All About Love

Friday, February 10, 2017

Sabah Vs ATM-Perlawanan Bola Sepak Liga Perdana 10.02.2017-

3:38 PM
Sabah Vs ATM-Perlawanan Bola Sepak  Liga Perdana 10.02.2017-
Assalammualaikum....

Image result
sumber google
vs

Stadium Likas
7.15 pm..

Jumpa di sana....Mengharapkan kemenangan di tempat sendiri ...Fighting Sabah Rhinos.... Go Zono(**import jepun)


Read More

Sufi Rashid - Aku Sanggup (Lirik Video Official)

8:39 AM
Sufi Rashid - Aku Sanggup (Lirik Video Official)


Assalammualaikum...

termenung sendu 
ratapi luka yang telah terguris
mengejar bayang 
moga terbukanya pintu hati 
rindu saat kita 
seperti lalu 
saling menyayangi 
namun kau berubah
tawar hilangnya kasih

Apa gunanya berbicara (c/o)
jika hati tak sekata
andainya masih ada cinta 
dengarkanlah

sayang
tak usah kau pergi
jauh dari diri ini
jika kau mahu 
aku sanggup 
rebah melutut merayu

jiwa masih mencintai
kita punya harapan lagi 
jika mahu aku sanggup 
mulakan hidup baru 


**lagu ni buat kita teringat zaman sekolah dulu...zaman tangkap leleh..hihi..suka sangat lagu ni...




Read More

Roti Jala Sardin

7:30 AM
Roti Jala Sardin
percubaan pertama
Assalammualaikum...

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Resepi dari blog Azie Kitchen

Alhamdulillah percubaan pertama membuat roti jala untuk bekal anak ke sekolah berjaya walaupun tanpa acuan...walaupun kuahnya hanya sardin....yang penting anak2 suka..dan cakap sedap......

nanti kita buat lagi..tq fir blog azie kitchen...resepi yang sangat simple...tapi marbelous
Read More

Thursday, February 9, 2017

Sabah alami fenomena cuaca sejuk hingga Mac

8:55 AM
Sabah alami fenomena cuaca sejuk hingga Mac
Assalammualaikum

KOTA KINABALU : 

Sabah mengalami fenomena cuaca sejuk apabila beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk antara 15 hingga 21 darjah selsius di antara jam 5 hingga 7 pagi.
Menurut Pengarah Metereologi Sabah, Azemi Daud, Februari adalah antara bulan paling sejuk di Malaysia termasuk di Sabah ekoran Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac 2017.

Beliau turut memaklumkan pejabat meteorologi di Ranau mencatat suhu terendah iaitu 15 darjah selsius, diikuti Keningau 16 darjah selsius, Kudat 20 darjah selsius, manakala Kota Kinabalu dengan suhu 21 darjah selsius untuk hari ini.

Katanya, antara punca utama penurunan suhu adalah disebabkan oleh tiupan angin sejuk bertekanan tinggi yang datang dari Siberia merentasi negara rantau Asia Tenggara termasuk Sabah.

“Selain itu, faktor kedudukan geografi dan fenomena lain seperti fenomena penyejukan bumi biasa pada tahap maksimum berlaku semasa cuaca baik atau kurangnya awan terbentuk pada waktu malam menyumbang kepada keadaan ini.
“Pejabat Meteorologi Sabah juga akan terus memantau keadaan cuaca ini,”katanya ketika ditemui dipejabatnya pada Rabu. @ PENERANGAN(dapat dari whatsapp)


Fenomena cuaca sejuk ni memang luar biasa...kebetulan gas aircond di rumah habis..so pakai kipas jer...sekali kali ni...memang sejuk..kipas on nombor 4 saja..kadang pegi nombor 3...

kalau bangun subuh ....rasa macam di area ranau kundasang..sejuk jak..padahal nda juga hujan..memang menikmatilah suhu yang begini.....bukan selalu kan 
Read More

Syamimi dan mama

7:30 AM
Syamimi dan mama

Assalammualaikum...
selfie hp mama
Peneman mama ke ofis...ambil abang kakak dari sekolah....si comel mama yang kuat makan..kuat merajuk ..dan kuat membebel....

Selalu dia membebel...adik sudah besar kan mama...mama jangan panggil adik baby di sekolah..nanti teacher olok2 adik..hihi....
adik yang sentiasa jadi baby mama
Paling suka mewarna...menghambur barang mainan..dan suka tolong mama di dapur...tolong test makanan...kalau sedap balik2 lah test saja...

model kanak-kanak..hihi
Kalau pergi kedai pandai betul mengambil barang... syamimi ni sudah free diapers siang dan malam..tahniah untuk syamimi...yeah..paling dia pantang ,,kalau kena tanya....adik mau baby baru??? dia akan jawab "nda nda nda" siap menjeling hihi
Read More

Wednesday, February 8, 2017

"Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway"

2:52 PM
"Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway"
Assalammualaikum,,,



Apabila mengalami masalah kulit, adalah digalakkan untuk menggunakan SERUM kerana serum mudah menyerap ke dalam kulit berbanding jika kita menggunakan losyen dan bedak. Oleh yang demikian, RenoSkin memperkenalkan dua serum khas untuk masalah kulit seperti eczema mahupun   
*****************************************************************
MEDIC SERUM 
*****************************************************************
Masalah kulit sensitif, eczema, psoriasis, gatal-gatal, luka kecil, kudis dan banyak lagi boleh membawa kepada pelbagai masalah. Apa yang lebih teruk jika ia tidak dirawat segera akan merebak ke segenap tubuh badan. Bayangkan jika bayi yang mempunyai ekzema tentu sahaja tidur mereka tidak akan lena, sebagai orang tua mesti masalah ini mengusarkan kita. Namun, Medic Serum sedia membantu dalam permasalahan ini. Malah, sebotol Medic Serum bukan boleh digunakan oleh bayi tapi ia boleh digunakan oleh seisi keluarga. 

Menarik mengenai Medic Serum, tentu sahaja ianya satu serum yang BEBAS TOKSIK malahan ianya mengunakan 100% bahan semulajadi iaitu ia terhasil daripada ekstrak minyak kastor, minyak kelapa dara, herba rosemary dan ianya kaya dengan vitamins.



Nampak tak dalam gambar di atas, pelbagai kegunaan Medic Serum!!!. Amat berbaloi untuk seisi rumah dan tak salah untuk membeli kerana harganya amat berpatutan di samping keberkesanan penggunaan sudah terbukti dengan pelbagai testimoni pelanggan.


*****************************************************************
BIO ACTIVE SERUM
*****************************************************************

Bagi masalah kulit dibahagian muka, kita boleh je gunakan Medic Serum tapi kalau nak lebih berkesan, adalah lebih baik gunakan Bio Active terutamanya pada waktu malam sebelum kita tidur. Banyak kegunaan Bio Active Serum antaranya ialah sebagai anti-penuaan, base make-up, memperbaiki tisu kulit yang rosak, melembabkan kulit muka dan macam-macam lagi sehingga muka akan tampak lebih halus, bebas jerawat & lebih cerah. Apa yang menarik tentang Bio Active, tentu sahaja BEBAS BAHAN KIMIA kerana bahan semulajadi digunakan antaranya ialah Autralian Tea Tree, Rosa Canina & Virgin Coconut Oil.



HARGA bagi kedua-dua SERUM ini amat berpatutan kerana setiap serum keluaran RenoSkin mampu bertahan sehingga enam bulan. Apatah lagi jika ianya sesuai digunakan oleh seisi keluarga.
Ohya, lagi menarik...kalau korang join Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway oleh Blogger Eca Dwinky Asha, korang akan mendapat hadiah istimewa berupa diskaun bagi setiap pembelian....So, jom sertai Medic Serum & Bio Active Serum : Lovely February Giveaway sekarang.









Read More

Wordless Wednesday #an Apple A Day#

2:00 PM
Wordless Wednesday #an Apple A Day#
dapat dari wechat
Assalammualaikum...

An apple a day keeps the doctor away,
but if the doctor is cute 
forget the fruit...

**hahaha....lucu pula..MV skg sedang amalkan pengambilan apple hijau sebagai kudapan...
Read More