All About Love

Wednesday, August 8, 2012

Oh My English...

4:26 PM
Oh My English...

Korang semua mesti pernah tengok program "Oh MY English" ala yang ditayangkan Astro tue tp channel berapa x tau lah pula sebab MRs Velentine tengok cerita ni pun masa balik Ranau hari 2....

SEKAPUR SIRIH(*copy dr astro)

Di SMK Ayer Dalam, ‘Kelas 3 Merah’ terkenal sebagai kelas yang mempunyai berbagai kerenah. Tidak siapa ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya sangat nakal, suka buat bising dan keputusan akademik mereka yang terburuk dalam sekolah tersebut. Subjek yang mereka paling tidak gemar ialah Bahasa Inggeris.
Akhirnya tampil seorang guru bernama Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris yang peramah dan optimistik. Dia dilahirkan di Malaysia tetapi dibesarkan di United Kingdom. Kaedah pengajaran Henry yang unik dan memberangsangkan telah dapat menarik perhatian pelajar dan lama-kelamaan menarik minat mereka untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
Bolehkah pelajar-pelajar tersebut dilentur? Berapa lama Henry boleh bertahan di kelas tersebut ? Semua ini akan terjawab dalam “Oh My English” – sitcom pembelajaran yang pasti akan membuatkan anda tak kering gusi dan membantu anda menguasai Bahasa Inggeris! 

Cerita ni mmg bagus untuk pelajar sebab mengajar cara penggunaan Bahasa English yang betul...Kenapa??sebab Mrs Velentine kalau bab english kurenggs sikit bila tgk cerita dpt lah belajar..hehehehe...Lagipun pelakon2 yang berlakon pun menarik seperti Izara Aishah,Zain Saidin,adibah noor....

Dijadikan cerita petang semalam My Haikal terjatuh...taklah teruk tp nak tau apa yg keluar dr mulut dia???ni ar ayat...."aduh!!Oh My English!!"...patut tak patut 2..bole2 dia buat lowyer buruk dia...yang mak dia separuh mati terkejut dia ble buat lawak..

 Patut tak Patut 2????
Read More

Kad Diskaun Untuk Tentera & Polis.

2:59 PM
Kad Diskaun Untuk Tentera & Polis.

Semalam dalam berita kerajaan telah melancarkan kad diskaun 1Malaysia Privilege Card khusus utk anggota polis dan tentera yang mana melayakkan mereka dapat potongan harga sehingga 25 peratus ketika membeli belah di lebih 20 syarikat yang terlibat dlm program ini..

Antara syarikat tersebut adalah
  1. Mydin
  2. KFC
  3. Jakel
  4. AL-Ikhsan
  5. BH Petrol
Senarai syarikat lain akan ditambah dari semsa ke semasa di laman web www.1imprivilege.my...ini adalah sebagai membalas jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang menjaga keselamatan negara.

So kepada anggota2 polis dan tentera kira ni penghargaan buat kamu lah kan..tapi kenapa lah penjawat awam yang lain mcm anggota sokongan seperti Mrs Velentine tak dapat kad ni???kami pun bekerja utk kerajaan juga??Ahaks!!

Apa2pun tumpang gembira pada yang menerima kad ni
Read More

Bila Bercerita tentang Anak.

1:13 PM
Bila Bercerita tentang Anak.

Mrs Velentine buat entry ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman org lain yang oernah MRs Velentine jumpa atau kenal..rata2 berkongsi masalah yang sama dan mempunyai pendapat yang Sama tentang Anak.

Siapa yang tak mau anak???rata2 pasanganyang telah berkahwin mmg ingin memiliki cahaya mati sendiri...tetapi bukan semua dpt rezeki 2 dengan cepat..kadang2 10 tahun kawin  baru dpt anak..

Ramai juga sebenarnya tak sedar betapa sensitifnya bila diajukan soalan mengenai anak kepada pasangan yang belum ada rezeki.mungkin niat hanya utk tahu tp sebenarnya dlm tak sedar kita membuat mereka terluka...

Tapi lain pula bagi diri Mrs Velentine...Kenapa??mesti korang tau yg HaikalAyu lahir tahun yang sama iaitu jan 2007 & dis 2007....Masa mengandung Ayu pelbagai kata2 sindiran yang Mrs Velentine kena terima...biasalah kan..mulut orang bila xda anak ckp mandul tp bila asyik beranak pula dikatakan main dalam pantang..

Sebenarnya mmg tak rancang pun nak mengandung lagi lepas abg haikal dilahirkan tetapi rezeki Tuhan nak bagi kan...Sya dan suami menerima dengan hati yang gembira..kata2 org yang ckp main time pantang...tiap2 tahun beranak sya abaikan...

Tetapi ianya kedengaran lagi bila mengandungkan Wani Syazwana....Konon2nya sudah2lah beranak 2 bagi org lain pula yang beranak..tetapi masalahnya mmg sya x minta pun utk mengandung lagi tp rezeki Tuhan dh bagi.

Kadang2 masyarakat sekeliling ni kena ubah pandangan mereka terhadap orang yang ramai anak..jangan pandang serong terhadap mereka...mungkin anak 2 rezeki mereka..siapa tau kan..

 Entah kenapa bila terfikir kalaulah satu hari nnt Sya mengandung lagi apa pula kata2 yangbakal sya terima..tp itu hakmereka utk berkata2 yang penting sya bersyukur di atas anugerahnya...Kehadiran HaikalAyuWana membahagiakan hidup sya & husband cukup sudah..
Read More

#wordless Wednesday-Betul ker??#

12:33 PM
#wordless Wednesday-Betul ker??#