2021 - All About Love

Saturday, October 16, 2021

Hasil kerja Pendidikan Seni Visal Tahun 5

8:00 AM
Hasil kerja Pendidikan Seni Visal Tahun 5

 

antara hasil kerja 
Assalammualaikum 

Semenjak PDPR ni...betul-betul macam jadi cikgu sambil belajar bersama anak.Hari ini MV mau kongsikan antara hasil kerja pendidikan seni visual anak MV yang tahun 5 . Zaman kita dulu masa tahun 5 melukis saja kan.



jaket buku
budak sekarang pergh mencabar betul tugasan seni dorang ni...kenalah sebagai ibu membantu apa yang patut...kalau lagi macam MV yang memang tak berseni..hasil kerjanya kadang lucu saja tengok

sayangi habitat kita


roket angkasa
kena kreatif sajalah sebab kadang-kadang bahan ada yang tiada dalam rumah..jadi pandailah ganti apa yang boleh diguna pakai...siapa minat seni?MV  minat tapi xda bakat haha

pasu mini


Read More

Friday, October 15, 2021

Projek PBL Sains Tahun 5-Model buruj

9:53 AM
Projek PBL Sains Tahun 5-Model buruj

 

Buruj Biduk

Assalammualaikum...

Hari ini Mv mau bercerita tentang projek PBL sains Tahun 5 iaitu model buruj.Bahan yang digunakan adalah batang lidi dan tanah liat serta capaian internet untuk mencari info berkenaan model buruj.


Buruj belantik


kami gunakan saja bahan yang ada dirumah .Kalau nak lebih mudah kena guna lidi yang kecil dan halus sikit dari yang kami guna ni.Mv dan wani buat 3 model buruj saja iaitu buruj biduk,pari dan belantik.

Mahu buat lagi yang lain tapi ini saja mampu hihi...ada tak anak ,anak saudara atau adik kamu yang buat projek yang sama???

buruj pari 






Read More

Wednesday, October 13, 2021

Lengkap 2 dos vaksin

10:44 AM
Lengkap 2 dos vaksin

 


Assalamualaikum 

Lama tidak mengupdate blog.Kekangan masa bekerja dan pdpr anak-anak sampai tidak sempat mahu update apa-apa di blog.Alhamdulillah har ini mahu berkongsi cerita my Kembar Tahun Haikalayu yang sudah lengkap dua dos vaksin..



Di Sabah awal diumumkan untuk budak umur 18 hingga 12 tahun ambil vaksin...16.9.2021 haritu terus bawa dorang ni ambil dos pertama...masing-masing excited ..al maklumlah lama sudah terkurung d rumah ...


7.10.2021 haritu mereka berdua sd lengkap dua dos...tapi kena tetap duduk dirumah saebab tempoh 14 hari dri tarikh tue imun badan akan lemah...tapi lengkap dua dos pun..budak2 ni tetap duduk di rumah ...kalau ada penting baru lah keluar...


Semoga keadaan negara kita pulih kembali .Amin


Read More