Tips Bergaya Seperti Fashionista - All About Love

Tuesday, February 2, 2016

Tips Bergaya Seperti Fashionista

Assalammualaikum...

Tiada panduan khusus untuk bergelar seorang fashionista, malah sesiapa sahaja mampu menyandang gelaran tersebut dengan syarat individu itu cukup memahami fesyen dan mempunyai citarasa yang hebat mengenai fesyen. Dan untuk berfesyen bukanlah memerlukan perbelanjaan yang besar, dan tanggapan hanya golongan yang berduit sahaja memahami fesyen merupakan suatu idea yang salah. Money comes second dan kreativiti adalah faktor utama dalam dunia fesyen. 

Oleh yang demikian, jika anda ingin bergaya persis seperti famous fashionista, berikut merupakan tips-tips penting untuk panduan anda;



1. Fashion is knowledge. Oleh itu, jika anda benar-benar ingin tampil dengan fesyen yang hebat, luangkan masa anda untuk membuat sedikit kajian mengenai fesyen-fesyen antarabangsa mahupun tempatan. Baca majalah fesyen atau google sahaja laman-laman web yang berkaitan dengan fesyen. Cara termudah adalah dengan meniru gaya fesyen selebriti-selebriti kegemaran anda. 


2. Kenal pasti bentuk badan dan personality anda. Jika anda merupakan seorang yang feminine, ambil tahu fesyen apakah yang bersesuaian dengan anda. Begitu juga fesyen—fesyen yang bersesuaian dengan bentuk badan tertentu. 


3. Kenali jenis-jenis pakaian yang terdapat di pasaran. Dengan kata lain, anda haruslah menjadi kamus fesyen bergerak. Berapa jenis kasut tumit tinggi atau apakah jenis-jenis kategori beg tote?Pendek kata rajin-rajin lah membaca mengenai jenis kasut & jenama beg.Dengan ilmu fesyen yang ada akan memudahkan kita dalam berfesyen.


4. Dan yang terakhir adalah tahap keyakinan diri yang tinggi. Berfesyen harus ada keyakinan diri!Apa yang kita buat kenalah yakin.Sama juga dalam fesyen.Kalau kita pakai baju yang murah pun tapi keyakinan tinggi orang takkan tahu yang sebenarnya baju itu murah dan begitu lah sebaliknya.The key is confidence






5 comments:

  1. yang penting walau apa gaya sekalipun,kita kena confident...kalau tak confident macam serba tak kena pulak pakaian yang dipakai tu

    ReplyDelete
  2. Apa pun kena ada keyakinan.. Dari keyakinan tu lah baru aura tu datang..
    Masa tuh pakai apa pun memang ohsem..

    ReplyDelete