All About Love

Tuesday, April 23, 2019

Review Novel : Abang King Kontrol by Imanisa Riana

9:17 AM
Review Novel : Abang King Kontrol by Imanisa Riana
Abang King Kontrol Abang King Kontrol by Imanisa Riana
My rating: 4 of 5 stars

Abang King Control ...Razif Dan Irdina..Bertemu ketika masing-masing baru patah hati..bergaduh dan berebutkan parking dan kicap...Setelah 6 tahun mereka bertemu lagi..kali ini situasi masih sama...berebut parking dan kicap juga...

Bezanya mereka kini berdekatan..atau lebih tepat jiran dan yang menyakitkan hati razif ibunya berkenan benar dengan irdina sebagai calon isteri razif..Dan irdina pula terpaksa bermaafan kerana Razif si doktor gigi ketika dia sakit gigi...

Maka bermulalah episod gaduh gaduh sayang ....dan apa yang penting adalah bila irdina mula menerima Azmi ketika itu tragedi berlaku,,Dia dan Razif dipaksa berkahwin...bercinta selepas kahwin bukanlah isunya..

Cumanya isunya adalah Razif si King Control....bagaimana irdina perlu berdepan dengan sikap razif yang mengongkong dan kenapa razif jadi begitu

View all my reviews
Read More

Monday, April 22, 2019

Review Novel : Anding Ayangan II- Ramlee Awang Mursyid

12:01 PM
Review Novel : Anding Ayangan II- Ramlee Awang Mursyid
Anding Ayangan II Anding Ayangan II by Ramlee Awang Murshid
My rating: 5 of 5 stars

Furqan Ayubi di dunia yang berbeza dari anding ayangan..manakala nyian dan damit pula terdampar di anding ayangan...Semuanya kerana Nyian yang mempunya kuasa sakit dan telah mengubah cerita dongeng anding ayangan.

Nyian menjadi lupa pegangan agama..manakala Furqan pula dikatakan gila dan tak siuman kerana tidak ingat apa2 apatah dia tiba-tiba ingin membunuh datuk johari..Kenapa kerana datuk johari sudah dimasuki kuasa jahat dari anding ayangan

Namun tiada siapa yang mempercayainya...manakala nyian semakin lupa diri kerana dia menjadi raja di anding ayangan...Keadaan Furqan yang kononnya gila membuat kan dia di hantar ke Hospital orang gila...

Dan dia bertemu Pak Hashim...lelaki yang juga seorang penglipur lara yang tau mengenai kisah anding ayangan dan Chahaya...tapi chahaya yang pak hashim seru tidak sama seperti chahaya kekasih Furqan

Peristiwa tragis terjadi apabila kes pembunuhan 3 orang lelaki berekod jenayah dan datuk johar....namun yang menjadi tanda tanya kenapa mayat datuk johar bukan seperti orang baru meninggal namun sebaliknya seperti sudah lama tidak bernayawa....

***try baca..pastinya kamu mau tau cerita seterusnya..terbaik RAM

View all my reviews
Read More

Review Novel : Kisah Seram Malam Jumaat Vol 4

11:59 AM
Review Novel : Kisah Seram Malam Jumaat Vol 4
Kisah Seram Malam Jumaat Vol 4 Kisah Seram Malam Jumaat Vol 4 by Ebriza Aminnudin
My rating: 5 of 5 stars

Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Kem remaja (Ebriza Aminnudin), Mangsa (Zaifuzaman Ahmad), Teksi (S.Kausari), Dorm 403 (Hasrudi Jawawi)

Kalau ada kamu yang suka baca cerita seram ...boleh try baca ni...seronok jak baca sebab ada 4 cerita yang memang saspen dan menakutkan . try lah baca...paling suka cerita Kem Remaja betul2 tak sangka itu cerita nya

View all my reviews
Read More

Thursday, April 4, 2019

Review Novel: Cinta Batu Giling-Ainon Zaini Zakaria

11:38 AM
Review Novel: Cinta Batu Giling-Ainon Zaini Zakaria
Cinta Batu Giling Cinta Batu Giling by Ainon Zaini Zakaria
My rating: 4 of 5 stars


Kerana pernah kecewa iaiu bercinta dengan wanita yang berstatus isteri orang Aldir jadi sangat pemilih untuk mencari teman Hidupnya...Hanim pula wanita yang dikenali di Facebook namun semua jadi indah khabar dari rupa..

Hanim bukan seperti dia harapkan...benarlah kata orang lelaki ni hanya nak pandnag yang cantik molek jer...yang montel terus kena reject...itulah yang teradi dalam perhubungan hanim dan Aldir.tambahan pula cinta aldir beralih arah kepada kakak hanim iaitu hana

bayangkan remuknya hati Hanim ..makan hati bila cinta yang diimpi tak seperti yang diharapkan..bukan setakat cinta beralih arah..siap kata romantis bertukar menjadi kata hinaan...ditambah pula apabila Hanim terpaksa bekerja di restoran Aldir kerana hutang...makinlah sakit hati hanim...

**memang sakit hati betul dengan Aldir ni geram eh...x suka tapi asyik mau mencari hanim...

View all my reviews
Read More