All About Love

Thursday, April 18, 2013

Menara Chimney Part 1

2:00 PM
Menara Chimney Part 1
Assalammualaikum...

Nampak tak tajuk entry Menara Chimney Part 1...kenapa Part 1???sebab banyak sangat ambik gambar soi kamu layan jak lah percutian yang x berapa nak jauh daripada MV ni..

Menara CHimney ni terletak di jalan Lubok temiang ,w.p.Labuan..MV kongsikan sedikit sejarah dan info mengenai Kompleks Bersejarah CHimney yang MV ambil dari SIni


Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'Punil', ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di WPL.
Fungsi sebenar Menara Chimney masih belum dapat dipastikan walaupun banyak andaian tentangnya. Ramai menyangka ia adalah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah, tetapi kerja-kerja ekskavasi mendedahkan tidak terdapat sebarang struktur terowong di bawahnya. Juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak dijumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi dan pernah terdapat sebuah pelabuhan di kawasan Lubuk Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pernah menyebut ia sebagai sebuah Menara Loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.

Hari & Masa Lawatan

Isnin-Ahad: 9.00pagi -5.00petang
Ditutup pada Hari Pertama Raya Puasa dan Haji

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Cik Sitti Rabia Abd. Rahman - Pengarah
Pn. Alice Jipius - Ketua Unit Kompleks Sejarah Chimney

Alamat

Kompleks Sejarah Chimney,
Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan,
Jalan Lubok Temiang,
87088 WP Labuan

Kemudahan Pengangkutan

Bas No. 6
Tempat-tempat Menarik Berhampiran:
Taman Burung Labuan, Pusat Peranginan Batu Manikar, Tapak Terowong Bekas Perlombongan Arang Batu, Pantai Batu Manikar, Pantai Pohon Batu, Pancur Hitam, Taman Damai, Layang-layangan.

Kemudahan Lain

Tempat meletak kenderaan, tandas awam, perhentian bas, gerai makanan, lawatan berpandu

OK untuk Part 1 ni MV nak kongsikan gambar di dalam muzium chimney..tetapi ini hanya gambar di bahagian bawah sebab di tingkat atas MV malas nak ambil gambar..di tingkat atas ada mempamerkan bahan2 peninggalan sejarah...dari mangkuk...besi..

agak gelapp sebab ni dalam terowong

wani takut dengan patung tue

Kakak AYu pun takut patung orang tue

NI MV terover sudah..ahahaha

amboi tadi ayu takut skg berani sudah

jom jalan ke menara chimney pula
Didalam muzium tue tak banyak sangat boleh tengok..sama macam di mana2 muzium di Malaysia...kita dapat tengok cara hidup orang dulu-dulu...

Itu jer untuk kali ni..nantikan Part 2 selepas ini
Read More

Gwiyomi!!

11:39 AM
Gwiyomi!!
Assalammualaikum...

Gwiyomi??apa itu Gwiyomi...MV terjumpa ni kat blog AJ..Terus tertarik gara video kat entry aj Yang INI...Dan MV pun yang Kebaruan(**ketinggalan info) terus google apa itu Gwiyomi dan terus dapat :


According to The Bangkok Post, "Gwiyomi" or "Kiyomi" is Korean slang used to refer to a cute person.[1] The lyrics of the song can be interpreted as "1 + 1 = Cutie, 2 + 2 = Cutie", etc.[1]
Gwiyomi (귀요미) is based on the adjective "gwiyo-un" (귀여운), which means cuteGwiyo captures the meaning of cuteness, and "-un"is a form of conjugation to be altered for each intended usage. Ending an adjective with "-mi" (-미) has the effect of personifying the adjective, thereby turning the word into a noun. Thus "gwiyomi" means a cute person.(sumber sini)

Alala punya MV suka ni...Mau buat tapi nda comel..bak kata AJ..kalau dia buat boleh mati..MV pun sama...bukan tak berapa nak comel ni mesti orang pengsan...tapi kalau kak ton buat mesti comel(***comellah sangat hahaha)




Read More

My First GA

10:09 AM
My First GA
Assalammualaikum...

MV join My First GA by kniedaz..Syarat simple jer macam kat bawah dan kena jwab soalan berapa banyak patung dalam gambar ....

1. Mestilah follower blog saya (kalau belum, sila la follow - terima kasih in advance)
2. Kalau rajin, like page Big D's Crafts kat side bar blog beliau.
3. Buat simple entry dengan jawapan dan link kan ke entry ini.
4. Done!

Simplekan?
Tarikh tutup 21 April 2013

Soalannya...kira berapa jumlah anak patung yang ada dalam gambar.

Jawapan MV:25 (**pening kira)
Hanya tiga pemenang yang akan dipilih. Good luck!


Jom Join DI sini
Read More

Menumbok Tue Apa??

9:48 AM
Menumbok Tue Apa??

Assalammualaikum..

Ada yang tanya Menumbok tue apa???

ENtry ini untuk menjawab pertanyaan mereka mengenai Menumbok...dalam entry INI MV ada bagitau yang MV dalam perjalanan nak ke Menumbok...

Ada 3 orang yang bertanya apa itu Menumbok...Cik Nur,PCL & Careno...Sebelum tue MV nak bagitau lah yang Menumbok ni tak sama dengan Menumbuk yang bermaksud pukul atau bagi penumbuk tue k,,dan jangan pula ada yang takut nak ke Menumbok ni...

Sebenarnya Menumbok adalah salah satu pekan Di daerah Sabah.Di Menumboklah operasi ferry ke Labuan dijalankan...Kalau sesiapa nak ke Labuan dengan membawa kenderaan maknana dia kena melalui menumbok kerana Ferry kenderaan hanya ada di menumbok...

NI sedikit latar belakang Pekan Menumbok yang MV ambil dari Sini

Pekan Menumbok merupakan sebuah daerah kecil yang terletak dalam Daerah Kuala Penyu, Negeri Sabah. Pekan ini meliputi kawasan penempatan beberapa buah kampung seperti Kampung Tanjung Aru, Kampung Kilugus, Kampung Menumbok dan juga Kampung Tepi Laut. Perjalanan dari Pekan Beaufort ke sini mengambil masa selama 45 minit hingga satu jam.
Pekan Menumbok diiktiraf sebagai sebuah daerah kecil pada awal tahun 1977 kerana menjadi laluan orang ramai sama ada rakyat tempatan atau pelancong asing yang menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Wilayah Persekutuan Labuan. Bentuk muka bumi kampung-kampung ini ada yang terletak di kawasan tanah rata, tanah berbukit-bukau dan juga kawasan paya serta tepi laut. Perpustakaan Desa Pekan Menumbok terletak di Kampung Mempakul.

sumber dari SIni

sumber dari SIni
Dan ini pula sejarah mengenai Pekan Menumbok yang MV ambil dari Sini


Menurut cerita orang terdahulu, terdapat dua peristiwa yang berlaku di kawasan ini yang boleh dikaitkan dengan nama Pekan Menumbok. Peristiwa pertama ialah seekor ikan yang digelar ikan ‘menumbok’ mengikut loghat penduduk tempatan yang luar biasa besarnya yang dijumpai oleh penduduk, terdampar di sebuah kawasan pantai di sini. Peristiwa kedua ialah pernah berlaku suatu ketika dahulu, air Sungai Padas Damit yang mengalir ke laut ketika air laut pasang telah mengakibatkan ‘tumbukan’ yang deras dan kuat di muara sungai. Disebabkan kedua-dua kejadian inilah penduduk di sini menamakan kawasan ini Menumbok.




Read More

BE / CPUV Ke-10 -Libresse Salute Her IMV-

9:23 AM
BE / CPUV Ke-10 -Libresse Salute Her IMV-
Assalammualaikum...
BE / CPUV Ke-10 -Libresse Salute Her IMV-

Alhamdulillah pagi tadi masa kat kereta check Nuffnang (**memang akan check setiap hari untuk tengok PV)..dan MV bersyukur ada satu lagi CPUV melekat di Blog All About Love MV ni...

Nampak kan gambar kat atas...MV dapat Be/Cpuv Libresse Salute Her IMV..Ini merupakan Be/Cpuv yang ke-10 untuk blog MV dan yang ke-4 untuk tahun 2013..Alhamdulillah terima kasih Nuffnang...


MV sebenarnya hairan juga ni..tarikh Mula 29.03.2013 tapi hari ni baru MV nampak ..dan earning pun masih 0.10...Apa2pun terima kasih pada yang sudi datang di blog ni.tanpa kamu semua siapalah MV...


Read More

Posing

12:00 AM
Posing
Assalammualaikum....
posing dua beranak
Posing kami dua beranak..suka tengok gambar ni...sebab dua comel..comel macam kak Ton...hehehe..jangan marah yea..

Ni masa nak g menumbok...sama pula wajah kami kan3x....(**tapi MV makin Bam Bam..hahahaha)

Ada yang rindu dgn MV tak???
Read More

Wednesday, April 17, 2013