Kung fu Panda 3 - All About Love

Monday, March 28, 2016

Kung fu Panda 3




Assalammualaikum....

sumber google
Kung Fu Panda 3....akhirnya tercapai juga hajat anak2 mau tengok movie di panggung...mula-mula dorang mau tengok boboi...tapi tak jadi...nak tengok zootopia paling awal pun jam 2.40....so kami buat  keputusan tengok Kunfu Panda 3 sebab tayangan paling dekat....jam 11.50am...

Kenapa?sebab kami ada member paling kecik yang kuat meragam....takut dia mengamuk lama2 kat satu tempat...lagipun syamimi pilih Kung fu Panda...so abang kakak mengalah lah....sayang abang kakak....

Muka happy lepas tengok movie
Cerita Kung Fu Panda ni MV bagi 4 bintang...memang best....walau hanya cerita animasi yang jadi keminatan kanak-kanak..MV rasa ia ada mesej yang tersendiri....Ni sinopsis dari MV

PO telah bertemu semula dengan ayah kandungnya.Dalam masa yang sama Jeneral Kai telah kembali ke Dunia dari alam roh dengan merampas Chi semua pahlawan termasuk master oogway(penyu)...Po Sebagai Pahlawan Naga adalah orang yang akan menghalang Jeneral Kai...tapi untuk itu dia kena belajar cara keluarkan chi(**hahaha tak reti nak terangkan)

Po mengikut bapanya ke perkampungan Panda kerana bapanya berjanji akan ajar PO tentang Chi..di sana dia mula belajar tentang kehidupan seorang Panda...dan pada masa yang sama Jeneral Kai mula menyerang Istana(**lupa nama istana tue) dan mengambil chi semua kawan2 Po...

Kawan Po iaitu Tiger datang dan memberitahu yang Jeneral Kai akan menyerang perkampungan Pandan dan akan mengambil semua CHi panda2 yang ada..masa inilah baru bapa PO cakap yang dia x tau macam mana nak cara PO pasal Chi..

Akhirnya PO melatih semua Panda Untuk menentang Jeneral Kai,tiba hari yang dinantikan semua panda menjalankan tugas  dengan baik tapi jeneral terlalu kuat...Po buat keputusan menghantar dirinya sendiri dan Jeneral Kai ke alam Roh semula....

Bapa PO akhirnya teringat dan cuba mengajar semua panda untuk membuat CHI...dan akhirnya mereka berjaya...PO menjadi Pahlawan Chi yang kuat dan mengalahkan Jeneral kai...

Semua pahlawan yang di ambil chi mereka bebas semula..yeahhhhh..habis...

Begitulah sedikit sinopsis dari MV.....terima kasih anak2 Mama & Babah sebab semuanya dengar kata...next time kita pergi tengok lagi k

6 comments:

  1. bestnya, saya pon dah janji ngn kawan2 nk gi tgk,,hehe

    ReplyDelete
  2. haah memang best movie tu, saya pun dah tengok 2 kali movie tu walaupun kartun je tapi best sangat

    ReplyDelete
  3. tak berkesempatan lagi nak tengok. Beli di astro best je maybe nanti..

    ReplyDelete
  4. sy tak berani lg nk g tgk wayang..huhu..adam xleh duk diam..

    ReplyDelete
  5. nk tgu citer jungle book awal april ni..

    ReplyDelete
  6. Best.. Sha tengok kat rumah je ngn anak-anak..

    ReplyDelete