All About Love

Thursday, September 17, 2020

Menang Pertandingan Minggu Pusat Sumber Sekolah

3:32 PM
Menang Pertandingan Minggu Pusat Sumber Sekolah

 Assalammualaikum...



Alhamdulillah ,,Anak-anak MV wani dan syamimi masing-masing menang johan untuk pertandingan sempena minggu pusat sumber sekolah mereka.

Syamimi menang Pertandingan Video /Gambar Pakaian Merdeka Terbaik Tahap satu (Panitia Sejarah) dan wani pula menang Pertandingan Cipta Resepi /Masakan Tempatan Secara Atas Talian (Panitia Reka Bentuk & Teknologi).

Nda sangka mereka berdua ni boleh menang.Syukur dengan rezeki ni .Semoga anak-anak semangat lagi join pertandingan selepas ini.Selalu pesan dorang ikut saja pertandingan menang kalah adat pertandingan.Kalau menang itu rezeki kalau kalah kena usaha lagi 


Read More

Drama Korea -Once Again-

9:01 AM
Drama Korea -Once Again-

 Assalammualaikum 


Sumber google

Once again drama korea yang mengangkat tema kekeluargaan .Mempunyai 100 episod mengisahkan sepasang suami isteri yang anak mereka semuanya bercerai.Bagaimana mereka harus berdepan dengan penduduk setempat.

Mengangkat juga tema persahabatan apabila Si isteri dan besan (mentua anak ketiga mereka Song Na Hee iaitu seorang doktor).Mereka sering bertengkar namun jauh di sudut hati mereka saling menyayangi ..

Kalau jodoh memang tak ke mana ...anak sulung dan anak ketiga kembali bersama dengan pasangan mereka manakala anak bongsu pula berkahwin dengan adik ipar Song Na Hee,,

Orang bila kegagalan itu tidak akan selamanya.Song Ga Hee(anak Kedua ) walaupun gagal dalam perkahwinan dia berjaya menjadi seorang ibu yang penyayang. Dia berjaya membina kariernya walaupun di usia yang lambat tapi semangat dan usaha dia patut dicontohi.

Begitu juga Joon Sun Dan Da Hee ...mereka walaupun kurang berpelajaran namun berkat usaha mereka akhirnya mereka berjaya.Joon sun berjaya dengan syarikat Stuntman ..manakal Da hee dari seorang pekerja sambilan yang dipandang rendah oleh bekas tunangnya akhirnya menjadi seorang doktor kanselor.

MV suka drama ni korang try lah tengok...




Read More

Friday, September 11, 2020

Kimchi Versi MV

9:38 AM
Kimchi Versi MV

 Image may contain: food


Assalammualaikum...

Ini namanya kimchi versi hentam  lah labu.teringin punya pasal buat lah sendiri.Kebetulan MIL datang haritu bawa kubis cina ni..Geng makan sayur si abang sudah balik asrama jadi kalau masak sayur pun makan sendiri.

Jadi MV buat lah Kimchi ..ini kali kedua MV buat Kimchi...teringin mau makan kan...kebetulan ada bahan jadi buat saja lah sendiri walaupun rasanya nnt tidaksesedap yg orang korea buat ..

Janji lepas craving orang bilang.Siapa suka makan kimchi kita geng..tapi kimchi mv ni kurang daun bawang...just lobak dan hirisan epal saja..yg kali pertama buat MV guna buah pear..

Buat semalam kena tunggu lepas 2 atau 3 hari baru makan..sebab masa tu baru masuk rasa...

Read More

Tuesday, September 8, 2020

Review Novel -Isteri Untuk Disewa-Syamnuriezmil

11:57 AM
Review Novel -Isteri Untuk Disewa-Syamnuriezmil

 Assalammualaikum

Lamanya blog ini tidak diupdate ,jadi hari ini MV mau share satu novel iaitu Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil .Novel ini MV pinjam melalui applikasi PNM E-READER di handphone..Ada halaman mukasurat,,,Mv selesai  baca dalam tempoh 1 hari sebab jalan ceritanya yang menarik buat kita tertanya-tanya.Siapa yang akan jadi suami Nur Adreiana.

Sedikit sinopsis novel versi MV


Mengisah kan Nuradreiana yang menawarkan khidmat sewa dalam blognya dan pelanggan pertama adalah Noah Ryzal ..Ditawarkan RM10k untuk menjadi sewa sebagai isteri Noah .Namun permainan ini menjerat mereka apabila orang tua Noah sukakan Nur...

Maka mereka terpaksa melanjutkan lagi sewaan sebagai isteri tapi dalam masa yang sama ..Nur terpaksa menjadi kekasih Bos di pejabatnya pula.Makin huru hara lah hidup Nur.Tambahan pula dengan konflik dia dengan teman baiknya iyaz.Iyaz meluahkan rasa cinta tapi Nur sebaliknya.

Ketika semua hampir selesai rasa cinta berputik di hati Noah namun Nur pula berkenan dan jatuh hati pada Remy Ishak celup.Sedang hangat dibuai rasa cinta rupanya apa yang Nur impikan semuanya tipu belaka.

Namun dia dan Noah Ryzal sudah membawa haluan masing-masing. Lamaran dari Puan Raihan dan keputusan ibu Noah supaya bertunang dengan pilihan keluarga  akhirnya membawa satu khabar gembira,,,

Siapa sangka dari jadi isteri sewaan akhirnya jadi isteri sebenar kan...try baca novel ni .best 

Read More

Thursday, May 14, 2020

Biskut Raya

10:34 AM
Biskut Raya
Assalammualaikum

Antara biskut raya yang Mv dah buat dan dah bagi separuh kat mak di kampung.

cornflakes madu 

biksut coklat

biskut makmur

biskut ulat bulu 

semperit susu


tart strawberry

tart strawberry

popia chese dan batang buruk masih dalam proses



Read More

Saturday, May 9, 2020

Lontong dan bubur sumsum Untuk menu berbuka

7:21 AM
Lontong dan bubur sumsum  Untuk menu berbuka


Assalammualaikum

Lontong dan bubur sumsum untuk menu berbuka.Simple tapi mengenyangkan.Permintaan dari anak-anak nak makan lontong so mama dia buat lah .
Read More

Friday, May 8, 2020

Biskut Tart Strawberry

7:10 AM
Biskut Tart Strawberry

Assalammualaikum

Semalam Mv dan Wani buat biskut tart strawberry .dapat lah dua balang ,Malam karang nak buat lagi tapi kali ni buat jenis bulat inti kat dalam.
Macam tart nenas bulat,,,nampak cantik pula tart jenis bulat tue


Resepi Biskut tart Strawberry

gula icing setengah cawan
butter 250g
pewarna merah 
3 sudu tepung jagung
3 sudu tepung castard
3 cawan tepung gandum
2 biji kuning
jem strawberry


kalau kamu mau try buat boleh lah try..
Read More