All About Love

Thursday, December 19, 2013

Bila Bola Sepak Sukan Sea 2013 JAdi Sebutan

5:25 PM
Bila Bola Sepak Sukan Sea 2013 JAdi Sebutan
Assalammualaikum..
UV Blog setakat 5.00 petang

keyword hari ini

Wow hari ini dalam sejarah..akhirnya MV dapat juga merasa semula UV blog MV masa aktif berblog dulu..hehehehe..tak sangka entry yang INI  menjadi entry hot kat blog MV....dan keyword pun boleh tahan banyak..tak sangka entry simple ni berjaya memberikan UV yang banyak...

KAlau ada BE mesti meletup..BE pula dah tinggal sekerat..hahahaha....apa2pun tak sabar nak balik umah tengok bola..huhu...en hubby cepatlah....bola dah nak mula tue..hehehe...


Chayok2 Malaysia...
Read More

Wednesday, December 18, 2013

Jadual Perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir Sukan Sea 2013-Malaysia Vs Indonesia-19 Dec 2013

3:38 PM
Jadual Perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir Sukan Sea 2013-Malaysia Vs Indonesia-19 Dec 2013
Assalammualaikum

Malaysia bertemu Indonesia dalam saingan separuh akhir bola sepak sukan sea 2013 pada 19.12.2013 jam 5.30 petang untuk merebut tempat ke final sukan sea 2013...semestinya jangan lupa temujanji kamu okey...

Yang tak bekerja untunglah..mcm MV ni sampai umah game dah start 30 minit separuh masa pertama...macam game malaysia vietnam semalam...geram juga bila tengok mutu permainan pemain harimau muda..terus hilang mood nak tengok...

Tambah2 lagi bila penyerang tak serupa penyerang....hahaha....OKS ni asyik2 TAmil Arasu...hehehe....rasa2nya siapa akan jadi kesebelasan utama Harimau Muda untuk game esok???

Adakah Rozaimi???Hazwan???Asrih Chuchu???Tamil Arasu??Nazmi???Izaq???tapi kalau lah K reuben turun lagi esok(**dia dapat main ker bukan dah pegang 2 kad kuning) janganlah buat kesilapan macam semalam dan gol sendiri masa jumpa loas...tolonglah sakit jantung tengok oh..

Kalau MV tengok nnt terberanak pula..hehehe....oh ya final bola sepak suka sea 2013 hari sabtu 21.12.2013(due date Mv)

Apa2pun buat team Harimau Muda chayok2...buktikan kamu adalah yang terbaek...okey...oh ya harap2 pengadil esok tak berat sebelah macam pengadil semalam n yang masa jumpa singapura tue...buat sakit hati jer...hehehe

MALAYSIA VS INDONESIA 
19.12.2013 
5.30 Petang 

**Mv mmg minat bola..jadikan layankan aja bebelan MV di entry ini
Read More

Tuesday, December 17, 2013

Keputusan penuh malaysia vs vietnam sukan sea 2013

7:29 PM
Keputusan penuh malaysia vs vietnam sukan sea 2013
ASSALAMMUALAIKUM..

TAHNIAH MALAYSIA KERANA BERJAYA LAYAK KE SEPARUH AKHIR SUKAN SEA 2013 BERTEMU INDONESIA,,,

KEMENANGAN KE ATAS VIETNAM 2-1 TADI SANGAT MEMUASKAN HATI WALAUPUN GOL PERTAMA HANYA HADIR PADA MINIT KE 81 SEPARUH MASA KEDUA,,,

TAHNIAH BUAT SAVINRIN...U R THE BEST BRO,,WALAUPUN MENANG MV RASA SKUAD HARIMAU MUDA PERLU MENJNGKATKAN LAGI MUTU PERMAINAN PADA SEPARUH AKHIR NANTI...

SINGAPURA PULA AKAN BERTEMU THAILAND..SO SAMA2 KITA MENGHARAPKAN KEMENANGAN DI SEPARUH AKHIR,

MALAYSIA VS INDONESIA SEPARUH AKHIR SUKAN SEA 2013..TAHNIAH HARIMAU MUDA

posted from Bloggeroid

Read More

Firman Ft. Alice - Jangan Pikirin Abang

2:27 PM
Firman Ft. Alice - Jangan Pikirin Abang

Assalammualaikum...



Korang pernah dengar lagu ni..pernah ker tak??lagu ni juga lagu kesukaan My Wani....suka betul dia dengar lagu ni..hehehehe...

MV tengah layan lagu ni sambil buat nota serah tugas sebab due date dah makin dekat..tak sabar rasanya nak jumpa baby akak adik kepada HaikalAyuWani....sangat2 excited...teruja...baby mama abah kakak & abang sangat teruja menanti kelahiran baby...

Minggu ni minggu terakhir MV bekerja...sekiranya MV tak bersalin juga pada 19.12.2013...MV mesti masuk wad pada 20.12.2013 untuk di induce,,,sebab ibu mengandung yang ada kencing manis tak boleh bersalin lebih dari tarikh jangkaan...

Tarikh jangkaan MV 21.12.2013...esok nak pergi KKIA lagi check baby..doakan semoga MV selamat melahirkan baby yang sihat & comel mcm haikalayuwani..amin
Read More

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

8:30 AM
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Assalammualaikum...

Pendapatan sampingan

Ini bukan entry riak takbur ataupun azab kubur..oppss malalut pula MV ni...ni entry saja nak kongsi pada sape2 yang berminat nak tambah2 pendapatan tanpa keluar modal...hanya dengan Facebook & blog jer...walaupun tak banyak tapi bolehlah buat tambah2 kan...

Macam MV ni join churp churp, 8share dan Nuffnang alhamdulillah ada rezeki untuk anak2...walaupun tak banyak tapi bolehlah kan...buat beli barang2 anak..hehehe...macam 8share MV dah pernah Cashout RM347.00 dan jumlah yang kat pic tue MV dah cashout Rm100 so jumlah keseluruhan dah RM 447.00...

Macam churp2 MV ada dua akaun...akuan yg suzyanna1985 tue tinggal tunggu lagi RM10.00 dah boleh Cashout...yang haikalayuwana tue baru MV aktifkan bulan lepas...kena tunggu lagi RM52.00 baru boleh Cashout...hehehe...sedang mengumpul skg ni..

Dan untuk Nuffnang MV baru je buat Cashout bulan 9 hari tue,,,dan skg dah ada RM 70.00..nak tunggu hujung tahun kot baru buat Cashout,,,hehehe,,,,

Ada yang berminat nak join ker....senang jer...just klik 

SINI untuk join 8share
SINI untuk churp churp

Kalau ada yang tak faham boleh jer tanya MV...just PM kat FB MV..so sama2 kita jana pendapatan sampingan..chayok2

Read More

Monday, December 16, 2013

Rozaimi 10 Pemain Terbaik Asia 2012

3:57 PM
Rozaimi 10 Pemain Terbaik Asia 2012
Assalammualaikum


Sumber dari Facebook 1Sabah

Tahniah buat Rozaimi Abd Rahman kerana disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia pada tahun 2012 oleh ESPN...Wow...berada di kedudukan 10 mmg terbaek..apatah lagi sebaris dengan pemain Indonesia Bambang Pamungkas...korang kenal kan..mustahil tak kenal....

Teerasil dangda..pemain thailand di kedudukan ke-8...mmg pemain terbaik Thailand dia ni...Sekalung tahniah buat Rozaimi anak kelahiran Bongawan Sabah...anda sangat berbakat..teruskan maju dalam bola sepak..jangan lupa diri okey...

ROZAIMI YOU ARE THE BEST 

Read More

Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea 2013 -Malaysia Vs Vietnam 17 Dec 2013-

10:15 AM
Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan Sea 2013 -Malaysia Vs Vietnam 17 Dec 2013-
Assalammualaikum..

Tahniah buat pasukan harimau Muda...walaupun tak menang dalam perlawanan menentang SIngapura untuk perlawanan ketiga Kumpulan A  Bola Sepak Sukan Sea 2013,,,sekurang2nya satu mata yang mereka dapat semalam sangat2 berharga...Keputusan penuh Malaysia Vs Singapura semalam 15.12.2013 iaitu 1-1...

Tahniah buat Rozaimi kerana berjaya menyamakan kedudukan di minit2 terkahir perlawanan....nampaknya untuk perlawanan seterusnya yang mana merupakan perlawanan terakhir Harimau Muda mesti menang ataupun seri...

Kekalahan pastinya akan memadamkan peluang ke separuh akhir....perlawanan seterusnya pastinya mendebarkan kerana pertemuan dengan Vietnam pada esok hari 17.12.2013...pastinya Dato Ong Kim Swee kena buat sesuatu....

Pasukan yang turun semalam perlu dirombak...Tamil Arasu tidak mampu memberikan sesuatu untuk pasukannya....diharap OKS menurunkan Rozaimi bergandingan dengan Hazwan...(**pandai2 jer Mv ni)

Dibahagian tengah patut diketatkan lagi....perlu buat post-mortem dari perlawanan semalam...bahagian tengah lemah..cehhh cakap macam orang pakar bola sepak...hehehehe...ok esok kita tengok macam mana nasib pasukan harimau Muda dalam perlawanan terakhir kumpulan A iaitu :


MALAYSIA VS VIETNAM 17.12.2013 Bola Sepak 
 Sukan Sea 2013

perlawanan berlangsung jam 5.30 petang 


Read More