MH 17 Terhempas DI Sempadan Russia Dan Ukraine - All About Love

Friday, July 18, 2014

MH 17 Terhempas DI Sempadan Russia Dan Ukraine

Assalammualaikum....

Salam  takziah buat mangsa MH17..yang dari Amsterdam ke KL..yang sepatutnya tiba pagi ni 6.10 ni KLIA telah terhempas apabila ditembak ketika melalui sempadan Russia Dan Ukraine yang tengah bergolak sekarang...

MV tahu pasal kapal MH17 ni bila bangun dr tidur jam 1.30 pagi tadi...bila buka wasap group terus ada org post pasal kapal terhempas...duduk seketika bila tahu kapal ni ditembak..terbayang penumpang2nya...

Nampak Video tue...huhu...dugaan buat kerajaan Malaysia..selepas tragedi MH370 yang masih belum ada kesudahannya..tiba2 satu lagi kapal terhempas..tapi kali ini ditembak...seramai 298 penumpang terkorban dalam insiden ini...

15 orang anak kapal semuanya berasal daripada Malaysia...

Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia (43 termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia (27); Indonesia (12 termasuk seorang bayi), United Kingdom (9); Jerman (4); Belgium (4); Filipina (3); Kanada (1); dan yang tidak disahkan (41). (sumber Berita Harian)

Dugaan buat Malaysia Kita sebagai rakyat patut bersatu bukannya asyik menuding jari menyalahkan satu2 pihak...dengan berbuat begitu bukannya dapat menyelesaikan masalah...

Tolonglah beri komen yang positif dan membina..ni tak asyik nak menyalahkan jer..bukan diminta peristiwa ini terjadi..Muhasabah diri MV juga....lebih baik baca dan diam jer...

4 comments:

  1. betul tu MV...sekarang bukan masa nak menunding jari pd sesiapa,.. skrg masa untuk kita bersatu hati... muhasabah diri sendiri. Malaysia diduga sekali lagi dengan terhempasnya pesawat ni.. dibulan yang mulia ini.. di hari yang penuh berkat ini. semoga mereka ditempatkan di tempat orang orang yang beriman. jagalah perasaan keluarga mangsa. =(

    ReplyDelete
  2. sedih bile dpt tau berita nih.

    ReplyDelete
  3. semoga pihak yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan. salam takziah buat ahli keluarga mereka.

    salam kenal dan follow sini :)

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah.. memang terkejut dan sedih bila dapat tahu berita ni ..

    ReplyDelete