All About Love

Tuesday, July 31, 2018

Cegah penyakit Tangan Kaki Dan Mulut(HFMD)

10:49 AM
Cegah penyakit Tangan Kaki Dan Mulut(HFMD)
Image may contain: one or more people
Sumber SINI
Assalammualaikum....

Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut atau lebih dikenali HFMD(Hand, Foot dan mouth disease) semakin hangat diperkatakan..Apatah lagi baru-baru ini satu kes kematian pertama penyakit ini.

Beberapa taska dan sekolah ada yang ditutup bagi mengelakkan penyakit ni menular...pengalaman anak-anak yang pernah kena penyakit HFMD ini membuatkan MV sentiasa berjaga-jaga...

pengalaman pertama ketika wani berumur 1 tahun lebih....memang masa tu blur..sebab mana kita stress anak asyik nangis...susu pulak bengkak sebab anak tak mau menyusu....memang ibu kena kental sikit...

Syamimi pula kena penyakit ini hampr 5 kali..bayangkan anak yang umurnya kurang dari 3 tahun...memang dugaan tau bila berhadapan dengan pesakit HFMD..apatah lagi yang umur  3 tahun ke bawah,,,

kini HFMD bukan hanya kanak-kanak tapi orang dewasa pun kena...So Mv kongsi sikit langkah pencegahan penyakit HFMD :-

  1. tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan 
  2. mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas 
  3. memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul 
Read More

Monday, July 30, 2018

Rezeki family day

4:02 PM
Rezeki family day
Assalammualaikum..

Image may contain: food
rezeki tahun 2018
21-07-2018 Sambutan Family Day PSUPS bertempat di STAR Tg Aru(Shang Ri La Tg ARu)..kali terakhir sambutan family day adalah pada tahun 2016..alhamdulillah masih sebagai AJK Kelab SUKSES dan terlibat secara langsung dalam pengurusan sambutan kali ini..

Macam biasa ..ada pertandingan sukaneka dan cabutan bertuah..Tahun ini MV berkesempatan Join acara berpasangan dengan Mr Velentine dalam acara APPLE DANCE...alhamdulillah rezeki kami di tempat ketiga...

anak-anak pun gembira sebab masing-masing dapat hadiah walaupun tak menang hadiah no.1,2, dan 3 acara individu tetapi menang acara berkumpul iaitu soccer kids (8-12 tahun ) Syamimi pula soccer kids(4-7 tahun)

untuk acara wajib iaitu tarik tali..tahun ni MV join group Timbalan Setiausaha Persekutuan (TSUP)....kami menang 2-0 keatas kumpulan SUP ...mau rematch balik dorang bilang...haha nda adil katanya haha...

setiap family yang datang diberi satu beg goodies (kit kat,corn flakes,susu dutch lady)..orang cakap kalau family day ni yang paling ditunggu ialah LUCKY DRAW...MV antara yang bertuah pada hari tersebut...

kerana membawa balik 2 hadiah lucky draw..iaitu kuali TEFAL size 30cm dengan cabutan no.19...dan tak disangka nama naik untuk cabutan 2nd Grand Lucky draw iaitu Microwave jenama Electrolux....

Semoga KELAB SUKSES akan terus sukses dan semoga hubungan kekeluarga kami di pejabat berkekalan.AMin
Read More

Tuesday, July 24, 2018

Ketua Pengarah Penjawat Awam Ke-22

4:07 PM
Ketua Pengarah Penjawat Awam Ke-22
Assalammualaikum

Dengan KPPA baru 
Ketua Pengarah Penjawat Awam Ke-22 Iaitu  YBhg Datuk Borhan Bin Dolah mantan KSU KPLB(Kementerian Pembangunan Luar Bandar ),,,merupakan mantan Setiausaha Persekutuan Sabah (bos MV dulu)

Sekarang YBhg Datuk dinaikkan pangkat sebagai KPPA baru..Tahniah Datuk Atas pelantikan ini semoga Datuk dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi ,,,pengalaman bekerja di bawah seliaan Datuk adalah satu kenangan yang paling indah buat warga PSUPS...

Semoga Datuk terus SUKSES....


Read More

Monday, July 23, 2018

Mari Membaca

3:55 PM
Mari Membaca
No automatic alt text available.
hasil belian di Signature Karamunsing 
Assalammualaikum...

Tajuk Entry Mari membaca ..haha ada kaitan kah...hihi ada lah kali kan..ini kisah MV dan anak-anak. semalam bawa 4 orang anak berjalan tanpa suami yang pastinya setiap mata memandang akan toleh atau dia stuck tengok kami..

Kenapa ??MV pun tiada jawapannya..Oh ya untuk makluman kamu sabahan Signature Karamunsing akan ditutup pada September 2018..sekarang dorang sedang buat sale clearance stock..macam biasa niat di hati mau pajak novel sekali datang clear sdh dapat lah dua novel ni dengan harga rm10 dua buku...

Kakak Ayu pula pilih buku UPKK ..nda lama lagi mau upkk kan jadi mau standby lah ni berkongsi dengan abang haikal...mimi pula MV belikan buku untuk membaca...untuk pra sekolah...

sempat juga grab pen khat 3 batang ..harga dalam RM6.++ harga asal RM4.80 sebatang,.,,ada beg star warz juga ...tapi warna putih..anak-anak nda minat..siapa-siapa yang berkelapangan bolehlah tengok-tengok..ada juga baju-baju dan barangan lain
Read More