All About Love

Wednesday, February 8, 2017

Jogging kebaikan dan tips

7:00 AM
Jogging kebaikan dan tips
Assalammualaikum..
Image may contain: 2 people
misi kecikan badan


Selain melakukan senaman ringan di rumah, jogging juga adalah satu cara yang gemar dilakukan oleh mereka yang ingin mengekalkan kesihatan dan bentuk badan yang ideal . antara kebaikan jogging adalah:

  • mengelakkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • dapat mengelakkan sesetengah penyakit kanser
  • mengelakkan penyakit berjangkit 
  • menguatkan sistem imunisasi badan
  • mengawal dan mengelakkan diabetes
  • menggalakkan kesihatan minda
  • melawan stress
  • menurunkan berat badan dan mengawal kadar lemak dalam badan

jogging adalah satu bentuk senaman yang sangat digalakkan sebab ada banyak kebaikan dan mudah dilakukan. di Malaysia sekarang pun dah banyak tempat-tempat untuk jogging yang dibuka untuk kegunaan orang awam. ia tidak terlalu sukar untuk dilaksanakan dan boleh dilakukan oleh semua peringkat umur.

berikut adalah tips-tips yang korang boleh gunakan sekiranya korang hendak mula mengamalkan jogging sebagai salah satu rutin senaman korang:

1. dapatkan kasut yang sesuai
kasut jogging yang bersesuaian dapat memberi keselesaan dan mengurangkan risiko kecederaan. elakkan memakai kasut yang tapaknya dah haus. grip tapak kasut tu kena kuat. pilih kasut mengikut saiz korang. jangan pakai kasut yang terlalu longgar atau ketat

2. warm up dan cool down
warm up atau aktiviti memanaskan badan dapat mengurangkan tekanan pada jantung bila korang nak mulakan larian. disyorkan mulakan jogging dengan berjalan laju, dan mulakan jogging anda dengan kelajuan yang minimum. naikkan kelajuan anda sedikit demi sedikit.
cool down juga penting untuk menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah secara beransur-ansur. akhiri aktiviti jogging korang dengan berjalan kaki selama 5 minit.

3. mulakan dengan langkah santai
sekiranya korang baru nak ceburi aktiviti jogging ni, mulakan dengan langkah yang agak santai. korang sepatutnya boleh bernafas dengan selesa dan boleh berborak sambil jogging. kalau korang boleh jogging dan berborak dalam masa yang sama, maksudnya korang mulakan jogging tu dengan kelajuan yang betul. tips ni dapat elakkan beginners dari kecederaan kerana terlebih penggunaan muscle.

4. jalan dan lari
kebanyakan orang yang baru mula jogging akan gunakan pendekatan 'jalan dan lari' ni. sekejap lari, sekejap jalan. ini disebabkan mereka belum mempunyai ketahanan untuk lari dalam masa yang lebih panjang. bila korang dah selalu jogging, cuba kurangkan masa berjalan dan perbanyakkan masa berlari. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan?

5. jangan terlebih excited.
ini kesilapan yang selalu dilakukan. hari ni baru start jogging, lari 3km. esok dah nak lari 15km. semangat sangat tu. elakkan daripada meningkatkan jarak larian korang dengan mendadak. dinasihatkan jangan tambah jarak larian korang sehingga 10% dalam masa seminggu. ini yang banyak kes berhenti jogging di pertengahan jalan. jadikan jogging sebagai rutin harian, nanti lama-lama korang naikkan la jarak larian korang.

6. bernafas melalui mulut dan hidung
kebanyakan orang yang baru mula berjogging selalunya hanya akan bernafas melalui hidung. sebenarnya lebih elok kalau bernafas menggunakan kedua-dua hidung dan mulut, supaya lebih banyak oksigen yang akan disalurkan ke jantung dan otot kita semasa kita berlari.
kesimpulannya, teknik adalah penting. jangan bertindak melulu sebelum memulakan sesuatu. ketahui asas-asas yang perlu diketahui dalam berjogging, dan mulakan hari ini!


**MV kongsikan untuk kebaikan bersama...untuk MV ...panduan untuk kecilkan badan...
Read More

Tuesday, February 7, 2017

Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Masuk

3:18 PM
 Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Masuk
Assalammualaikum...

SABAH NEGERI PERTAMA HARAMKAN SELVA MASUK Bila baca tajuk ni kat Facebook ..terus tertanya tanya..siapa dia..kenapa di haramkan..

Bila klik link terus "masyaallah.....jauhkan lah kami dari orang yang sebegini"



Selva baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita termasuk serangan seksual

Dan bila baca di google..memang sangat menakutkan...huhu...jadi MV bersetuju dengan tindakan Ketua Menteri Sabah yang mengharamkan Selva masuk ke SABAH

“Dia tidak diterima di Sabah kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh menanggung risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak bebas. Rakyat perlu dilindungi,” katanya.(sumber Siakapkeli)



Read More

Skill Mewarna

9:18 AM
Skill Mewarna

Assalammualaikum....
berwarna warni betul..
Skill mewarna budak 3 tahun 1 bulan 17 hari,,,,berwarna warni.....dia mewarna mesti campur.....dia suka kali kan tengok macam pelangi...tangan dia makin kuat sdh pegang pensil...
gabungan pink dan oren
tahun depan mau tadika sudah..mau slowly kenalkan dia dengan huruf pula..biasa budak akhir tahun ni..lambat sikit minatnya nak membaca...macam si kakak ayu dulu..
Read More

Monday, February 6, 2017

"GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA"

4:24 PM
"GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA"
Assalammualaikum....


giveaway blogger, blogger Malaysia, Sephia by Janna Nick, giveaway Nik Ainaa

CARA-CARA SERTAI GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA:



1- FOLLOW instagram Nik Ainaa (@nfa.nikainaa)

2- LIKE FB Page 'Ainaa Azlan Page'

3- FOLLOW blog Nik Ainaa

4- Buat satu entry dengan tajuk "GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA" dan letak banner kat atas (jangan lupa back link banner ke ENTRY INI)

5- Tinggalkan LINK ENTRY di ruangan komen sahaja.



CARA PEMILIHAN PEMENANG:


Pemenang di pilih berdasarkan TOP REFERRAL dan sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta, Ainaa akan tambah seorang lagi pemenang berdasarkan RANDOM.ORG

Read More

Tarian Singa

10:16 AM
Tarian Singa

Assalammualaikum,.,,

wefie lagi..sempat jak kan


Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.(sumber SINI)

ada lebih 20 ekor singa..
Tahun baru cina...Memang meriah dengan tarian singa...kebetulan sabtu lepas ...Masa mau bawa anak2 pegi makan di Warung PokDi Kelate..oleh kerana takda kosong.....sebab restoran ni memang sentiasa ramai....

Jadi konon mau ke ramaijaya(**kedai yang jual barang murah)...tup tup nampak tarian singa..anak2 excited mau tengok jadi dilayankan saja lah.....MV pun lama sudah tak tengok...dulu masa kecik selalu tengok....
serius yang Ni MV takut
nampak kah kamu..tiang tue sudah lah bergoyang...beraninya 2 budak ni main singa kat atas...syamimi siap tutup mata"mama....nanti dorang jatuh..dia mau nangis sudah tengok"..bukan setakat syamimi...MV pun takut...budak lelaki yang dalam gambar kat bawah pun tutup mata...

tinggi kan,,,gayat terus rasa
salute lah dengan anak muda yang masih lagi mau mewarisi tradisi kaum mereka.(**eh kaum MV..hahaha)..lepas jak habis tue terus lah makan nasi kerabu di warung pokdi kelate tue....

bila sudah siap....ada satu lagi tarian singa...anak2 ajak stay...so bagi dorang tengok lah...kasi puas hati...team yang ni ada maskot ayam...dan dia bagi semua budak 2 yang di situ ...cumi cumi....

yang ni kumpulan kedua...ada maskot ayam
seronok tengok anak2 gembira....tertunai bergmbar dengan maskot ayam....cuma dengan orang yang bermakeup tue jak nda...dorang paling hantu...hahahaha...MV pun tak tau mau cakap tu apa..MV cakap tok guru...hihi
sempat posing dengan maskot...

Read More

Sunday, February 5, 2017

You,ve got to be a beginner before you can be anything else

7:30 AM
You,ve got to be a beginner before you can be anything else
No automatic alt text available.
sumber google
Assalammualaikum...


You,ve got to be a beginner before you can be anything else


Betul semuanya bermula dari bawah...tipulah kan...kalau tup2 kita dah di atas tanpa berusaha......macam MV juga...masih cuba untuk memperbaiki diri....
Read More

Saturday, February 4, 2017

SMILE

2:30 PM
SMILE
Image may contain: text

Assalammualaikum,,,


SMILE HAPPINESS LOOKS GORGEOUS LOVE ON YOU ..


**always smile....biarlah nda cantik yang penting cumil..ok bye..haha
Read More