February 2020 - All About Love

Thursday, February 13, 2020

Pembedahan apendiks

7:42 AM
Pembedahan apendiks
Assalammualaikum



Image may contain: one or more people and indoor
Selepas pembedahan 
Khamis (6.02.2020) Mv dapat panggilan daripada penyelia asrama Abang Haikal yang abang akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth oleh Klinik Kesihatan Kinarut sebab saspek Apendiks..MV tunggu di HQE sebab abang dihantar ambulans dari Kinarut.

Image may contain: indoor

Sampai HQE dalam jam 9.30 malam abang masuk bilik bedah ...dia punya takut habis tangan mama dia genggam ...takut nda bius satu badan apa dah....walaupun sebenarnya dalam hati mamanya pun ada kerisauan ..
Image may contain: 2 people, including Suzyaney Yap, selfie and close-up
Menunggu untuk masuk ke dewan bedah 
Alhamdulillah jam 1.30 pagi abang dihantar semula ke wad selepas pembedahan dan sedar sudah...ini kali kedua MV jaga abang masuk wad...kali pertama masa  tahun 2 di Hospital Likas....

Jumaat abang boleh balik sudah dan diberikan cuti selama 8 hari ..Jadinya abang akan balik asrama ahad ni .Hari ni abang ada temujanji buka jahitan..Doakan kesihatan abang haikal ya kawan2 semua.
Read More