dengan Qisya Zulaikha. Cinta yang disimpan lama tanpa diluahkan.Satu tragedi menyatukan mereka. Perkahwinan yang terjalin sebenarnya amat diimpikan Nuh dan pada masa yang sama ingin memastikan adakah benar segala tuduhan yang kembarnya lemparkan terhadap Qisya.

Namun perkahwinan mereka bukannya mudah.Bahagia namun ada saja yang mendatang..Dengan fitnah daripada Afiah sepupu qisya yang memang membencinya. Adik kembar Nuh dan Izdiyad yang dari dulu mengejar cinta Qisya..

Keguguran anak kembar mereka membuatkan Qisya mengambil keputusan untuk berpisah sementara dengan Nuh...mampukah Nuh mendapatkan isterinya kembali...




View all my reviews
Read More

Friday, September 20, 2019

Review Novel : Bukan Isteri Simpanan-Mia Kiff

3:49 PM
Review Novel : Bukan Isteri Simpanan-Mia Kiff
Bukan Isteri Simpanan Bukan Isteri Simpanan by Mia Kiff
My rating: 5 of 5 stars

Dania diduga dalam kehidupan.Kehilangan ayahnya kerana dendam Budin yang ditolak cintanya.Khalif lelaki yang banyak membantu dia dan sangat mencintai dia.Dan tanpa dia sedar dia mencintai Afif abang tiri Khalif tanpa pernah bersua muka.

Dia menerima lamaran Afif tanpa tau siapa Afif sebenarnya.Kenapa Afif berkahwin dengannya. Rasa benci terhadao Khalif kerana merosakkan rumah tangganya tanpa dia sedar semua itu angkara Afif.Ketika rasa cinta datang kepada Afif Dania bahagia bersama Khalif...

Ketika Dania merasa bahagia sekali lagi dia diuji.Khalif pergi meninggalkannya...dengan satu permintaan agar dia berkahwin semula dengan Afif...Bagaimana rasa jijik Dania dan lukanya terhadap Afif mampu terubati..

Mampukah Afif mengembalikan cinta Dania

View all my reviews
Read More