December 2020 - All About Love

Friday, December 11, 2020

Suara

9:38 AM
Suara

 Assalamualaikum


Suara itu menyapa aku

merayu dan mendayu2

Terkadang merintih sayu

Hingga meruntuhkan tembok KESABARANKU

Sesekali ia tertawa

Terhibur hatiku yang lara

Sentiasa ada menemani aku

Saat aku perlu seseorang disisiku

Ia sentiasa ada disitu

Suara itu sangat membantuku

Mengharungi hidup yang penuh liku

Suara yang sangat perlu

Ku harap kau akan tetap disitu

Dan tak pernah jemu bersamaku

Tetaplah terus bersamaku 

Menempuh apa saja yang berlaku

Suaramu dan cintamu

Semoga terus bersatu 

Menjadi kekuatan dalam hidupku


-Mv-




Read More

Thursday, December 10, 2020

Pilihan

7:30 AM
Pilihan

 Assalamualaikum


Jalan lurus itu

Bila tiba di persimpangan 

Ada tiga pilihan

Menyimpang ke kanan 

Menyimpang ke kiri 

Atau terus lurus ke hadapan

Tiga pilihan dengan pelbagai keadaan

Semuanya penuh dengan cabaran dan dugaan

Bukannya hanya khayalan

Tetapi penuh dengan realiti kehidupan

Pahit manis yang menanti seiringan

Tawa dan tangis berganti disebalik kehidupan

Puji dan maki menjadi makanan

Tetap dan yakinlah 

Hikmah disebalik ketentuan.


-MV-

Read More

Wednesday, December 9, 2020

Kau bilang rindu

7:00 AM
Kau bilang rindu

 Assalamualaikum


Kau bilang kau rindu

Lama sudah tak bertemu

Hatiku juga menjerit ingin bertemu

Walaupun hanya di mimpi   itu

Ku sedar jarak berbatu

Namun aku cuma meluah rasa rindu

Sampaikan saja di angin lalu

Semoga cinta dan rinduku 

Menyapa kau yang berada disitu


-MV-

Read More

Tuesday, December 8, 2020

Berbeza

7:00 AM
Berbeza

 Assalamualaikum

Kita adalah berbeza 

Dari segi rupa mahupun fizikal

Mungkin kamu bahagia

Tapi aku derita

Mungkin kamu sihat 

Tapi aku sakit

Mungkin kamu berharta

Namun aku papa kendana 

Begitulah realiti kehidupan yang ada pasang surutnya

Tak tercapai dek akal mahupun sedar

Kadang kita rasa kita derita

Hakikatnya ada yang lebih derita

Namun menutupnya dengan tawa

Ada yang sakit namun mampu tersenyum bahagia

Begitulah redhanya kita menerima

Ujian dan dugaan yang datang menerpa,menampar dan melanggar dalam kehidupan ini

Semuanya hanya dari kita

Bagaimana kita menerimanya

Adakah ia menjadi bencana atau perosak segala?

Atau ia diterima menjadi sang pembakar semangat agar terus berjaya


-MV-


Read More

Monday, December 7, 2020

Kesejukan itu

7:00 AM
Kesejukan itu

 Assalamualaikum


Angin menderu 

Dan hujan pula terus turun laju

Tanpa ada ada tanda mahu berlalu

Langkah yang diatur semakin perlahan dan lemah

Kesejukan itu terasa sampai menyucuk ke tulangku

Terus melangkah walaupun tak mampu 

Melawan kesejukan dan mata yang semakin layu

Akhirnya aku tewas terkulai layu.


-MV-


Read More

Sunday, December 6, 2020

Di mana Bahagia?

12:22 PM
Di mana Bahagia?

 Assalamualaikum


Pedih!Pilu!Sayu!Sedih!

Bersama semua rasa itu

Luka yang menghampiriku 

Menghimpit,menginjak2 aku lumat dan dan lunyai

Terkulai sendiri

Lelah,Ya aku penat

Penat yang seakan tidak pernah lari lagi sentiasa menemani

Umpama Penat dan Aku serasi bersama

Di manakah dia wahai bahagia?

Bertahun dia melarikan diri

Bayang bahagia yang melambai dan berpaling pergi 

Mampukah aku aku menjemputnya kembali?

Bersama menemani Penat dan Aku disini

Masihkah wahai bahagia?

Masihkah kau sudi kembali?

Untuk aku yang sentiasa menanti...


-MV-

Read More

Cinta itu rindu

12:14 PM
Cinta itu rindu
Assalamualaikum

Jelingan mata itu
Selalu curi-curi menatapku
Sesekali terperangkap lalu bertentang mata denganku
Entah kenapa jantungku semakin laju
Debaran itu membuatku kelu
Ku akhiri itu dengan senyuman lalu tertunduk malu
Mengorak langkah dan terus berlalu
Membawa kebahagian yang berirama di hatiku
Umpama lagu cinta yang mendayu
Memberi sinar bahagia disitu
Akhirnya menjadi rindu..

-MV-
Read More

Friday, December 4, 2020

Peluang kedua

12:57 PM
Peluang kedua

 Assalamualaikum


Tersentak dan terhantuk

Umpama melayang menembusi ke ruang alam 

Kealpaan itu membuatkan aku terluka

Tanpa bertanya dan aku terus berada di kandang pesalah

Ke mana peluang kedua itu pergi?

Kenapa aku tidak memiliki?

-MV-

KHAMIS (3.12.2020)



Read More