Disleksia 2.. - All About Love

Thursday, June 28, 2012

Disleksia 2..


Salam Mrs Velentine kongsi pengalaman Mrs Velentine ketika mengajar anak2....mula2 marah  juga bila My Ayu sebut 'b' jadi 'p' dan 'p' jadi 'q'....tapi 1 hari ada tengok drama melayu sempena hari guru...x ingat tajuknya tp yg ingat pelakon dia Elly Mazlien...


Dalam drama tue mengisarkan tentang budak lelaki yang mengalami disleksia...bermula dari situ Mrs Velentine...ambil inisatif utk ubah cara ajar HaikalAyu supaya tak terkeliru dgn huruf atau angka sebelum jadi lebih teruk...


Alhamdulillah skg,,,MyHaikalAyu terutama sekali Ayu dah x keliru lagi.....syukur sebab dapat mengatsi masalah ni awal2...


Mrs Velentine kongsikan ciri2 penghidap disleksia , punca2 & rawatan..


Ciri-ciri penghidap Disleksia
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca-Punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan Kanak-Kanak Disleksia
Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.
1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.
Sama2lah kita berkongsi info ini....bye...

9 comments:

  1. owh wani bru tahu psl disleksia ni...thanks sharing kat sini :))

    ReplyDelete
  2. nurul tahu penyakitnie..dia bukannya bodohkan cuma keliru..nurul tahu penyakitnie sebab tgk citer hindustan..budak lelaki yang amir khan ajar kena disleksia..sampai nanges tgk citer2..kalau lagi paksa belajar lg jadi keliru..last2 amir khan yang ajar dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah . Cendol pn tengok cite tu . sedih kot .haha

      Delete
  3. dulu adik Cendol pn mcm tu..lmbt membace,lmbt berckp,tulisn buruk..skrg dah okey la

    ReplyDelete
  4. adik ayu pun dulu macam tu.lama2 dah ok..nama anak sis sama dengan nama ayu,adik ayu pun nama haiqal..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan pulak kan...tp anak sis haikal sulung ayu adik

      Delete
  5. aah sy pernah tgk cite hindustan tuh ngan drama melayu yg ada kupas mgenai isu ini...mmg byk pengajaran lepas tgk..

    ReplyDelete
  6. tq berkongsi info yg baik ni

    ReplyDelete