Oh My English... - All About Love

Wednesday, August 8, 2012

Oh My English...


Korang semua mesti pernah tengok program "Oh MY English" ala yang ditayangkan Astro tue tp channel berapa x tau lah pula sebab MRs Velentine tengok cerita ni pun masa balik Ranau hari 2....

SEKAPUR SIRIH(*copy dr astro)

Di SMK Ayer Dalam, ‘Kelas 3 Merah’ terkenal sebagai kelas yang mempunyai berbagai kerenah. Tidak siapa ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya sangat nakal, suka buat bising dan keputusan akademik mereka yang terburuk dalam sekolah tersebut. Subjek yang mereka paling tidak gemar ialah Bahasa Inggeris.
Akhirnya tampil seorang guru bernama Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris yang peramah dan optimistik. Dia dilahirkan di Malaysia tetapi dibesarkan di United Kingdom. Kaedah pengajaran Henry yang unik dan memberangsangkan telah dapat menarik perhatian pelajar dan lama-kelamaan menarik minat mereka untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
Bolehkah pelajar-pelajar tersebut dilentur? Berapa lama Henry boleh bertahan di kelas tersebut ? Semua ini akan terjawab dalam “Oh My English” – sitcom pembelajaran yang pasti akan membuatkan anda tak kering gusi dan membantu anda menguasai Bahasa Inggeris! 

Cerita ni mmg bagus untuk pelajar sebab mengajar cara penggunaan Bahasa English yang betul...Kenapa??sebab Mrs Velentine kalau bab english kurenggs sikit bila tgk cerita dpt lah belajar..hehehehe...Lagipun pelakon2 yang berlakon pun menarik seperti Izara Aishah,Zain Saidin,adibah noor....

Dijadikan cerita petang semalam My Haikal terjatuh...taklah teruk tp nak tau apa yg keluar dr mulut dia???ni ar ayat...."aduh!!Oh My English!!"...patut tak patut 2..bole2 dia buat lowyer buruk dia...yang mak dia separuh mati terkejut dia ble buat lawak..

 Patut tak Patut 2????

5 comments:

  1. aduhai kalau anak bongsu KA asyik duk sebut oh my gucci hehehe

    ReplyDelete
  2. Channel 610...Bagus tu bagus, tp mcm mengarut sikit...takot budak2 terpengaruh dgn English yg salah..sbb lepas da abes baru dia explain...lgpn dlm citer tu, pronunciation dia mcm errr, tu la takot benda yg salah diikut..tau2 je la org kita ni kan...

    ReplyDelete
  3. kalau balik rumah, sy mmg suka gak tengok..kelakar & ada pengajaran bahasa inggeris..hehe~

    ReplyDelete
  4. sekarang mmg trend smua org suka ckp perkataan Oh My English! tuh hehe..saya pun suke gak tgk cite Oh My English tuh lawak pun lawak n dapat ilmu gak..

    ReplyDelete