May 2020 - All About Love

Thursday, May 14, 2020

Biskut Raya

10:34 AM
Biskut Raya
Assalammualaikum

Antara biskut raya yang Mv dah buat dan dah bagi separuh kat mak di kampung.

cornflakes madu 

biksut coklat

biskut makmur

biskut ulat bulu 

semperit susu


tart strawberry

tart strawberry

popia chese dan batang buruk masih dalam proses



Read More

Saturday, May 9, 2020

Lontong dan bubur sumsum Untuk menu berbuka

7:21 AM
Lontong dan bubur sumsum  Untuk menu berbuka


Assalammualaikum

Lontong dan bubur sumsum untuk menu berbuka.Simple tapi mengenyangkan.Permintaan dari anak-anak nak makan lontong so mama dia buat lah .
Read More

Friday, May 8, 2020

Biskut Tart Strawberry

7:10 AM
Biskut Tart Strawberry

Assalammualaikum

Semalam Mv dan Wani buat biskut tart strawberry .dapat lah dua balang ,Malam karang nak buat lagi tapi kali ni buat jenis bulat inti kat dalam.
Macam tart nenas bulat,,,nampak cantik pula tart jenis bulat tue


Resepi Biskut tart Strawberry

gula icing setengah cawan
butter 250g
pewarna merah 
3 sudu tepung jagung
3 sudu tepung castard
3 cawan tepung gandum
2 biji kuning
jem strawberry


kalau kamu mau try buat boleh lah try..
Read More

Matematik Tahun 1-Penjelajah Nombor Kubah Angin

6:33 AM
Matematik Tahun 1-Penjelajah Nombor Kubah Angin
Image may contain: 3 people

Assalammualaikum

Projek matematik kedua sepanjang cuti sekolah di musim PKP.Projek pertama sebelum ni projek tambah..kali ini buat Projek "Penjelalah Nombor Kubah Angin " pula''...
Projek memerlukan kreativiti dan bantuan ibubapa untuk buat kubah angin tapi dalam untuk proses pembelajaran tambah dan tolak berdasarkan soalan tentang diri murid.Maka jadi lah kubah angin syamimi menggunakan bahan-bahan berikut :

penutup kontena
keychain
roll liquid
dawai
kad manila
Read More

Thursday, May 7, 2020

Menu Berbuka-Nasi Hujan Panas

8:00 AM
Menu Berbuka-Nasi Hujan Panas
Assalammualaikum

Salam ramadan ke 12.Alhamdulillah rezeki berbuka kami kali ini:

nasi hujan panas
ayam masak merah 
acar 
ketam buttermilk 
kuih mochi

Ulangan masak ketam buttermilk sebab Mr Velentine,syamimi dan wani suka makan ketam masak butter milk.Untuk nasi hujan panas ini  kali pertama MV masak syukur alhamdulillah menjadi juga nasi nya.
Read More

Wednesday, May 6, 2020

Menu berbuka-Mee kari ,Popiah isi ketam

7:30 AM
Menu berbuka-Mee kari ,Popiah isi ketam
Assalammualaikum...

Menu berbuka puasa hari ke11.Kali ini kami berbuka dengan menu mee kari dengan popiah isi ketam .Menu simple saja yang penting kenyang.Syukur Alhamdulillah .
Read More

Tuesday, May 5, 2020

Menu berbuka ala Kampung

8:39 PM
Menu berbuka ala Kampung
Assalammualaikum




Kali ni puasa kesepuluh menu berbuka kami ala kampung gitu.Sayur batang keladi masak lemak,ikan masak sos,ayam butter kering,dan kuih angko(warna pink kali ni)
.Mv masak apa yang ada dalam peti ais saja.Kebetulan memang mau kasi habis stok barang basah yang tinggal sebelum top up baru,


Syukur dengan menu macam ni penuh anak-anak gembira berbuka..Alhamdulillah 
Read More

Menu Berbuka-Ketam buttermilk,kuih bom, dan sup tulang

8:32 PM
Menu Berbuka-Ketam buttermilk,kuih bom, dan sup tulang

Assalammualaikum

Image may contain: food

Menu berbuka kami hari puasa Kesembilan:

  • sup tulang
  • kuih bom
  • ketam buttermilk 
  • buah tembikai 

Kali pertama masak sup tulang alhamdulillah menepati citarasa anak-anak dan suami, ketam buttermilk tu Mr Velentine,syamimi dan wani makan dengan berselera .Alhamdulillah penat masak berbaloi tengok mereka makan penuh selera. 




Read More

Sunday, May 3, 2020

Menu berbuka (Mee Bandung + Daging Burger Chop)

8:30 AM
Menu berbuka (Mee Bandung + Daging Burger Chop)

Assalammualaikum 

Menu berbuka puasa kelapan ..Permintaan anak mau makan mee bandung maka berusaha lah MV cari resepi di google..Memandangkan tiada sotong di rumah MV gantikan dengan fishball dan fishcake..Kuahnya agak pekat takpa percubaa kali pertama yang penting anak makan puas hati...

MV pula berbuka puasa dengan daging burger chop..nak makan chicken chop tapi ayamnya tiada teringat ada daging burger so jadi menu simple MV ala-ala western daging burger kentang goreng dan salad kubis purple...

Bolehlah buat berbuka untuk di rumah...bukan untuk dijual pun kan 
Read More

Saturday, May 2, 2020

Menu Berbuka Puasa Soto Campur Sabahan Style

10:23 AM
Menu Berbuka Puasa Soto Campur Sabahan Style
Image may contain: food


Assalammualaikum

Kalau Sabahan mesti menu soto sabah masuk dalam list berbuka.MV masak soto campur(ayam dan daging untuk berbuka puasa ketujuh haritu..first time sebenarnya buat soto campur ..selalunya MV buat soto ayam sahaja..

Kebetulan si kakak ayu suka makan soto daging jadi try lah buat kali ni...diolah sedikit resepi soto kali ni sebab taugeh tiada MV ganti dengan cendawan ...

untuk pencuci mulut MV buat agar-agar koktail...MV tak guna buah dalam tin tapi pakai buah segar iaitu tembikai kuning,anggur dan nenas...dan MV masukkan dalam kontena senang anak-anak nak makan....
Read More