Harimau Malaya Baham Laos - All About Love

Thursday, November 29, 2012

Harimau Malaya Baham Laos


Assalammualaikum...

Gembira hari ni???ingat tak entry MV semalam Laos Mahu Sembelih Harimau Malaya..Nampaknya hajat Laos tue tak kesampaian lah...sebab Laos dibaham 4-1 oleh Harimau Malaya...

Semalam Harimau Malaya Bertemu Laos...Utk gol pertama MV mmg nda sempat tengok..sebab ingatkan takde Live kat RTM,,,al-maklumlah skg kan Perhimpunan UMNO...So MV terlepas 15 minit yg pertama....

Gol pertama Harimau Malaya dijaringkan oleh Shafiq Rahim melalui free kick..gol ni mmg cantik..tahu jer lah..Shafiq Rahim ni kalau free kick mmg makanan dia....Selepas jer Harimau Malaya menjaringkan gol pertama,semangta utk menambah jaringan membara...

Banyak cubaan drpd Mat YO,Safee & Wan Zach...namun penyudahnya tidak setajam mana...mmg menyakitkan hati tgk mereka bermain...MV lah yg paling banyak membebel...sampai En.hubby cakap "cyg ingat senang kah mau main bola & jaringkan gol"

Selamba MV jawab"kalau cyg yg main mmg susah lah..tp drg kan pemain bola..mmg itu kepakaran drg..sudah drg pilih jadi kerjaya pemain bola jadi mainlahbaik"..nah kamu nampak tue jawapan emosi drpd MV..

Dan pada minit 38 separuh masa pertama akhirnya saat yg tidak disukai tiba...apabila Laos menjaringkan gol penyamaan...masa ni mmg down sudah tp masih lagi melekat depan TV..Utk gol Laos siapa yg harus Dipersalahkan???fikir2lah sendiri..

Separuh masa kedua bermula..MV mula bosan tgk permainan Harimau Malaya..attacking tp tak ada penyudah...Bak kata kata org seperti Harimau hilang taring...tapi still sokong sebab ternampak kain rentang yg dipegang penyokong HM"Buruk Buruk Harimau Malaya Pun orang Kita Juga"...ya betul buruk2 org kita juga..cubit peha kanan terasa peha kiri...

Tetapi pada minit ke-66 bermula drpd Mahali yg membawa bola & pass kepada Wan Zach akhirnya memberikan gol ke-2 Harimau Malaya yg dijaringkan Oleh Safee Sali...masa ni MV mmg jeritlah..hahaha...

Dan semangat mau minta gol ditambah berkobar2(*bukan drg tahu pun MV minta tambah gol..hehehe)..pada minit ke-75 gol ke-3 Harimau Malaya dijaringkan oleh Wan Zach Haikal...masa ni MV makin happy..sebab sudah 3-1...

Pertukaran antara Saffe dengan Khyrill Muhymeen...akhirnya menambah jaringan menjadikan 4-1 pada minit ke-79...Tahniah buat Harimau Malaya...Walaupun kamu menang tapi jangan alpa kerana lawan yg menanti selepas ni bukan calang2...

Harimau Malaya kena menang dengan Indonesia pada perlawanan terakhir kumpulan B Sbtu ni(01.12.12)..Bersamaan dengan Birthday My Ayu Syamirah..Chayok2...


14 comments:

  1. wlupun x tgk tp berita gembira ni deqla tau masa whatssap ngan GSF semlm..hihi...tahniah harimau malaya...

    ReplyDelete
  2. tahniah malaysia..semoga dapat mempertahankan kejuaraan!

    ReplyDelete
  3. semangat permainan mlm td mmg terbaekkk ... harimau berusaha keras utk mengaum bkn menguap. tahniah !!!

    ReplyDelete
  4. makin b'smgt kan..
    hari ngn indon plak cmne..hurmmm..:)

    ReplyDelete
  5. tahniah harimau malaya.. sygnya tak dapat tgk! tv takde...huhuhu

    ReplyDelete
  6. akhirnya dpt tebus gak kekalahan kan,,=)

    ReplyDelete
  7. Tak smpt tgk pun smlm.. pi merayau...

    ReplyDelete
  8. happy sekejap sementara tunggu sabtu kan

    ReplyDelete
  9. Ayu anak december? Sama ngn Nani..

    Finally menang jgk semalam.. :)

    ReplyDelete
  10. semalam tgk bola dengan penuh perasaan..akhirnya menang..hebatt!

    ReplyDelete