October 2017 - All About Love

Tuesday, October 31, 2017

Review: Mrs. Maidku-Syaza Arisha

9:10 AM
Review: Mrs. Maidku-Syaza Arisha
Mrs. Maidku Mrs. Maidku by Syaza Arisha
My rating: 5 of 5 stars


"Syarat pertama!jangan pernah sentuh aku ! Syarat Kedua, Jangan pernah menuntut hak kau ! Ketiga,jangan nak control aku sangat !"-Syazana

"Dan syarat aku hanya mudah,jangan pernah keluar atau berhubungan dengan lelaki lain!"-Encik Hairul

Syazana menjadi orang gaji hanya untuk mencari keluarga kandungnya.Namun bertemu si majikan yang menyakitkan hati..Tanpa diduga si majikan Hairul adalah adik kepada bekas kekasihnya Ikmal...satu demi satu kebohongan dilakukan ....demi mengelakkan fitnah dari jiran tetangga dan mengelak dari ikmal yang mula menagih kasih dan mengungkit kisah lama...

Dicintai majikan sendiri bukan semudah yang disangka...apatah lagi berkahwin tanpa kerelaan dan terpaksa,,,Bila sudah mencinta dugaan mula melanda....Satu persatu dugaan mendatang....Ikmal yang tanpa jemu menagih cinta,Encik Riz yang mula menunjukkan rasa, Ain Qirana yang tiba-tiba datang kembali mencari hairul...di tambah kebencian bapa mertua yang memaksa dia meninggalkan suami sendiri demi rumah anak yatim tempat dia membesar...

LAri jauh mana...Syaz dan Riz semakin dekat...ada satu rahsia yang mengaitkan mereka...Hairul mampukah dia membuang ego dan memujuk isteri merangkap mrs.maidnya???

Kena baca novel ni..memang best,,,simple tak melalut....


Read More

Saturday, October 28, 2017

Review novel Anding ayangan-Ramlee Awang Mursyid

11:29 PM
Review novel Anding ayangan-Ramlee Awang Mursyid

Assalammualaikum

anding ayangan..sebuah kisah dongeng yg diceritakan oleh nyian si lelaki yang dianggap tak waras ...apa yang diceritakan oleh nyian mengenai anding ayangan benar terjadi di sana...bagaimana chahaya dan furqan ayubi dalam kisah anding ayangan ...

damit yang menjadi pendengar setia akhirnya terbawa ke alam cerita dongeng tersebut bersama nyian dan di sana bertemu chahaya...

berbeza dgn furqan yang terkeluar ke alam realiti dek kerana dongeng yg nyian sampaikan..bertukar dunia namun kejahatan yang bakal ditempuhi tetap sama

tak sabar mau tgu sambungan novel ni...bahasa yg digunakan dalam novel mengajar mv bahasa brunei dgn lebih mendalam

Read More

Intipati Pembentangan Bajet 2018

8:47 AM
Intipati Pembentangan Bajet 2018

Assalammualaikum..

Mv kongsikan sedikit intipati pembentangan bajet 2018 berkenaan penjawat awam dan wanita

Demi menghargai sumbangan para penjawat awam, khabar
gembira yang ditunggu-tunggu itu sudah pun tiba. Saya
mengumumkan:

Pertama: Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi
kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun,
selepas kenaikan kali pertama;

Kedua: Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab
kesihatan, akan menerima faedah persaraan
seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur
persaraan wajib;

Ketiga: Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150
hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun
persaraan;

Keempat: Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari
kepada 10 hari setahun;

Kelima: Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju
memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa
rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi
menunaikan umrah;

Keenam: Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan
menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat
iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang;

Ketujuh: Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang
telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun,
serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi
kelonggaran satu hari seminggu untuk
melaksanakan Waktu Kerja Fleksi;

Kelapan: Penjawat awam wanita yang mengandung lima
bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal
sejam.
Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja
Kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal
sejam,… syaratnya, suami dan isteri mestilah
bekerja di lokasi yang berdekatan;

Kesembilan: Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada
300 hari kepada 360 hari sepanjang
perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90
hari setahun;

Kesepuluh: Pembelajaran sepanjang hayat pegawai
perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus
Sarjana dan PhD secara in-house;

Kesebelas: Menaikkan kadar pencen terendah kepada 1,000
ringgit sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara
awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun
tempoh perkhidmatan; dan

Kedua belas: Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu
dan bapa kepada pesara Kerajaan.

Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

2018 tahun memperkasa kan wanita ..ada 5 semuanya
1.penglibatan 30% wanita dalam pengarah glc(lbh kurng lupa2 ingat)
2. Cuti bersalin swasta di samalan dgn kerajaan iaitu 90 hari
3.latihan usahawan
4.pengecualian cukai pendapatan 12 bulan berturut
5.untuk penjawat awam wanita mengandung 5 bln ke atas blh balik awal sejam dari waktu pilihan(suami kalau gov kena jarak tmpt kerja berdekatan)


Alhamdulillah..bayaran khas kewangan juga turut diberikan kepada ketua kampung@tok batin,imam,bilal,tok siak,guru kafa dan takmir..bayaran khas 1500 akan dibayar 2 kali iaitu pada jan 2018 (1000) dan raya(500)

Bayi yang dilahirkan tahun 2018 juga akan mendapa amanah dana anak malaysia(ADAM) sebanyak rm200.
Read More

Cara Cashout 8share

7:00 AM
Cara Cashout 8share
Jumlah terkini 
 Assalammualaikum...

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit,,,ya bermula dengan 0.20 akhirnya dapat lah RM58.00,,,MV buat cashout 8share awal bulan ni...MV cashout RM59.00 ..RM1 dipotong untuk charge bank...

Tak Lama pun masa di ambil hanya 3 minggu macam tue...dan sekarang jumlah yang terkumpul RM33.38..itu yang MV SC...tapi bila check lagi tadi dah naik ke 34.18 sen...Lagi RM15.82 sen dah boleh cashout,,,


Ni yang Cashout 2.10.2017 dah masuk acc cimb bank MV

Kalau Rajin dapat cashout bulan 12 ni...lagipun sekarang tengah ada 3 mission sedang berlansung setiap satu mission reward RM5.00...kalau ada rezeki menang dapat lah Cashout...

Korang yang join 8share tue join lah mission baru ni ..mana lah tahu rezeki kan sebab untuk setiap mission 50 pemenang di cari,,, Kak Pip try lah join ya...

Kalau korang nak cashout 8share...senang jer ...Setiap isnin minggu pertama dan ketiga setiap bulan...cashout korang akan diproses ..biasanya paling lama pun sebulan...tak pernah lebih dari itu..

Read More

Friday, October 27, 2017

Pembentangan Bajet 2018

3:02 PM
Pembentangan Bajet 2018
Assalammualaikum,.,,


Image may contain: 11 people, text

27 Oktober 2017 ..Pembentangan Bajet 2018 akan berlangsung pada Jam 3.05 Petang,,yang berada di rumah ..boleh menonton terus di Televisyen anda...terpulang mau tengok channel berapa..buat yang berada di pejabat atau dalam perjalanan boleh dengar melalui Radio ...

Yang Menjadi persoalan di Media sosial seperti MV...apakah warna tema baju PM kita hari ni..hahaha ada jak kan benda lucu yang dorang fikir...MV mula2 teka biru tapi 2010 dah pakai..kali ni teka coklat lah...sebab kawan cakap raya tue baju dia pakai Coklat...

Nah ambik kau terjebak sekalian...kamu pun cuba lah meneka..apa2pun ..berharap semoga apa yang dibentangkan menjadi berita baik dan mengembirakan rakyat ,,,

Jom tengok live streaming Pembentangan Bajet 2018 Di SINI
Read More

HOME BROWNIES KOTA KINABALU

9:08 AM
HOME BROWNIES KOTA KINABALU
Assalammualaikum



Kamu suka manisan dan pengemar brownies.Kamu Patut cuba brownies dari Home Brownies Kota Kinabalu ..Pelbagai jenis Brownies yang di sediakan dengan harga yang berpatutan .Korang boleh pilih ikut citarasa yang kamu kehendaki.

Jenis dan harga brownies minipack:
1) Plain RM12.90
2) Almond @ Oreo RM13.90
3) Nutella @ Walnut Caramel RM14.90
4) Cheese RM15.90
Almond


Yang ni Nutella ....anak-anak MV suka sangat makan..sedap katanya..terasa coklatnya
Plain 

ada 6 jenis brownies yang boleh kita pilih 
Oreo 
Jenis dan harga brownies bigbox:
1) Plain RM33.00
2) Almond RM35.00
3) Oreo RM35.00
4) Nutella RM45.00
5) Walnut RM40.00
6) Walnut Caramel RM42.00
7) Cheese RM50.00 (only available for bigbox)
8) Mix 3flavor RM45.00
Saiz brownies 10x10
Potong 30pcs








Brownies ini sangat sesuai dijadikan kek birthday dan manisan semasa majlis..MV pernah buat brownies jadi kek birthday masa birthday wani dulu...korang yang nakkan kelainan bolehlah try brownies sebagai kek ....pasti menyelerakan


Tempahan di terima pada 2@3hari sebelum hari penghantaran iaitu Setiap hari  Rabu & Jumaat.Home Brownies Juga membuka peluang perniagaan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan dengan menjadi agen Home Brownies dengan Minimum 5pack untuk brownies minipack

Segala keterangan lebih lanjut boleh berhubung di 
Instagram : @home_brownies
Whatsapp :0111 0540 024

Read More

Thursday, October 26, 2017

Sila Pukau Suami Anda-Syed Yusainee Syed Yahya

11:48 AM
Sila Pukau Suami Anda-Syed Yusainee Syed Yahya


Assalammualaikum...

Antara Koleksi Baru di Perpustakaan MV yang menarik perhatian untuk di baca...Buku bertajuk "Sila Pukau Suami Anda" tulisan Syed Yusainee Syed Yahya...baca mukadimahnya nampak menarik...

Bila MV siap katalog buku nanti MV baca..sekarang tengah siapkan katalog dulu 
Read More

Wednesday, October 25, 2017

Friday The 13th' Mission 8Share

3:15 PM
Friday The 13th' Mission 8Share
Image may contain: text

Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki RM10.00 bertambah ke akaun 8share MV...alhamdulillah jumlah terkumpul sekarang sudah Rm30.00....usaha sikit lagi dapat lah cashout lagi...nda payah tunggu lama-lama.. cukup RM50 kita cashout lepas tu kumpul balik..biar duit tue simpan kat bank...

Sapa yang nak cari pendapatan sampingan..try lah 8share ni....boleh daftar kat sini 
Read More

Tuesday, October 24, 2017

OST CINTA BERSEGI -SEGI( JODOH KU TENGAH PARKING: MAWAR RASHID & IZZMAD HARUN)

2:11 PM
OST CINTA BERSEGI -SEGI( JODOH KU TENGAH PARKING: MAWAR RASHID & IZZMAD HARUN)

Assalammualaikum.....

Drama Cinta Bersegi-Segi lakonan Mawar Rashid, Raja Azura dan Eizlan Yusof yang ditayangkan semalam (23.10.2017) di TV9 mencuit hati,,,,sapa tengok lakonan mereka semalam memang best...

demi ibu dan ayah mereka ...dorang sanggup korbankan cinta mereka...tapi akhirnya mereka bersatu jua....dan lagu soundtrack drama ni memang sedap didengar...tajuknya Jodohku tengah parking...

Nyanyian Mawar Rashid sendiri bersama Izzmad Harun...

KIsah cinta empat insan 
berlaga-laga
suka sayang dalam hati 
tapi membisu 

Leraikanlah kata hati 
dan tuliskanlah lafaz cinta
jelaskan lah pada dia 

dia suka kau pun suka
sukalah kamu 
kau benci dia membenci 
kau sayang kamu 

pening-peningnya  cerita dan aku 
dah jadi gila
wahai cinta kembalilah 

cinta bersegi segi (Chorus)
ternyata tak lerai lagi 
hati ku menolak hatiku memanggil 
kembalilah kekasih ooooo

cinta bersegi segi 
berlipat berkali-kali 
ke sana ke sini 
entah mana pergi 
jodoh ku tengah  parking 

la la la la 
la la la la 

(**suka tak lagu ni...best kan )




Read More

Kesan Hujan

12:03 PM
Kesan Hujan
Assalammualaikum,,

Tak tau mau tulis tajuk apa...setelah sudah seminggu cuaca Hujan di sabah..MV perasan keadaan jalan raya di kota kinabalu dan sewaktu dengannya banyak berlubang dan rosak...

Macam jalan di depan alamesra...ada lubang yang besar...di bulatan kingfisher pun sama ...mungkin sebab hujan yang berlarutan menyebabkan sruktur tar itu rosak,,Kamu yang berada di area yang sama dengan MV perasan kah sama ni masalah....

Ble menyebabkan kemalangan apabila mungkin kita berhati-hati tapi pemandu lain laju dan bila nampak lubang cuba mengelak kena pemandu lain...MV harap siapa-siapa yang memandu berhati-hati...

Ingatlah orang-orang yang tersayang dan berhati-hati ketika memandu..(**tiada gambar sebab nda ambil gambar)
Read More

Monday, October 23, 2017

Hujan dan Angin Di Sabah

1:56 PM
Hujan dan Angin Di Sabah

Assalammualaikum...

Hujan dan Angin di area kota Kinabalu Sabah..masih lagi berterusan ...tempias dari Taufan Lan yang melanda Filipina...berbeza pula di Semenanjung Malaysia...Panas terik juga tempias dari  Taufan Lan

Dua cuaca yang berbeza hasil tempias Taufan Lan...banjir di beberapa daerah terutamanya Kota Belud ...walaupun bukan berada di tempat mereka tapi bersimpati dengan mereka...cuaca hujan macam ni menyebabkan bekalan air dibeberapa tempat tiada


Termasuklah kawasan MV,,,hari ni hari ketiga tiada bekalan air..berharap pada air tangki yang rasa tak penuh....kalau ada hujan dapatlah tadah air untuk mandi dan mencuci...kain pun terpaksa mencari dobi....jauh dari tempat MV...


Sekarang tetap bersedia dengan payung..takut macam pagi tadi...hujan tiba-tiba payung pula di kereta...petang ni MV sediakan payung takut hujan..tahulah parking kat kawasan terbuka dan tak berbumbung....

Semoga kita sentiasa dilindungiNya.Amin
Read More

Review: Obses-Syasya Bellyna

7:45 AM
Review: Obses-Syasya Bellyna
Obses Obses by Syasya Bellyna
My rating: 5 of 5 stars


"temani aku sampai mati.."

'kalau awak tetap menolak lagi,saya akan bunuh seorang demi seorang penghuni castlebury termasuk Johanas"

Obses mengangkat kisah kehidupan seorang artis terkenal namun belum mempunyai teman istimewa..Atas desakan ibunya EMily bersetuju untuk mengadakan program "pencarian Soulmate" untuk mencari calon Suami.

10 Jejaka di jadikan calon suami buat Emily,program dijalankan di sebuah tempat yang dipanggil Kota Istana Castlebury Scotland.Istana lama yang penuh dengan sejarah lady kiara.Tanpa EMily duga pencarian soulmate membawanya ke arah kejahatan dan tragedi hitam.

10 calon suami dan krew semuanya ada niat mereka yang tersembunyi .....cuma seorang yang benar2 mengenali dan berkongsi hati dengan Emily..Tanpa disangka Dua Orang Kawan Karibnya yang menyebabkan dia sakit hati dan terseksa..

Di kota Istana Castlebury,ingatan lama yang hilang akhirnya datang kembali.Siapa mereka yang mengkhianati,kenapa calon2 suami yang dipilih tak seperti yang di nanti...Kehidupan seorang yang terkenal bukanlah seindah mana...

Emily mempunyai masa lampau yang menyakitkan tanpa diketahui peminat dan calon suaminya...Hanya mereka berempat dalam Istana castlebury mengetahuinya...namun cuma seorang yang benar2 tahu kisahnya..

(**macam nak sangat novel ni ada sambungan ...sebab nak tahu apa terjadi apa 9 calon suami dan rakan karibnya serta siapa Johanas sebenarnya )

View all my reviews
Read More

Saturday, October 21, 2017

The Lover's Lies Theme Song

7:30 AM
 The Lover's Lies  Theme Song


Assalammualaikum...

Lagi lagu tema drama china The Lover's Lies...best..hari-hari tengok drama ni..siap terhafal ni lagu...aduyai terjebak tengok drama ni 
Read More

Friday, October 20, 2017

"Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler"

3:25 PM
 "Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler"


Assalammualaikum.



Klik Banner untuk Join 

3x Pemenang, Topup RM10 setiap sorang
2x Pemenang, sebuah buku terpilih setiap sorang

Tarikh tutup: 20 November 2017


Jom Join Kawan2..mana tau rezeki 
Read More

Never Say Goodbye OSt Drama The Lover's Lies

1:49 PM
Never Say Goodbye OSt Drama The Lover's Lies

Assalammualaikum...

berkongsi lagu chinese ni...dah namanya anak kacukan cina...so drama cina memang MV layan 
Read More

Thursday, October 19, 2017

“October Book Giveaway by Blog Siqahiqa”

11:58 AM
 “October Book Giveaway by Blog Siqahiqa”
Assalammualaikum...

Klik Banner untuk JOin 
Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan dari 12/10/2017 hingga 12/11/2017..

Jom Join 
Read More

Ribut Hati ( OST Tombiruo : Penunggu Rimba ) - Aina Abdul Lirik

11:51 AM
Ribut Hati ( OST Tombiruo : Penunggu Rimba ) - Aina Abdul Lirik


Assalammualaikum...


Belum berkesempatan melihat folem TOmbiruo adaptasi dari penulis novel thriller nombor 1 Malaysia Ramlee Awang Mursyid..

Ramai yang pergi tengok semua cakap filem ni terbaik...ditambah lagi dengan lakonan Zul Ariffin,Faizal Husien....minggu depan budak2 exam..maybe lepas exam baru bawa anak2 pergi tengok ...

Sapa yang dah tengok cer kongsi pendapat korang tentang filem ni 
Read More

THrowback HAri Perbarisan Tyt 2017

11:08 AM
THrowback HAri Perbarisan Tyt 2017
muka happy walaupun berpanas
Assalammualaikum...

Throwback hari Istiadat Perbarisan Sempena Hari lahir TYT sabah yang ke 64...Saya Yang Menurut Perinta(SYMP) makanya berbaris berkawad lah...seawal 4 pagi terpacak sudah di padang merdeka Kota Kinabalu 

ready for perbarisan aka kawad
Tema baju ...korporat putih biru..tudung aidijuma ...kedua-duanya free...komitmen terhadap arahan ...bukan selalu jadi berkawad juga walaupun ke laut haha..nda menang nda apa..yang penting kerjasama kepada jabatan....

tudung sponsor baju sponsor 
Lepas ni ...perarakan Maulidur rasul lagi menanti ..venue nya di Tawau Sabah..pada 01 disember 2017
Read More

Wednesday, October 18, 2017

Lagi Reward Dari 8share

8:00 AM
Lagi Reward Dari 8share
No automatic alt text available.

Hi, haikalayuwana!

Congratulations! You've succeeded in your Mission: Get Zombified, which required you to tag a friend and share this Special on your Facebook timeline.

Your reward of RM10 has been credited to your wallet.

Assalammualaikum...

lagi reward dari 8 share...walaupun hanya RM10.00 oklah tambah juga jumlah terkumpul sekarang ...jadi lah RM15.00 rajin join mission yang 8 share bagi...cepat lah juga dapat cashout,,

Mv kalau cukup RM50 memang terus cashout.lepas tu kumpul lagi balik...korang yang join 8share ada dapat reward ni 
Read More

Tuesday, October 17, 2017

Mee Ketam

3:03 PM
Mee Ketam


Assalammualaikum...

Menu Lunch Hari ni Mee Ketam...Cod terus di ofis..RM8 dengan 2 ekor ketam,,mee pun banyak..MV makan dengan abang haikal untuk satu mee ketam....Sesiapa area kota kinabalu kalau berminat mau try boleh wasap no di bawah 

60 16-893 0696

**tolong promote...


Read More

Cermin Mata Terbelah Dua

12:26 PM
Cermin Mata Terbelah Dua

Assalammualaikum....

Ganas kah nda ni..habis patah 2...ni cermin mata ketiga Abang Haikal ..kisah semalam...cuti sekolah ikut mama ke ofis..sebab malas mau hantar ke kampung at least boleh tengok dorang ulangkaji pelajaran..

minggu depan sudah peperiksaan akhir tahun...tapi yang menduga mama ialah belajarnya sekejap..mainnya banyak...siap lepak baca komik lagi...mentang2 di library banyak komik yang orang sumbang...

Alkisahnya...cermin ni patah ..dia sorok..sekali dengan cermin mata wani...cari di seluruh pelusuk library..akhirnya jumpa dia sorok belakang almari display buletin..geram jak tengok ar...

Patah..konon kalau nda jumpa..selamatlah...sebab hilang sekali wani punya..paling2 jadi mangsa yang kena marah ayu..sebab dia seorang jak nda kehilangan...sekarang tengah tunggu booth cermin mata wakaf..just bayar RM40.00 dapat cermin mata frame dan lense....

adui anak..time-time dugaan gaji 43 hari kemudian lah kamu buat hal..huhu
Read More

Roh Mengamuk -Tajul Zulkarnain

9:09 AM
Roh Mengamuk -Tajul Zulkarnain
Assalammualaikum...

Roh Mengamuk -Tajul Zulkarnain cerpen berharga RM2.00 ...Projek untuk beli handphone baru ...Bayar RM2.00 nanti beliau akan berikan PDF cerpen...Kena jujurlah...jangan pula jual balik cerpen ni...

Siapa-siapa yang berminat boleh dapatkan cerpen ni dari beliau sekaligus membantu misi membeli Handphone baru...caranya mudah..just transfer RM2.00 ke account bank beliau...MV tak baca lagi..tapi bila nampak sikit opening memang best...rehat nnti baru nak baca...

Read More

Monday, October 16, 2017

Amaran Cuaca Buruk

3:12 PM
Amaran Cuaca Buruk
Assalammualaikum

Amaran Cuaca Buruk

(Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada : 11:14am pada 16 Oktober 2017


Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Daerah Beluran), WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Limbang dari Selasa, 17 Oktober 2017 sehingga Khamis, 19 Oktober 2017.


Semoga berhati-hati buat penduduk kawasan berkenaan...gambar ni mama MV yang foward..angin kuat buat pokok tumbang dan menghempap rumah berdekatan..ada juga yang atap zink mereka tercabut...

hujan dari sabtu lepas ..hari ni masuk hari ketiga...dijangka akan beterusan sehingga khamis....semoga berhati-hati semua
Read More

Kad bank islam

11:46 AM
Kad bank islam
Assalammualaikum...

Pemegang kad bank islam yang menukar kad bank mereka sebelum September 2016 walaupun kad itu ada pay wave dan my debit disarankan untuk menukar kad bank semula sebelum mengalami masalah tidak dapat mengeluarkan duit ...

Ini terjadi pada MV...yakin ...kan sudah ada pay wave dan my debit..bila dapat sms dari bank MV abaikan ....sekali baru-baru ni..mau kuarkan duit di bank nda dapat...rupa-rupanya kad sudah tak aktif...

Terpaksa ke bank islam berdekatan...bila ke bank pegawai bank bagitau...siapa yang buat sebelum september 2016 memang kena buat balik..sebab bank islam lambat buat untuk pertukaran kad bank haritu..

Dan yang bestnya kad bank islam yang baru ni cantik..sampai suami pun cakap...cantiknya kad bank sayang...macam 3d...hihi
Read More

Review: Titian Cinta-Ridhya Iman

9:12 AM
Review: Titian Cinta-Ridhya Iman
Titian Cinta Titian Cinta by Ridhya Iman
My rating: 5 of 5 stars

Dendam yang akhirnya membuatkan ada yang terluka terseksa dan teranayai ...Kesilapan seorang ayah ..keegoan dan ketamakan seorang isteri menyebabkan orang lain yang menanggung derita...Cinta tak kenal siapa...

macam mana seorang isteri tetap menjaga aib suaminya walaupun dia diberi layanan teruk..berhadapan dengan suami yang panas baran dan kuat cemburu....watak aisy sangat sabar melayan watak Harris...

Sofea ...kawan yang sanggup mengkhianti kawan baik sendiri dengan alasan tidak mau aisy lebih dari dia..sanggup memporak perandakan rumah tangga kawan baik sendiri untuk kepentingan ..Rayyan...dendam yang akhirnya membuatkan dia kehilangan Aisy....

Kalau tgk drama memang sakit hati sebab konflik yang ada dan watak Puan sri Nora..tapi kalau baca novel rasa sakit hati tue hilang..sebab kalau novel konfliknya nda lah menyakitkan hati sangat

View all my reviews
Read More

Friday, October 13, 2017

Fattah Amin 1234U: Official Music Video

7:30 AM
Fattah Amin 1234U: Official Music Video

Assalammualaikum..

Lagu baru Fatah Amin bertajuk 1234u mencuit hati MV..sebab mendapat sentuhan daripada Aizat Amdan...

suka jer lagu ni...korang suka ker,,,walaupun ramai juga yg kutuk 


Read More

Thursday, October 12, 2017

Lagu A.E.I.O.U

4:46 PM
Lagu A.E.I.O.U

Assalammualaikum,,


Syamimi nyanyi lagu baru semalam...

"aeiou  aeiou  aeiou..a ayam bunyi kok kok kok  e  panggil emak emak  i ikan berenang di dalam kolam o otak yang bijak u ular membelit"


Seronok syamimi menyanyi....sampai mama pun terjoin sekali 

Read More

Wednesday, October 11, 2017

43 Hari Menunggu Gaji

9:28 AM
43 Hari Menunggu Gaji
Assalammualaikum


11.10.2017 bersamaan Rabu merupakan gaji bulan oktober untuk penjawat awam persekutuan..Gaji ini diawalkan untuk persiapan mereka yang menyambut depavali pada 18.10.2017(rabu)

Maka start esok bermulalah 43 hari menunggu gaji yang seterusnya...so kena pandai guna duit...MV hari ni settlekan bayaran yang patut..macam yuran sekolah dan bayaran kereta...selepas tu baki duit simpan di bank...

Kena displin supaya tak boros...tempoh 43 hari akan dilalui dengan sederhana...kalau boros nanti duit minyak mau kerja pun tiada...jadi tutup mata dan telinga lah....dari tengok dan dengar mana2 sale yang terdekat terutamanya lazada..hahaha...

mari sama-sama mengharungi 43 hari yang akan mendatang ni....hahaha
Read More

Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita

8:26 AM
Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita

Assalammualaikum....

Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita edisi terkini...MV belum pernah baca pun edisi lama...ni pun nampak kawan punya ig..tajuk nampak menarik lepas tue penulis dia Melur Jelita..namanya pun sudah buat kita tertarik...

Beliau merupakan Novelis Terbaik Anugerah Buku Negara 2016..sedikit sinopsis novel ni:-

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

” Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…” Hilman Yong

” Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.” Damien Yong

” Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan Zulaikha(sumber SINI)

dan juga telah diadaptasi sebagai drama lakonan emma maembong dan alvin chong...nampaknya ni akan masuk dalam list novel yang MV nak baca,,,,
Read More

Tuesday, October 10, 2017

Cabaran 3 Liter Sehari

12:06 PM
Cabaran 3 Liter Sehari
Hari kedua cabaran 3 liter sehari 
Assalammualaikum....

Cabaran 3 Liter Sehari ....ini merupakan hari kedua MV.....cabaran dan misi mengurangkan berat badan yang terlebih naik ni....hihi....semoga MV berjaya menempuhi cabaran ini...hari pertama berjalan lancar..

semoga hari kedua ni pun berjalan lancar juga
Read More

Titian Cinta-Ridhya Iman-

8:36 AM
Titian Cinta-Ridhya Iman-

Assalammualaikum....

Titian Cinta drama terhangat masa kini..ditayangkan di tv3 slot akasia..Mv pula sedang baca novelnya..merasakan ada kelainan sedikit berbanding drama..adakah kerana MV menonton drama terlebih dahulu kemudian membaca novel?

Sebab selalu MV baca dulu novelnya baru ada adaptasi...yang ni pula lain sikit...sebab malas nak follow depan tv..tau lah balik rumah lepas kerja kena masuk dapur..kena cuci kain....kadang dengar suara jer...dari dapur..so feel tu xda

MV pinjamlah novel dri kawan MV...tapi itulah..kekangan masa ..novel pun baru baca separuh....takpa nnt MV baca habis nnt mv review kat sini ya...


Read More