All About Love

Wednesday, May 15, 2013

Happy Belated Birthday Ayu

4:10 PM
Happy Belated Birthday Ayu
Assalammualaikum...

!n!  CeriT@ @yu ;-)
Jom Ke Blog Ayu

Selamat Hari jadi Ayu..Kak MV lambat Wish...sorry semalam Kesihatan tak mengizinkan...Kak MV doakan semoga Ayu dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sempurna...

Pinjam kejap yea ayu


SELAMAT HARI JADI YANG KE-24 TAHUN
Read More

Teduhan Kasih

2:48 PM
Teduhan Kasih
Assalammualaikum...

Sedetik cinta dah tamat..tamat dengan ending yang gantung..tak berapa nak best ceta ni bagi MV..tapi tak best pun tengok juga MV oi..apa dah...malam ni drama adaptasi novel teduhan kasih...

Pelakonnya ADy Putra,Shah Iskandar,sherry dan Nabila Huda...mesti best...novel MV tak baca lagi...tapi dari sinopsis mcm menarik..


Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam .

Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. 

Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya. 


Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.

Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat. Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. 

Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. 

Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. (sumber dari SINI)



***nak tengoklah..tapi tak tau adakah akan sebest sebenarnya saya isteri dia
Read More

Sedih..

9:22 AM
Sedih..
Assalammualaikum..

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..(sumber dari SINI)

**alamak baca tanpa sedar air mata mengalir

Read More

Kad Hari Ibu dari HaikalAYu

9:13 AM
Kad Hari Ibu dari HaikalAYu
Assalammualaikum...

Hasil kerja MY HaikalAYU

walaupun tak kemas tetap Mama Hargainya

**Gambar kad hari ibu daripada HaikalAyu...walaupun tak secantik mana tapi yang penting hasil tangan MY HaikalAYu....sayang kamu My Kembar tahun...
Read More

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari IBU

12:00 AM
Selamat Hari IBU
Assalammualaikum...

MV terima kad hari ibu dari abg haikal dan kakak Ayu..Kad yang mereka buat sendiri..walaupun tak secantik mana tapi buat MV terharu...Terima kasih anak2 mama....(**tapi gambar kad tak upload..esoklah..upload guna tab ni slow)..

MV dikesempatan ini mengucapkan selamat hari ibu buat IBU MV,Ibu mertua,kakak MV,kawan2 MV...dan seluruh wanita yang bergelar IBU...selamat Hari IBU....Saya sayang IBU saya....

Bak kata2 dalam kad HaikalAYu...

"AYu Syamirah Love MOM"

"HaikalFaiz Love MOM"

"I LOve You MOM"


SELAMAT HARI IBU BUAT YANG BERGELAR IBU
Read More

Saturday, May 11, 2013

Dulu Lawan Kini Kawan

8:00 AM
Dulu Lawan Kini Kawan
Assalammualaikum...

dulu tak ngam kini sangat rapat.
Ingat lagi entry INI...kalau dulu Double wani ni tak berkawan...skg dah terbalik..mereka sangat rapat..mungkin sebab Wani(anak kakak MV)...dah pandai cakap...jadi senang dorang berinteraksi...

MY wani mmg dah lancar cakap..mcm orang besar....bila tengok gelagat dorang berdua ni...terhibur hati..terkedik2 main kejar-kejar..Wani pun asyik cari cousin dia...Semoga hubungan mereka akan kekal mcm ni sampai bila2....


**gambar ini masa V pergi mengundi..MV tinggalkan wani kat rumah..baik pulak dia tak nangis..iya lah nak jadi kakak kan...
Read More

Friday, May 10, 2013

Himpunan Demokrasi 505 Blackout Di SPR sabah-10-05-2013-

3:01 PM
Himpunan Demokrasi 505 Blackout Di SPR sabah-10-05-2013-
Assalammualaikum..

persediaan...

Polis mengawal MIni Putrajaya

**Penyokong Pakatan berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya SPR Sabah untuk membantah PRU13..yang kononnya ada kwasan yang balckout masa kira undi...Bah kalau kamu mau berhimpun kah apa..pastikan kamu siap sebelum jam 5 petang...nnt tambah jame sini depan Mini Putrajaya.....

Adeh mau pegi tengok2 keadaan di sana..bulikah itu..sebab Library satu aras dengan SPR sabah....
Read More