Cabutan semula sijil lahir - All About Love

Monday, December 9, 2019

Cabutan semula sijil lahir


Assalammualaikum

01.12.2019 genaplah usia kakak Ayu 12 tahun.Happy birthday kakak...semoga menjadi anak yang solehah dan semoga berjaya dunia akhirat.



Al kisahnya mv bawa si kakak ke UTC kk untuk buat kad pengenalan tapi tak dapat buat pada hari yang sama sebab kena buat semula cabutan sijil lahir.


Sebabnya dalam sijil.lahir si kakak takda tulis Ayu Syam**** binti velent****..  So mv kena ke hq jpn berdekatan dengan ofis mv iaitu kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan sabah(KPKPS) sebab di UTC tak boleh buat ...

Kebanyakan anak2 yang lahir tahun 2007 semua takda dibintikan atau dibin kan nama bapa di sijil lahir...tambah lagi kakak ayu lahir d Johor .


Alhamdulillah settle sudah part cabutan sijil lahir...cumanya dia sekarang di kampung nnt balik dari kampung baru bawa dia pegi buat ic balik..

4 comments:

  1. Pelik. Kenapa perlu ada cabutan semula sijil lahir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut yang sya faham sebab sebelum ni budak yang lahir 2007 kalau di sijil lahir nama dorang takda binti dengan nama ayah

      Delete