October 2025 - All About Love

Friday, October 31, 2025

Welcome to Uitm Lendu

4:04 PM
Welcome to Uitm Lendu




Assalammualaikum... Agak lama tidak mencoret di halaman ini.Terima kasih kawan-kawan blogger yang meninggalkan komen bertanya adakah tulisan bakal dicoret di sini..Hari ini MV mengambil peluang berkongsi sedikit cerita setelah hampir 2 tahun menyepi.

MV ingin kongsikan cerita pengalaman hantar anak iaitu Abg Haikal melanjutkan pelajaran di Uitm Lendu, Alor Gajah , Melaka....Alhamdulillah dia dapat Diploma MassComm....memang dia betul-betul mau ni course jadi sebagai ibubapa kita bagi sokongan sahaja.

Gambar masa naik Menara Taming Sari

Kami sekeluarga berpeluang menghantar c abg ke Melaka. Kami bertolak dari KK jumaat (26.9.25) dan menyewa kereta di KL. Kalau setakat jalan ke Melaka alhamdulillah sudah biasa sebab dulu kan pernah menetap di Tangkak jadi memang laluan.


Pendaftaran c abg 28.9.25(Ahad)...sedikit dugaan bila turun kereta baru jalan 2-3 langkah tiba-tiba hujan. Apalagi buka larian 100 meter kami berdua hahaha....lebat pula hujannya habis juga lah basah hihi...



Alhamdulillah dapat tajaan dermasiswa B40 JPA

Doakan ya anak MV Mohamad Haikal Faiz berjaya habiskan diplomanya dengan cemerlang..


Read More