"Orang Malaysia Pertama Membuat Aksi seperti Harry Houdini di TV" - All About Love

Thursday, August 13, 2015

"Orang Malaysia Pertama Membuat Aksi seperti Harry Houdini di TV"

Assalammualaikum..

Cerita Disebalik Sebuah Persembahan
sumber FB ZB
Tak pernah dalam hidup lepas persembahan zb akan menangis.Bagi zb Ini adalah persembahan yang paling bahaya dan menakutkan pernah zb buat,walaupun mempunyai pengalaman 2 tahun membuat persembahan yang lebih kurang sama tapi aksi tu jauh berbeza dgn aksi yang zb akan buat dalam Rancangan Tunggu Sekejap (RTS) ni nanti.Kalau escape dalam smimming pool kawasannya besar jadi tekanan dalam air tak kuat mana pun,andai tak dapat lepaskan diri pun masih boleh lompat untuk tarik nafas.Tapi untuk aksi dalam Tunggu Sekejap ni zb masuk dalam kotak kecik siap kena lock luar dan dalam memang tak boleh lepaskan diri ditambah pulak dengan tekanan air yang kuat menekan dada dan perut memang susah sgt nak tahan nafas.
sumber FB ZB
Perkara yang paling zb takut ialah disebbkan masa yang singkat untuk menyiapkan kotak air ni zb terlupa nak buat alat keselamatan andai tak sempat nak lepaskan diri memang MATI Lemas la....dah la cuma sempat training 3 kali je......Masa Shooting tu harapkan kawan  Hafizam Jahaya je la untuk berjaga2 kalau terjadi sesuatu yg buruk tolong pecahkan je kaca kat kotak air tu.
sumber FB ZB
Dari sekeping papan kayu sehingga lah siap kotak air ni.....lebih kurang 3 minggu penuh dgn dugaan.Boleh dikatakan setiap hari pergi kedai Hardware beli skru la,gam la,paku la...tapi yg paling letih pergi ulang alik Sepang ke KL mencari Fiber glass tu belum pusing satu port dickson cari kaca tebal untuk ditempah.Memang peritla.Ingatkan siap je kotak tu boleh la isi air,pulak tu terfikir konfom la kotak tu akan bocor sebb tekanan air sangat kuat.....so kenalah bahagian dalam kotak tu dilapis dulu dgn Fiberglass supaya air tak bocor.Itu yang ulang alik KL mencari bekalan Fiberglass.


sumber FB ZB

Proses tampal fiberglass pulak,tuhan je la yang tahu peritnya,punyala gatal satu badan kena serpihan fiber dengan jari tercucuk fiber memang rasa mcm jarum masuk mencucuk jari ...berkali-kali pulak tu....perghh...

Dah hampir 3 minggu....siaplah kotak air tu,tibalah masa untuk isi air buat kali 
pertama.Tak sempat isi air penuh tetiba bocor pulak kat bahagian sudut,rupanya kena tampal pula sudut tu dgn silikon dulu,so kena belilah silikon pastu tampal....tunggu kering pastu isi air lagi buat kali ke dua.Kali ni air dah penuh masih tak bocor yeah!!,selang 2 jam tiba2 air bocor lagi.Kali ni rupanya kena tampal selapis lagi fiber,so kenalah pergi KL beli fiber lagi then tampal.....masa dah singkat dah ni!! Tarikh shooting dah dekat!!!...harap2 tak bocor lagi.Alhamdulillah akhirnya tak lagi bocor.kira punya kira modal buat kotak air ni je dah dekat 3k....kira modal tempah cermin je dah RM 300 tu tak sebut Fiber lagi.Tak pe la janji dapat buat persembahan terbaik dan dapat hiburkan semua penonton Rancangan Tunggu Sekejap nanti.
sumber FB ZB
Tiba la hari shooting....dapat "call time" pukul 11 pagi..tapi zb dgn wife  Suhada Mohamad sampai studio pukul 9 pagi,kenalah datang awal sebb nak set-up barang semua.Tunggu punya tunggu tiba masa make-up dgn  Boy Raub the best make-up artis ever.Datang pukul 9 pagi shooting pukul 8 malam bayangkan?sebab ada masalah teknikal nak buat macam mana....masa tu hati dah mula rindu dgn baby kat rumah,ye la kan...tak pernah tinggalkan baby lama mcm ni dah la baby susu badan lagi,rasa sebak hati ni....suasana studio masa tu sejuk giler konfom menggigil nak tahan nafas nanti ni....Ya Allah lancarkanlah perjalanan persembahan aku ni...(doa dalam hati) tibalah masa shooting....tapi sebelum shooting penonton kena tunggu dekat 1 jam pulak sebab nak isi air dalam kotak tu,selesai je isi air tetiba kotak tu ada leaking sikit so pihak produksi terpaksa alas dgn pelampung risau jugak persembahan kena cancel.Nasib baik semuanya OK.
sumber FB ZB
Sebelum mula persembahan Awie akan kunci bahagian Tangan dan kaki ZB dengan rantai besi dan Steel Lock,ada lebih kurang 5 lock zb kena buka masa dalam air nanti,pastu zb kena cari dan pilih dalam 20 kunci yang mana satu adalah kunci sebenar masa dalam air nanti.Kat luar kotak tu pula ada 2 lagi lock zb kena buka sebelum zb keluar so total 7 lock,tapi kat sini la zb buat kesilapan.Masa last minit kotak ni siap zb ada tukar selak kat luar tu dgn selak baru yg cantik sikit,tapi rupanya selak tu punya la susah nak buka masa persembahan tu.Menyesal tukar.

Masa nak terjun masuk air tetiba terdetik dihati apa baby buat kat rumah ye (tiba-tiba pulak)..ye la kan......cuba bayangkan apa akan jadi kalau zb lemas nanti dah la safety tak buat...zb terpaksa rahsiakan perkara safety ni sehingga akhir persembahan sebb tak nak buat show ni cancel dan buat wife&family risau,yang penting show mesti diteruskan.bush!! terjun masuk dalam air.satu demi satu lock zb buka,tiba masa buka lock terakhir yg kat luar tu...masa ni la zb lupa nak buka selak baru tu dah lah susah!!...nafas dah nak habis dah ni bila2 masa je boleh blackout dan lemas.......dan akhirnya dgn izin Allah zb berjaya keluar alhamdulillah.....tamat je aksi tu pengacara AWIE bertanyakan soalan apa perasaan zb.....masa tu zb sedih sebak giler tak dapat nak jawab soalan Awie tu sebab otak cuma teringat baby dengan wife macam mana lah kalau gagal tadi sapa nak jaga diorang.....air mata lelaki mengalir tak dapat tahan....sebak bercampur gembira.Berjaya juga akhirnya zb selesaikan persembahan dan menghiburkan penonton semua dan inilah yang dikatakan Magic......

Jadi jangan lupa saksikan Zaini Bayang  dalam Rancangan Tunggu Sekejap TV3 episod 6 musim terbaru ni nanti..Kemungkinan akan ada banyak scene akan kena potong sebb ramai juga artis lain yg buat persembahan antaranya Amelia Dangdut dan Shida Dangdut...

Akhir kata zb nak ucapkan Ribuan Terima kasih buat wife dan family yang banyak beri support juga krew produksi,produser En.Zaini dan pihak TV3 kerana memberi sekali lagi peluang untuk zb menunjukkan bakat di dalam rancangan Tunggu Sekejap ni. Terima Kasih sekali lagi.


***Kenal lagi dengan Zaini Bayang Yang muncul dalam rancangan tunggu sekejap kat TV3 yang buat magic tue..kali ni ZB akan jadi  "Orang Malaysia Pertama Membuat Aksi seperti Harry Houdini di TV" ....korang dah baca kan kat atas tue....MV kongsikan pengalaman ZB untuk anda semua...

Pastinya korang ada yang tak sabar nak lihat aksi ni kan...jangan lupa untuk saksikannya dalam Rancangan Tunggu Sekejap TV3 Episod 6...kalau MV dah dapat Tarikh tayangan dari ZB nanti MV update...


***Update tarikh tayangan aksi zaini bayang d rancangan tunggu sekejap tv3.....jangan lupa 13.08.2015(khamis)

6 comments: