Roti Jala Sardin - All About Love

Friday, February 10, 2017

Roti Jala Sardin

percubaan pertama
Assalammualaikum...

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Resepi dari blog Azie Kitchen

Alhamdulillah percubaan pertama membuat roti jala untuk bekal anak ke sekolah berjaya walaupun tanpa acuan...walaupun kuahnya hanya sardin....yang penting anak2 suka..dan cakap sedap......

nanti kita buat lagi..tq fir blog azie kitchen...resepi yang sangat simple...tapi marbelous

2 comments:

  1. Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Mudah dn senang nak buat kan

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. sha tak pernah try makan dengan sardin.. selalu makan dengan kari je..

    ReplyDelete